tolong click untuk bagi saya jutawan

Monday 23 April 2012

CUBA FAHAMKAN CINTA INI

ermm.. saya nak share and minta pendapat nii.. seyezz saya bukan nak perasan.. bukan juga nak bajet MACHO...just nak share kepelikan manusia

saya adalah kirja dekat satu tempat ni.. minggu ni cukup 2 minggu saya kirja....1st ade sorang budak 18 tahun minat saya....dia cantik lagilah rupawan...tapi dia bukan hartawan. sebabkan dia cantik dia agak memilih lelaki.... xmau laki gelab.. x mau lelaki x beljar... x nak laki xdew kenderaan... sebabkan tuh. x penah berminat nak ngorat dia. peh2 ari2 dia call.. dia mcg2.... pastuh kawan2 die cakap dia minat saya... seyezz saya x penah simpan perasaan kat dia...sebabkan tuh saya tolak dia... and sekarng dia merajuk ngan saya

kes kedua. dekat temapat kirja juga. ada seorang wanita umur pon 18 juga.... dia dah ada bf. dah 6 tahun caple.. dah nak bertunang dahh pon.... tertibe jee dia hari2 mcg ngan saya. pengang2 saya.. rimas juga... tapi wat dont know je....pas tuh tetibe dia luahakan perasaan cakap minat saya.. saya  cakap saya x nak sebb dia dah ada bf. pastuh esok dia xdatang kirja.... dia cakap bf dia dah meninggal... LOGIK??????? sijil kebumi pon xda!!!!!!..pas tuhh dia minta saya terima dia. saya cakap lah jujur.. saya x mau caple lagy sekarang... dia terus x cakap dengan saya

kes ketiga...saya just berkawan lah dengn wanita niee. umur dia 19 tahun.... hari2 mesty dia akan say morning and time balik wish bye3.....tapi saya x kisah mana pon. angap kawan saja......malam2 mcg manja2.. saya pon layan je sebab saya tahu dia single.....saya pon bosan juga lah x bermcg.. jady layan jeee..... x tahu pulak tertibe dia p cakap pada semua orang saya bf die...... sakit nyee hati.. akibat terlalu mara saya pon mcg dia.. cakap saya x mau mcg dia lagy.... then dia terus merajuk..... dia cakap kat kawan2 dia saya mainkan perasaan dia...

kes terahir. ada sorang janda.. umur 25..... 1st saya masuk kirja abezz dia jaja cerita yang dia memang suka kat sya....dia make sure akan dapat saya lah.... saya tahu dia cakap macam tuhh saya terus x layan dia darii awall...peh3 die bagytau orng saya dah terima n nak bertunang dengan dia.. saya x penah cakapa pon kat dia :-(.....

saya x tahu ape nasib saya.. saya pon x tahu kenapa jadi macam niee.. sya bukanlah hensem.. berduit pon x....tapi x faham dengan karenah manusia

Friday 20 April 2012

berkumpul sambil tengok tv

abezzzz seme lah berkumpul .... meriahlah rumah


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 14 April 2012

dugaan

Bile demam mula rada mls nk berkerja...... Tapi klu toke x bg kne p juga lah


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 7 April 2012

CENDOL FAIZAH


Salam…..dah hampir seminggu saya tak update status. Tangan nie dah beku nak menaip. Hati nie dah rindu dekat blog nie. Bukan apa. Baru start kije.penatlah kononnya.tadi balik kije je pi lah kedapur.mak pon apa lagi hidangkan resepi turun temurun dia lah. Fuhhh sedap….resepi niee dah ramai orang minta. Dah ada orang buat berniaga lagi….saya x tahu lah kalau orang lain tahu resepi niee. Tapi yang saya tahu resepi niee mak saya dapat dari nenek n nenek dapat dari monyang saya yang berasal dari Pakistan. Malas nak cerita.. now saya terus bagi resepi nie. Selamat mencuba



Tembikai

Potong dadu…besar ke kecik ke..ikot korang lah…asalkan sedapp dimakan…kuantiti??lagi banyak lagi sedapp.sebab tembikai nie mempunyai manisan istimewa yang sangat sesuai untuk resepi nie.lagipon, Negara kita nikan panas, so, tembikai boleh decreasekan kita punye suhu..so, x de lah demam nnti kan…makan buah bnyak2 pon pntg untuk kulit tau..nak cantik??nak hensemm??makan buah bnyak2 k..

