tolong click untuk bagi saya jutawan

Sunday 2 June 2013

adik rindukan abah



Rindu??? Siapa yang tidak pernah rindu itu bukannya manusia kan. But how much rindu adalah penentu kesetiaan hati kamu kepadanya. Ini bukan cinta monyek. Ini cinta seorang anak dan bapanya. Aku ditakdirkan berada di dalam posisi alam yang membolehkan aku memerhati cinta seorang anak kepada ayahnya.

Seorang ibu tunggal membawa anaknya tidur di rumah aku semalam.bunyi masih biasa. Seorang anak yang berusia 2 tahun yang merindui ayahnya. Tetapi ini bukan rindu yang biasa. Bukan rindu sementara tapi kerinduan yang akan dirasai selamanya. Aku cuba meletakkan diri aku di dalam kerinduan yang sama. Hakikatnya ia tidak sama. Walau rindu selama setahun atau lebih dari itu. Andai dia masih berada di bumi, bermakna rindu itu masih punya harapan untuk dibalas walaupun Cuma sedikit kemungkinan ia akan berlaku.tetapi khalifah kecil ini berbeza. Merindui ayahnya yang tidak akan wujud lagi di dunia.
Sejak sampai dirumah aku. Aku melihat adik ini setiap masa memandang aku. Aku di ruang tamu dia akan ikut. Aku di dapur dia masih mengikut. Mengikut dan hanya pandang tanpa berkata apa apa. Aku melihat kearahnya berkali kali. Aku melihat matanya bersinar. Tidak tahu kenapa. Dia kelihatan muram. Aku berikan coklat adik tidak mahu. Aku ajak bermain masih tidak mahu. Apa yang adik mahu?? Dia hanya memandang aku……………..

Aku masih dikedudukan biasa, masih memegang pena untuk menulis. Masih ditemani telefon di tepi sambil menaip pesanan ringkas. Tepat jam 12 malam, adik ini masih tidak mahu tidur. Puas ibunya memujuk, tetapi adik ini hanya ingin bersama aku. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke bilik agar adik ini boleh tidur.

Setelah menutup pintu bilik, aku terdengar tangisan si adik sambil menolak nolak pintu bilik aku. Aku tidak faham kenapa.aku hanya diamkan diri. Ingin membiarkan ibu mengambil posisi memujuk. Setelah lima minit. Adik itu masih disitu. Masih terduduk di depan bilik. Masih ditemani air mata.lalu aku bukakan pintu walau tidak tahu apakah langkah yang aku patut buat.

Selepas aku membuka pintu, adik itu memadang aku . dan hanya memandang. Aku melihat ibunya, ada air mata masih tersisa di pipi. Akhirnya ibu meminta izin agar adik tidur denganku. Aku serba salah. Katil ini hanya katil bujang. Aku juga melihat kaki adik ini berkudis (timbul rasa geli untuk tidur dengannya).biasalah mereka keluarga yang sangat miskin. Kesukaran hidup membuatkan  adik ini terpaksa menghampiri semua situasi yang dilalui oleh ibunya. Aku dengan nada berat hati mengangguk. Ibunya cakap “ sebentar ya ibu nak ambil baju ayah, nanti baru adik boleh tidur dengan ayahcik(aku)”. Aku bertanya kenapa?. Lalu dijawab, inilah kain selimut yang akan menjadi tempat melepaskan kerinduan. Aku terkaku dan menyesal bertanya.

Sambil menunggu ibunya datang, aku baring semula di katil dan memangil adik datang. Dia naik ke atas katil dan peluk aku. “ panahhssss macam aboh” itulah ungkapan yang tidak henti henti dilafazkan. Pada mulanya aku tidak faham. Yang aku tahu, pelukkannya sngat kuat membuatkan aku tidak selesa bernafas. Kejadian berlarutan apabila dia memasukkan tangan di dalam baju aku sambil memeluk erat dan meletakkan kepala bersentuhan denganku. Baru aku faham rupanya dia selesa dengan suhu badan aku yang sememangnya dilahirkan panas dari kecil.

Ibunya datang sambil membawa baju abahnya. Ibunya terkejut apabila adik hanya membiarkan baju itu di tangan ibu tanpa mencapai seperti keadaan biasa yang berlaku. Aku sempat bertanya kenapa dengan adik, dari tadi lagi dia macam pelik je dengan ayahcik?? Ibunya menjawab, sebab ayah dia sebijik macam aku. Kurus macam aku. Mungkin sebab itu dia teringat. Aku pun mengelurkan soalan seterusnya, tadi adik tak henti henti cakap “ panahhssss macam aboh”. Apa yang dia cakap itu?? Ibunya mula bercerita sambil mengalirkan air mata. Ayah dia memang jenis panas.ok aku faham. Aku senyap dan dia senyap. Aku menyuruh tolong tutupkan lampu dan pintu bilik sebab adik tengah peluk, aku tidak dapat mencapai suis lampu “sebenarnya nak cari jalan tukar topik”.

