tolong click untuk bagi saya jutawan

Wednesday 31 October 2012

PERENCAH CINTA ABADI

“ Bila datang lelaki yang comel agamanya, walaupun bukan ustaz, bukan tok guru, bukan ulama, hanya org biasa.. Tetapi sembahyang 5 waktu, Tak makan benda yang haram, tutup aurat dan bila ada kuliah dimasjid dan surau, dia tidak menguzurkan diri walaupun hanya seminggu 2 kali, itu sudah dikira baik pada agama.. Kahwinkan segera dengan lelaki baik seperti itu, walaupun dia berjalan kaki, naik moto, tak ada kereta kerana.. REZEKI ditangan ALLAH bukan manusia..”  (Ustaz Azhar Idrus)  ^_^

BILA NAK KAHWIN?
Saya pasti ramai yang cuak dan gentar  dengan pertanyaan nie.. Orang ramai sibuk tanya bila nak bina masjidnya.. Kahwin awal pun orang sibuk bercakap, kahwin lambat pun ada orang cakap jugak, kalau yang  tak kahwin-kahwin lagi la.. Manusia memang tak akan puas dengan satu persoalan. Jika soalan pertama dah selesai makan timbul pula persoalan yang lain.. Jadi sabarlah ye, sesiapa yang terkena soalan “cepuk emas” nie..
Soal perkahwinan ini sangat berat.. Ia memerlukan satu perancangan yang rapi agar rumah tangga yang dibina itu dipandu menuju keredhaanNya.. Kita nak kahwin dengan pasangan kita bukan hanya untuk setahun dua, bahkan kalau boleh sampai ke syurga.. Dan matlamat perkahwinan yang sebenar adalah untuk meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W  dan juga menegakkan agama Allah.. 
Memang benar kadang-kadang penat juga nak menjawab bila orang sibuk bertanya.. Tambah-tambah yang mulutnya pedas lagi berapi. Habis terbakar hati dibuatnya.. Mulut orang tak boleh  nak tutup. Biarlah orang nak kata apa.. Perancangan hidup kita, kitalah yang lebih arif tentangnya..  “Kita hanya merancang tapi ALLAH yg tentukan”.. itulah ungkapan yang sering kita dengarkan..
Jika ditanya jujur kepada mana-mana lelaki tentang cirri-ciri calon isteri, pasti mereka mahukan yang SOLEHAH.. Untuk menjadi ibu yang baik, yang boleh mendidik anak-anak menjadi soleh mahupun solehah.. Sebab tu laki selalu memilih.. Semakin hari semakin banyak rakan-rakan  berpesan yang macam-macam.. contoh nya macam yg kat bawah nie..
Pesanan buat LELAKI :
Jangan layan wanita tu special sangat jika tidak ada niat untuk buat dia menjadi yang sah atau halal.. Wanita ini lain sikit, cepat perasan dan mudah jatuh hati.. Jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin.. Jangan beri harapan pada yang mudah menyerap harapan.. Hati wanita ibarat gelas kaca, mudah pecah.. Apabila sudah terluka, sukar untuk dirawat semula..

Pesanan buat WANITA :
Jangan berharap terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang.. ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak.. Jadilah wanita yang tegas, mahal dan tidak mudah untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu..

Andai ingin berumahtangga pula.. sedikit perkara yang perlu si suami dan si isteri tahu adalah:

 SI ISTERI:
Kamulah yang akan menentukan samaada suamimu ditempatkan di SYURGA atau NERAKA, maka jagalah kesopanan akhlakmu dan tutuplah auratmu dengan sempurna kerana setiap apa yang diperlihatkan olehmu kepada insan lain akan dicatatkan satu persatu oleh malaikat Allah yang taat lagi patuh..

 SI SUAMI :
Kamulah yang menjadi tunggak utama dalam sesebuah keluarga, kamu jualah yang akan membentuk peribadi ISLAM dan IMAN dalam keluargamu.. Maka, awasilah, perhatikanlah dan didiklah keluargamu mengikut acuan Allah.. Jauhi sifat dayus dan jalankan tanggungjawabmu.. pastikan aurat "muslimahmu" TERPELIHARA..

Manusia zaman sekarang bukan tak nak kahwin awal.. tapi terpaksa membuat perancangan dan pemilihan.. nak jumpa calon yang mengikut keinginan dihati memang sukar sekali.. dalam seribu bintang yang kita jumpa.. belum tentu ada yang berkelipan.. dalam seribu orang yang ikte jumpa.. tak semua nya mempunyai sikap yang mulia.. “aku bukan la seorag yg baik untuk memilih tapi sedang mencari seorang yang boleh membantu untuk berada dijalan yang benar.. untuk meneruskan kehidupan yang lebih panjang dan banyak halangan..”