Cendol

Cendol ni..kalo korang rajin boleh lah buat sendiri..tapi kalo bz mcm prdana menteri tuy..bolehlah beli yg siap dah..kat pasar raya mane2 pon ade..harga die pon murah je..:P..hikhikhik..saya  taulah kome2 semua ni pemalas kan..nyway, cara nak buat cendol ni senang je..Cuma perlukan tepung beras, lepastu masukkan air dan daun pandan..pastu kacaulah bagi sebati…n guna lah acuan dia nak bagi bntok bulat2 pnjg tu…nak resepi lagi lanjut..search je tutorial cara nak buat cendol

Lenkong..

Fuhhh..mnde ni nmpak je hitam..tapi rase die..tuhan je yg tahu..boleh termimpi2 mlm kalo sekali mkn..kalo x caye..try yek…potong je dadu..ikot cita rasa masing2…kalo korang nak buat bntok bulat ke pyramid ke..boleyh je..hikhikhikhik

Bahan2 tambahan :

Nata de coco, buah kabung, sagu, biji selasih

Cara nak buat:

Masukkan saja semua bahan diatas dalam satu mangkuk yg besar..masukkan susu pekat..brand ape pon xpe.ikot bajet duit korang lah..kalo nak jimat beli lah brand yg satu Malaysia punyerr tu…lepas tu, masukkan sirap. Tapi jangan masukkan bnyak sangat..lebih kurang macam nak buat air bandung gitu je..u oll..try lahh..dijamin sedapp..menjilat jari, pinggan, mangkuk..semua boleh jilat kalo x cukop jari..jari kaki pon boleh..;p..

Penghargaan

Resepi ni akak saya faizah yang tulis.dia adalah pewaris seterusnya kononnyalah.  Saya x pandai pon hahhahahaa…tapi kalau nak Tanya boleh je. Just chatbox..nanti saya sampai kan kat dia


Monday 2 April 2012

BAJA ORGANIK


BIODATA PENCIPTA

Nama sebenar beliau adalah Norizan Bin Osman. Beliau telah berumur lima puluh satu tahun pada tahun 2012.Beliau telah melibatkan diri dalam pertanian organic lebih dua puluh tahun. Beliau telah mencipta baja dan racun serangga dengan sendiri dan secara organic. BELIAU TELAH MEMENANGI ANUGERAH SELAMA 9 TAHUN BERTURUT-TURUT. MALAH MEMENAGI DALAM PERTANDINGAN DI THAILAND, PHILIPINA DAN BEBERAPA KAWASAN ASIA YANG LAIN.

Korang semua boleh lah mencuba sebab dia seorang yang sangat hebat dan juga ciptaan nya sangat hebat.




CARA MEMBUAT RACUN ORGANIK UNTUK HAIWAN PEROSAK

halia, bawang putih dan juga sejenis pokok yang sangat terkenal di daerah india iaitu pokok neem.
Cara menghasilkannya ialah dengan mencampurkan semua bahan-bahan ini. Kemudian racun ini disembur di bahagian dahan dan daun. Keuntungannya ia tidak mendatangkan bahaya kepada manusia.





BAJA ORGANIK

TELUR

Antara bahan yang telah digunakan oleh puan bagi menghasilkan baja adalah kulit telur. Telur itu hendakkah digoreng tanpa minyak bagi menghilangkan lendir. Puan norizan menggabungkan telur dengan cuka beras atau cuka nipah untuk menghasikan potassium yang sangat diperlukan oleh tumbuhan untuk perkembangan tumbuhan tersebut.