Dalam kegelapan aku mula berfikir bertapa besarnya ujian khalifah kecil ini. kerinduan yang tidak akan berbalas. Baru aku faham kenapa adik memandang aku dari sejak pertama kali hadir ke rumah. Kenapa dia mengikut aku kemana mana saja. Kenapa dia menagis di depan pintu. Hurmmm mengeluh kejab… jadi siapa keluarga kamu di hatimu??

Saturday 1 June 2013

Ombak menangkis batu




Laut dan pantai sering menjadi tempat pelepas nafsu. Tempat menghabiskan masa bersama- sama keluarga. Aku di sini sebagai mencari sumber ilham. Tempat ini kukira bergitu suci.kerana air laut tidak pernah menipu.kerana semangat ombak tidak pernah juga terpadam. Disini juga mereka mencari-mencari rezeki untuk menampung keperluan manusia. Bagiku laut bergitu hebat sehinggakan masih tidak dapat diolah oleh ahli sains. Disini juga tertanam beribu perasaan manusia.  laut juga membelah bernua bahkan menbahagikan cara hidup manusia. Jika dapat ku perincikan dengan lebih mendalam nescaya kamu akan tersungkur lalu menadah tangan kesyukuran. Setiap minggu aku disini berseorangan. Bukannya tidak ada teman tetapi aku ingin menatap keindahan sendirian tanpa sebarang ganguan,aku akan berada di batu tua ini. Kerana disini ku kira akan ku dapat semangat batu ini.

Setiap kali aku melihat batu ini, pasti akan ku lihat luka-luka fana diterpa ombak deras. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun ianya masih disini. Masih merelakan dirinya dipukul oleh ombak, semata mata ingin mengeluarkan tangisan ombak supaya didengari manusia.hakisan hakisan halus ini sudah cukup melambangkan semangat hebat si batu tua ini. aku sering bermonolog di dalam hati “ wahai batu tidakkah engkau penat? Tidakkah engkau sakit? Adakah engkau sedang menangis?” pelbagai soalan yang tidak kutemu jawapan sering bergelora di medan perang otakku ini.

ingin sekali aku berterima kasih kepada batu kerana jasanya telah melambung air laut menjadi percikan halus lalu menbasahi  baju dan seluarku. Kekadang aku sedih. Kenapa batu yang suci ini dijadikan lubuk maksiat. Kenapa batu suci ini. masih aku tidak fahami. Ingin sahaja aku merayu jangan jadikan batu sebagai perisai hitam. Batu juga bernyawa dan punya perasaan.si batu tidak punya kaki untuk lari dan tidak punya suara untuk berkata.

Terima kasih si ombak dan batu kerana kau tidak henti memujuk benak fikiran ini menghasilkan nukilan dakwah “ tangan”.

aku dan mereka di melaka




Mungkin entry ini tidaklah sarat dengan destinasi seperti mereka yang lain. Kerana saya tidak memandang destinasi tetapi saya memandang realisasi. Tempat mungkin “ sebab asabab” yang allah telah tentukan disini akan berlaku sekali lagi pristiwa bersejarah. Bukanlah pristiwa parameswara, tetapi pristiwa yang mengajak kita sujud atas kurniaan allah yang telah memberi kita satu gelaran agung iaitu KHALIFAH.

Cuba kita pejamkan mata seketika. Saya yakin dunia akan gelab. Fungsi mata hilang ditutup sang kelopak mata. Tapi kita perlu bersyukur kerana terbukanya kelopak mata terus luas permandangan kita melihat kebesaran. Setibanya di Melaka aku melihat adik adik memandang dengan penuh penghayatan. Melihat dengan penuh nikmat. Mungkin ini kerana mereka sedang melepasi kaca television dan kini mampu menyentuh alam nyata. Aku percaya mereka perlu melihat agar hati itu hanya dipenuhi kecintaan kepada yang maha pemilik. Supaya mereka mampu membezakan tuan dan tuhan.

Mimpi kini reality. Saya yakin perkataan itu muncul dalam diri setiap adik adik. Mereka hanya bermimpi. Mimpi ke melaka. Tapi benarlah, dengan mimpi ia menjadi reality. Kerana kekangan mereka hanya mampu bermimpi. Tetapi allah maha adil dengan merealisasikan mimpi mereka. kini mereka dapat mengotorkan jari jari halus kemerahan dengan menyentuh sejarah lampau. Mereka dapat berpijak di tanah yang dahulunya penuh darah pahlawan.mereka dapat melihat sendiri apakah MELAKA yang disebut di bibir bibir para pengajar di sekolah.

