tolong click untuk bagi saya jutawan

Monday 31 December 2012

ku ukir memori di 2012

2012..... haru ku sampaikan lambaian terahir pada tahun 2012. aku harus renungkan kenangan 2012 agar aku boleh menjadikan ia lebih baik dan lebih menarik pada tahun 2013.

jika aku ingin ceritakan. ia tidaklah sehebat kamu. tidak juga semenarik kamu. tapi ini sahaja yang dapat aku lakukan untuk menjalani hari hari di tahun 2012.

sedar tidak sedar aku habiskan seluruh tahun 2012 sebagai mahasiswa universiti. aku beruntung kerana masih diberikan peluang untuk aku berada di sini.ssikit atau banyak aku perlu akui di sini aku peroleh beribu pekara baru.

di tahun 2012 juga buat pertama kalinya aku mengalami kemalangan kenderaan sehingga kenderaan itu tidak dapat diselamatkan lagi. sesiapa yang membacanya mungkin akan berfikir ia kenangan pahit aku. tapi tidak bagi aku. aku menjumpai berjuta juta perkara yang selama ini aku abaikan. di sini aku melihat kasih sayang seorang ibu pada anaknya. di sini aku menjumpai nilai satu persahabatan. di sini juga aku mengetahui nilai satu pehargaan. walaupun kemalangan itu tersangat teruk tertapi ALLAH masih tidak mengambil lagi tangan dan kaki ini. tidak juga mengambil mata dan telinga ini. malah tidak juga meninggalkan sebarang parut di badanku. KUASA ALLAH MEMANG TIADA BATASNYA.

 di tahun ini juga pertama kalinya aku tinggal di rumahku sendiri tanpa ibu bapaku. di jengka impian . no 58, lrng 3. di sini permulaan detik aku berdikari. di sini mengajar aku siapa sahabat siapa pula musuh di dalam selimut. mengajar aku erti berusaha sendiri. aku akui ia tidaklah semuda yang disangka. aku merasakan ia sangat sukar. hari demi hari ku tempuh dengan dugaan. tertapi aku bersyukur aku diuji kini. sebelum aku mendirikan rumah tangga.

di tahun ini juga aku memegang satu jawatan " presiden" di universiti aku. aku bersyukur. memang ini yang aku mahukan. aku mahukan satu jalan agar aku dapat lancarkan satu jambatan kebajikan untuk semua. alhamdulillah, aku bersyukur. aku dapat melakukan banyak pekara dengan jawatan ini. aku dapat berkenalan dengan ramai orang yang hebat dengan jawatan ini. jawatan ini juga mengajar erti kepimpinan yang lebih baik. jika mahu bercerita aku rasa mungkin dapat ku buat satu novel.

di tahun ini juga aku bergiat aktif dengan badan NGO yang lebih kepada haiwan. memang sejak kecil aku meminati haiwan. mungkin itu membuatkan hati ini bergitu sedih melihat bergitu banyak haiwan yang dianaya oleh manusia. di sini aku dapat mengenali mereka yang betul betul punya hati suci. mengenepikan ego masing masing bagi mengumpul dana untuk membela haiwan haiwan ini.

bukan di situ sahaja. aku banyak melawat di rumah orang orang tua. menjadi anak angkat mereka. aku melihat satu gambaran manusia yang kejam. aku mendegar rintihan seorang ibu yang tidak henti henti berdoa untuk anaknya walau anaknya telah mebuangnya di satu dimensi yang ku kira hina bagi mereka.

aku juga sedang menjalankan beberapa kajian mengenai mereka yang cacat. menolong apa yang patut. subhanallah banyak lagi yang aku lihat. yang mata ini telah dibutakan dengan kemewahan hidup. syukurlah aku masih punya tangan dan kaki. masih punya pancaindra. melihat mereka membuatkan aku bergitu takut akan soalan yang bakal di soal kelak. kerana aku punya tangan dan kaki tapi apakah amalku untuk mereka??

aku juga gembira kerana aku dapat melibatkan diri dengan satu badan kebajikan NGO yang baru sahaja mula bertapak. aku gembira dengan niat mereka untuk membela kanak kanak corot. aku penah berada sama posisi dengan kanak kanak ini. ia membuatkan aku betul betul setuju dengan apa jua tindakan yang dilakukan oleh TFTN. aku terasa seperti satu berbanan dapat kulepaskan selepas dapat aku anjurkan satu aktiviti besar besaran untuk mebantu mereka di universiti aku. dapat aku mengajak mereka yang masih muda menabur bakti membantu mereka yang sangat sangat memerlukan.

aku juga bersyukur kerana ALLAH pertemukan aku dengan seorang lecture yang sangat hebat. yang berhati mulia. yang tidak berhenti henti memberi unjuk ajar kepadaku. aku bersyukur kerana kami punya jalan yang sama. sesungguhnya dia adalah ibu kedua ku di universiti ini.

aku juga sempat melakukan kegiatan menyelamatkan mangsa banjir. sempat berkongsi roti dengan mereka. ia merupakan detik yang ku kira cukup bermakna. selama ini aku hanya melihat di kaca tv sahaja mereka mereka yang membantu mangsa banjir. apabila aku diberikan peluang. aku merasakan bergitu beruntung.

 sempat juga aku menbantu mangsa kejam di gaza. aku tahu apa yang aku buat mendapat tentangan hampir dari semua pihak. tapi ia soal hati. soal rasa. aku dengan prinsip aku tetap terus berjuang walau aku bersendirian. aku hanya perlukan restu ibu dan bapa aku.

 tahun ini juga aku kenal beberapa orang kawan dan beberapa orang lawan. senyuman sahaja dapat aku ukirkan untuk kedua di antara mereka. semua tetap kawan aku pada hakikatnya. semua penah mengukir satu pristiwa penting untuk diri ini pada hakikatnya

media??? untuk tahun ini dah berapa kali muka ini terpapar di media. tapi bukan femes yang menjadi tunggak ia terkeluar di dada akhbar. aku mahu " dakwah " ini terus mara dalam diri kalangan remaja yang seusia aku. aku tahu aku tidaklah hebat. sikit atau banyak aku sangat berharap mereka yang masih belum emnyucikan kaki dan tangan mereka untuk maju berusaha menyental daki daki tuli itu.

jika nak ku sebutkan banyak lagi kenangan yang ku kira indah indah. mungkin ada yang patut dipamerkan ada juga yang aku kira biar ia terpahat di hati ini sahaja menjadi memori bahagia