TULANG

Selain itu mereka menggunakan tulang dan menggabungkan tulang dengan cuka beras atau cuka nipah untuk menghasilkan potassium. Kata puan norizan tulang ini hendaklah dibakar sehingga putih sebelum mengabungkan dengan cuka




IKAN

Bagi mendapatkan sumber almino acid untuk keperluan tumbuh-tumbuhan, puan norizan menggunakan ikan sebagai sumber almino acid utama. Beliau telah memeram ikan bersama sama gula merah selama sebulan. Kemudian hasil dari peraman tersebut beliau akan mendapat sumber almino acid yang sangat diperlukan oleh tumbuhan.



BATANG PISANG

Bagi mengalakkan pertumbuhan pula, puan norizan mengunankan batang pisang. Mereka mengabungkan batang pisang bersama-sama dengan gula merah selama seminggu. Daripada hasilnya ia digunakan secara menyeluruh bagi sumber pertumbuhan pokok beliau


BUAH PISANG

Manakala untuk mengalakkan pertumbuhan buah , puan norizan menggunakn buah pisang sebagai bahan asas untuk mengaklakkan pokok untuk berbuah. Mereka mengabungkan buah pisang bersama sama gula merah selama seminggu.


SABUN CAP KAPAK

Sabun cap kapak pulak digunakan sebagai bahan adunan yang mengadukan atau yang akan mengabungkan semua bahan bahan yang digunakan.

KEKURANGAN

Walau bagaimanapun masih terdapat kekurangan dalam penggunaan bahan bahan organic. Antara masalah terbesar adalah, bahan- bahan ini perlulah menggunakan air semula jadi iaitu dari sumber sungai , tasik dan sebagainya. Ini kerana bahan –bahan organic sangat sensitive dengan clorin. Dengan kehadiran klorin hasil bahan-bahan ini akan berkurang . jadi puan norizan mengunakan tasik sebagai sumber utama


Sunday 1 April 2012

CUBA MENCARI JAWAPAN DARI BUNGAN YANG BISU

KORANG BACA DAN TOLONG TENTUKAN SIAPA PEMENANG DALAM PUISI TUH AKU OR CINDERELA. ceritanya saya just nak tolong kawan saya yang mahu benar mengetahui isi hati si dara idaman 

 tulisan MERAH = aku
 tulisan HITAM= cinderela 

HARI PERTAMA
Senang benar mendapat kaca tapi sudah pasti ia tidak berharga…terlalu sukar mendapatkan permata tapi ia cukup berharga..pabila dapat pasti digilap sempurna.ditatap setiap masa…itulah bunga di dalam taman yang indah serinya

Betul tapi permata yang dicari akan hilang serinya andai dicemari.andai mencari permata yang berkualiti hargailah dan  jagalah  degan berharti hati dan sepenuh hati. Jagan mencari kerna tarikan duniawi

Pagarlah ia dengan agama. Lagukanlah dengan alunan merdu al-quran. Jalankanlah ia dengn sunnah-sunnah. Hiasilah ia dengn keislaman sudah pasti ianya akan bersinar malah bercahaya serperti kilauan matahari yang sangat sempurna ciptaannya malah dunia menjadi bayaran tiket ke syurga yang dinanti

Andai dunia yang dikerja pasti kerugian yang didapati. Hati yang senantiasa rindukan jihad dan syahid di jalan allah senantiasa memikirkan amal ibadat dan sumbangan terhadap agama hingga satu ketika akan lupa akan kepentingan diri apatah lagy memikirkan pekara pekara yang melalaikan

HARI KEDUA

Kekadang hati ini beradu salju.digimis rindu tanpa diundang. X salah mengaku sayAng jika ianya benar dan tulus dari haty.agar ia tidak terkurung di penjara hati dan tidak menyiksa batin si pemberi