Bagi wanita pula.. hidup membujang adalah lebih selesa dan mudah.. ini kerana lelaki zaman kini hanya pandai bermain degan kata-kata.. Sesuatu yang dikatakan itu tidaklah jujur dari dalam hatinya.. Wanita susah untuk mencari calon kerana lelaki zaman sekarang seringkali lalai akan tanggungjawabnya.. Sedangkan solat 5 waktu pun xmampu nak jaga.. bagaimana nak membina masjid supaya kukuh selamanya..

“ Jika solat 5 waktu tidak dilaksanakan, jangan harap untuk dirikan rumah tangga, nanti retak dan berpecah belah sebab awal-awal lagi tiang agama sudah runtuh.. LELAKI yang soleh lagi baik, tidak akan ajak kamu buat maksiat.. tidak ajak kamu berpegangan tangan, sentuh-sentuh sebelum NIKAH.. Dia akan bernikah denganmu dengan cara baik dan terhormat, dia akan berjumpa dengan kedua ibubapamu terlebih dahulu.. Dan yang penting, dia setia berjanji akan MENIKAHIMU..”


Perancangan kehidupan bergantung kepada individu masing-masing tetapi tetap menuju matlamat yang satu.. Bagi yang kahwin lambat pula, mungkin dia belum bertemu jodohnya lagi.. Disebabkan itu juga Allah belum bukakan hatinya untuk menjaga kesucian hati itu pada selayaknya.. Kalau yakin dengan Allah, Allah takkan kecewakan kita..





NURUL HAZIMAH bt HASSAN (volunteer TFTN)

Thursday 11 October 2012

KEINDAHAN BUMI KEAGUNGAN ILLAHI



Lelapan mataku berahir kini. Sudah menjadi kebiasaan hidup aku akan kusudahi lelapan mata ini pada pukul enam pagi.bagi aku bukan masa tidur menjadi penanda masa bangunku, tertapi masa bangunku menjadi penanda masa tidurku. Agar kewajipan aku tidak aku sia-siakan hanya kerana lelapan mata ini. Seperti biasa sesudah bangun sempat aku berterima kasih kepada maha pencipta kerana menberi masa untuk aku mengumpul dana akhiratku. Sesudah itu melangkahlah kaki ini menunaikan kewajipan seperti yang dilakukan oleh setiap umat islam. Rutin hidupku masih seperti hari- hari biasa, akan aku laungkan suara ini dengan menbaca kalam allah sebagai pembuka hariku. Sebagai pembuka pintu rezekiku. Sesudah aku habiskan rutin wajibku memang inilah masa aku melihat keindahan dunia. Tepat pukul tujuh pagi, pasti tingkap bilik ini akan ku buka. Aku tidak mahu melepaskan keindahan pagi berlalu.  Bukanlah senang mahu mendengar dan melihat ayam mengibas sayapnya, memanjangkan lehernya lalu mengeluarkan suara latangnya sebagai medium berinteraksi sesama meraka. Kekadang kudengar seperti perlawanan laungan suara juga ada. Aku menanti saat jam lapan setengah pagi. Kerana disaat ini pasti kesembilan ekor burung murai akan datang berhampiran bilik aku. Mungkin kerana aku sudah terbiasa meletakakan makanan untuk jamuan isi perut mereka. Aku berbuat sedemikian kerana aku tidak puas melihat bual bicara mereka. Pasti menyentuh jiwa. Akan dikembangkan semua bulu- bulu lalu berkumat kamitlah mereka berbicara sesama mereka. Tidakkah itu hebat?. Aku tidak menjulang rasa rugi menghabiskan masa ini dengan memerhati keindahan dunia.


Tertapi hari ini istimewa. Lain dari hari-hari biasaku. Ini kerana burung murai tidak sempat datang menghias senyumanku. Awan mendung telah lama memikul berbanan. Saratnya telah sampai kekemuncak kesabaran. Lalu hujan turun menbasahi bumi. Debu-debu yang mengaburkan pemandangan mataku kini rebah ke bumi didesak oleh air hujan itu. pasti si perkebun gembira kerana tanaman mereka diberikan rezeki . Aku tidaklah sedih kerana tidak melihat si burung murai berinteraksi pada hari ini. Dapat juga aku melihat kekuasaan illahi. Lalu aku tutup pintu kamarku. Agar aku tidak diganggu. Aku tidak mahu keasyikan ini tersentap dengan pekara-pekara lain. Aku memerhati  titisan demi titisan air hujan. Aku melihat terdapat pelangi indah kelihatan dalam setiap titisan yang dicurahkan itu. Subhanallah cantiknya. Alangkah ruginya diri ini hampir dua puluh tahun masaku bernafas dibumi baru sekarang aku dapat melihat keindahan ini. Nasibku sangat baik hari ini. Nikmat itu tidak setakat disitu. Aku melihat ada pelangi menbelah bukit di hujung sana. Sempat aku tersenyum sendirian. Dalam aku sedang memerhati lagi aku seumpama diketuk dengan pukulan ilham . aku tersedar air merupakan prisma yang tersangat hebat. Mampu menbias cahaya menjadi pelangi indah. Ya aku akui  nilai air tidaklah dipandang hebat seperti melihat kilauan permata, tidak juga menpunyai ikatan molekul sekuat berlian. Tertapi ianya mampu menbias cahaya menjadi tujuh warna pelangi indah lalu memancarkan sebagai penhias dunia. Mampukah berlian, emas dan permata menbias cahaya sehebat itu? Aku akui tidaklah allah menciptakan sesuatu dengan sia-sia.