Seterusnya, saya meyakini rahmat itu nikmat dan semuanya dengan izin allah. Aku percaya rahmat allah yang membawa kami ke Melaka, dan aku percaya dengan rahmatnya juga kami tidak akan sampai ke tempat yang sepatutnya tanpa keizinan. Kerana allah maha mengetahui. Allah memberi dugaan dan nikmatnya supaya kami mampu menilai dan bertakwa. Allah memberi rahmat dengan diberikan satu jambatan amal agar aku dapat melihat dan bersama adik adik dan nikmatnya aku menghapuskan segala kebencian yang aku pahatkan kepada khalifah di bumi kerana aku tahu mereka masih punya hati yang sama dan tanggungjawab yang sama iaitu khalifah.

Percayakan hati dan ikhlaskan ia agar pintu yang tertutup terbuka semula. Saya tidak mampu menulis kronologi. Mungkin saya menulis agar menjadi peringatan kepada saya dan “ dia” akan kuasa allah dalam menemukan dan menjauhkan. Segala dengan izinnya dan kita sepatutnya bersyukur. Cuma ikhlaskan hati dan letakkan sepenuhnya kepada allah si penilai terbaik.

Deberikan kasih dan dikembalikan juga kasih. Jujur aku memberi cinta kepada mereka (anak anak yatim). aku menghadiakan kasih sayang aku kepada mereka.aku meletakkan jiwa aku dalam pelukkan mereka. aku meletakkan posisi seperti aku adalah abang dan ayah kandung kepada mereka. aku tinggalkan kemalasan di bahu bas. Aku tinggalkan lelah dan mainan jiwa di rumput tebal. Agar hati ini menjadi milik mereka. apa yang aku dapat?? Semua yang diberi telah dikembalikan. Rupanya kecintaan mereka lebih hebat. penangan cinta mereka membuatkan aku mabuk. MABUK CINTA. Lelah.. penat…. Tidak puas hati.. dan sebagainya tertanam dalam pelukkan jiwa mereka. TERIMA KASIH ADIK ADIK.

Ketawa dalam lara. Itulah kejadian sebenar yang sedang berlaku. Mereka ketawa. Mereka tersenyum…. Tetapi hati mereka???? igauan mereka??? penindasan mereka??? BERUBAH??.. aku yakin itu tidak mengubah apa apa selagi kalian yang tidak mengubahnya.

Dari sudut diri ini, dikala permandangan indah di atas bot bermula tiba tiba seorang adik terlena di bahu. Mahu tidak mahu aku mesti membuat pilihan samaada melihat alam dengan mengejutkan adik atau membiarkan suasana hilang tanpa disemat. Rupanya kuncinya mudah. Pilih yang allah suka dan itulah pilihan terbaik.

Hampir empat jam adik tidur di peha aku. Pada hakikatnya peha aku sebenarnya sangat sakit sejak semalam. Tetapi aku teringat sejak kecil memang itulah bantal kesukaan aku. Sehingga kini pujaan itu tidak pernah bertukar. Gagahkan jiwa dengan memberi dan aku baru tahu kenapa dulu air mata ibu menitis di dahi. Setiap kali bertanya, hanya satu jawpan  “ abngcik mengigau je lah”. Rupanya ibu menahan penat, sakit dan sebagainya. Dan patutkah kesakitan itu menghalang aku??

Maaf jika entry ini tidak menepati tema. Tetapi ini saja jiwa saya

BERI CINTA DAN AKAN DIKEMBALIKAN JUGA CINTA

Sunday 5 May 2013

Abang cik!!!!