Tiada lafaz rindu dan sayang tanpa satu ikatan sah dan halal di sisi islam. Jagn dibiar rasa menguasai jiwa kerna takot ianya berpandukan hawa n nafsu dan bisikan syaitan semata mata. Jadilah tuan kepada nafsu dan bukannya nafsu menjadi tuan dan bermaharajalela ke atas kita

Antara kawan juga tersirat kerinduan. Antara kasih juga tersirat percintaan. Biar nafsu dihapus dengn pegaman agamamu.agar sayang tidak bersalut dengn kehitaman..Cuma kekadang soalan tetap soalan.ia pasti dipasangkan dengn jawapan.pertanyaan menanti jawapan . agar ia tidak tenggelam di dalam kekeliruan

Telah dijelaskan segala pendirian dan menjawab segala persoalan. Andai masih keliru jagan dipersoal andai persahabatan tercicir malah lenyap disisir ombak yang mengaum menerkam batu yang berdiri teguh dengan penderian

Jika salam persahabatan hilang bertukar dengn salam pengikat abadi. Maka x salah. Maka juga ia menjadi kepastian. Agar rindu tidak lagi mengaum pada manusia yang salah.

Hati tidak boleh dipaksa. Keyakinan tidak datang dengan mudah. Keyakinan datang dari allah.andainya masa belum terpanggil xkan terjadinya pekara yang mustahir

Kunfayakun tetap kunfayakun. Ia terfikir mustahir.bahka tidak tercapai di akal jiwa … tapi ia adalah nyata. Masih dan bahkan perlu menyakini. Jagn sesekali menolak takdir. Dan jagan juga dikatakan itu mustahir. Kuasa yang masa esa tidak terbatas walau sedetik zaraf pengampun jiwa pon.

Memang…taapi  jika belum masanya xkan terjadi juga.tapi jika ia sudah masanya ia adalah pasti kuasa allah.allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya

Jagn diterpa parang di dalam bara yang panas. Nescaya walau tidak masanya tiba akan tetap ianya tajam. Bukan saja  mampu memancung lalang .. bahkan batang pohon yang tegak berdiri juga akan gugur dipancung rapi. Semata mata mencari bunga di pelususk dunia yang bergitu berharga nilainya.biar susah.. biar payah.. bia dimaki oleh sekalian manusia. Pegangan itu pasti kukuh

Andai segala hulubalang penjaga bunga telah gugur menyembah bumi. Jagn disangka dengan mudah bunga itu akan didapati kerna bunga itu pasti dapat menjaga dirinya sendiri. Masih mampu menarik pedang untuk menusuk si pencelok jiwa..tanpak seperti biasa walaupun kilauwanya luar biasa tapi jangn diduga kekuatan yang dimilikinya. Cantik dan mempersonakan sudah kepastian sifatnya tapi pelu diingat berkali kali ia pasti dipagari duri yang berbisa. Jagn difikir untuk dicabut kerna akarnya kukuh mencemkam bumi dan xkan bumi merelakan pohon itu dicabut oleh tangan tangan yang durjana

Sudah semalam kita bermantera. Segala pisau parang sudah habis diguna pakai. Untuk tentu siapa dijulang tapi hampa tidak kesampaian… jagn tersinggung dengan jolokkan kata yang mungkin sebisa petik menyambar bumi. Jagn pula dipagar didalam hati. Jauhkanlah dari dipenjara dendam…tujuan disini hanaya mencari jawapan. Dan juga lawan  bahasa penterjemahan kata. Agar terjumpa si raja handalan

Tiada gunanya menyimpan amarah kerna kelak hanya akan memamah diri sendiri jua. Andai datangmu membawa pedang yang tajam akan ku perisai dengan perisai kesabaran. Andai datangmu membawa api kemarahan..akan ku simbah dengan embun yang nyaman.andai datangmu dengn seribu kekeliruan akn pasti jua akan ku jelaskan dengn kehemahan