Aku merenung dan terus lagi merenung. Renungan aku tidaklah renungan biasa. Aku merenung dengan penuh pengharapan. Lalu aku terfikir akan suatu perpatah “ ilmu ini umpama cahaya, menerangi kehidupan manusia. Menyuluh dikala kewalahan. Menjadi teman hidup yang paling akrab”. Jika kita hayati lagi jika siang dianugerahkan matahari sebagai penyuluh bumi tidak malam dibiarkan kita dengan kegelapan. Masih dihadiahkan bulan dan bintang sebagai penyuluh. Jika siang kita mampu melihat dengan jelas. Mampu bergerak dengan bebas, jangan butakan minda bahawa malam itu terlalu gelab sehingga kita tidak mampu bergerak bebas. Masih yang maha esa menganugerahkan bintang sebagai pertunjuk arah. Jika kita renungkan lagi, pasti kita temui kehebatan itu. Bintang bukan hanya menberi pertunjuk untuk perjalanan malam, tertapi menjadi sumber rujukan  untuk meneruskan perjalanan di kala siang.


Aku kembali ke alam nyata. Sudah setengah jam ku kira aku hanyut  di dalam lamunan ini. Ku kira betul air sangat penting di dalam pelajaran. Kerana kuantiti oksigen yang terdapat di dalam air mampu mencergaskan minda ini. Bukan itu sahaja mineralnya juga mampu menguatkan otak secapuk ini. Jadi jika kita fikirkan akan kita fahamlah mengapa allah memilih air sepagai prisma untuk menbiaskan cahaya menjadi tujuh warna pelangi indah ini. Air mampu menenangkan fikiran juga mampu menperoleh ketenangan. Jadi kita akan senang menuntut ilmu pelajaran. Ya ALLAH aku tersedar makna disebalik  pelangi ini. Ilmu tidaklah terhenti hanya pada seseorang. Ia akan terus dibiaskan kepada yang lain. Ilmu juga pemankin kepada pengerak pekara-pekara baru dan moden jika kita perhatikan. Ilmu seperti air yang tidaklah menpunyai molekul yang keras tertapi kehebatannya jelas ditafsirkan , mampu menbias cahaya menjadi pelangi. Tidakkah ia cukup hebat?


SUBHANALLAH , ALHAMDULILLAH, MAHASUCI ALLAH. Tidaklah diciptakan sesuatu dengan sia-sia. Hanya dengan air hujan, tidaklah menpunyai nilai semahal berlian dan emas  di mata manusia tertapi sudah cukup menbuktikan air menpunyai nilai yang sangat hebat. Ooohh patutlah setiap kehidupan memerlukan air.  Patutlah  ada bacteria yang mapu hidup tanpa cahaya dan makanan tertapi akan mati jika tiada air. Jika kita terus merenung, patutlah ALLAH memilih air sebagai  medium menyucikan diri, juga sebagai medium untuk mengambil wuduk.


Kini air mata kesyukuran mengalir sama derasnya dengan titisan air hujan. Aku melangkah keluar dari kamarku ini untuk merasakan nikmat kurniaan ALLAH ini. Aku merenung kelangit. Sekali lagi aku tersentap. Subhanallah hebatnya tidak terkira. Aku melihat ciptaan ALLAH yang hebat sekali lagi. Aku melihat awan !! aku tahu semua pernah melihat awan.  Awan terjadi juga melalui air. Melalu pengewapan lalu naik ke atas dan berkumpul menjadi awan. Awan bukan sahaja tempat untuk kanak-kanak berimaginasi, berhayal menbentuk awan sebagai objek lain.  Bukan juga awan hanya dijadikan untuk menhasilkan petir dan kilat yang juga merupakan suatu dari golongan cahaya. Malah awan turut dijadikan untuk melindungi kita dari sinaran terik matahari. Subhanallah. Hebatnya . bersambung –sabung keajaipan dunia ini jika kita telepati. Aku terus terduduk lalu menadah tangan ke langit dan bersyukur. Aku juga bermohon agar tidak dibutakan hati ini dari melihat kekuasaan allah.