Setiap manusia pasti punya nama. Aku juga punya nama. Jadi abangcik dijadikan gelaran mengantikan nama aku. Mungkin juga nama ini cuba menunjukkan pangkat kedudukan aku anak keberapa.
Di rumah anak yatim juga aku telah memperkenalkan diri dengan nama abang cik. Mungkin kefahaman kita berbeza, cara kita berbeza ….. tapi niat kita tetap sama!!!!
Mereka sudah menutupi diri dengan kelemahan yang dimiliki. Sifat dan kelakuannya sudah cukup mengatakan AKU ANAK HINA TERBUANG. Walaupun pada hakikat sebenarnya tidak.
Mereka juga seperti tiada keluarga untuk disanjung. Melihat sahaja pedana menteri, ustaz, pakar motivasi dan sebagainya. Melihat saja mereka di depan gah berdiri dengan lantangan berbicara, mereka seperti siput yang menyusutkan kepala di dalam cengkerang.
Oleh sebab melihat “hilangnya dunia” untuk mereka, aku cuba memberI sinar. Anak pokok dapat berdiri gah dan membesar dengan sinar matahari, jadi mereka juga pasti dapat maju ke depan dengan “ SINAR PENGHARAPAN DAN SINAR CAHAYA ILMU”.
Abangcik. Satu gelaran nama yang kebiasaannya wujud hanya dalam pangilan keluarga atau saudara dekat. Jadi gelaran inilah yang aku gunakan bersama anak yatim. aku tahu, tidaklah aku mampu menandingi mereka yang hebat hebat yang telah jauh ke hadapan, tertapi aku cuba meresapkan kefahaman bahawa aku ini ADIK BERADIK mereka yang sedang berdiri di hadapan mereka dan mengajar mereka.
YA AKU JUGA MAMPU BERADA DI SANA. Itulah semadian jasad yang aku cuba tanam di dalam diri adik adik.
Pendekatan perlulah berbeza dan bersesuaian dengan situasi. Jadi inilah yang aku mampu  KORBANKAN kepada mereka.
Kenapa KORBAN? Dari kecil sehingga dewasa aku memang tidak gemar dipanggil dengan nama “ samaran”. Nama pendek seperti MAN juga kekadang membuatkan aku tidak selesa. Santoryan adalah satu satunya nama samaran di laman sosial yang segaja aku mahkotakan agar identity diri tidak tercemar di alam reality. Ibnu khan pula nama yang digelar untuk menyembunyikan diri agar riak tidak wujud dalam sanjungan.
Kenapa nama bergitu penting??. Jawapannya mudah. Nama adalah doa. Pangilan menghasilkan doa. Itu yang aku mahukan. Kenapa aku gunakan perkataan “ korban”? kerana doa anak yatim sangatlah aku tunggu tunggu. Tetapi akui rela korbankan. Kerana hati itu lebih penting.
Aku atau mereka?? aku adalah kata ganti nama seorang dan mereka lebih dari seorang. Layakkah aku hanya memilih aku? Yang berada di zon yang lebih selesa. Punya hati yang lebih tenang dan sebagainya. Perlukah aku pentingkan diri? Jawab lagi aku memang manusia hina jika memilih aku!!!
HARAP DAPAT MEMBUATKAN SEMUA VOLUNTEERS JUGA BERGITU. J

Pertemuan pertama




Tepat di dalam kerangkaan masa, 27 april 2013 adalah hari yang bakal mengubah perilaku mereka yang “terpilih”.terpilih kerana kau telah punya semangat juang sejati. Kami berhimpun beralaskan nama SUKARELAWAN. Ini bukan pertemuan biasa. Mungkin lebih sesuai ia pertemuan rahmat.
Aku sangat selesa dihimpun dalam satu ukhuwah murni. Perasaan ini terlalu damai. Mungkin kerna semua sedang berkongsi cas positif yang dihasilakan mereka yang hebat disekeliling. Cas ini telah membuang jauh sifat dunia yang dimiliki.itulah mereka. SI MULIA
Perbincangan bukanlah untuk kepentingan diri. Isu dipetik dari jurang manusia yang tertindas. pandangan mereka juga bukanlah pandangan si “ kanak kanak”. Disini aku menjadi pendengar yang setia. Mungkin pemikiran mereka jauh di hadapan.isinya juga penuh dengan makna.
Cerita tidak sekadar cerita kosong. Ia juga bukan cerita tidak bernadi. Cerita ini mempunyai nafas disulam hati halus. Air mata terpaksa ditahan kerana keegoan sebagai lelaki walaupun mata sudah kian bersinar tanda malu aku sebagai manusia yang tidak berguna sebelum ini. hanya terbaring di katil empuk dan mendengar cerita “khanyalan”. Walhal reality lebih menarik untuk dihadam.
Mujur daya masih disimpan badan.jadi masih dapat aku terus berhimpun bersama mereka menggerak jentera hebat. Jentera kemanusiaan. Jadi dapatlah kerangka nadi kebangkitan diteruskan dengan gerakkan pendekar.
Mujur ada “ rumah” yang mewah. Namanya  “teach for the needs” TFTN. Jadi kami mengikat satu ikatan atas satu nama “TFTN”. Mungkin jalan kami serupa. Langkah kami sama. Nafsu kami juga serupa. Jadi KAMI SERASI. Disini memang layak TFTN dipanggil jalan. JALAN KEMANUSIAAN. Bolehlah jentera memajukan langkah berlandaskan jalan yang selesa diterpa.
Terima kasih warga kuantan……