ermm.. saya nak share and minta pendapat nii.. seyezz saya bukan nak perasan.. bukan juga nak bajet MACHO...just nak share kepelikan manusia
saya adalah kirja dekat satu tempat ni.. minggu ni cukup 2 minggu saya kirja....1st ade sorang budak 18 tahun minat saya....dia cantik lagilah rupawan...tapi dia bukan hartawan. sebabkan dia cantik dia agak memilih lelaki.... xmau laki gelab.. x mau lelaki x beljar... x nak laki xdew kenderaan... sebabkan tuh. x penah berminat nak ngorat dia. peh2 ari2 dia call.. dia mcg2.... pastuh kawan2 die cakap dia minat saya... seyezz saya x penah simpan perasaan kat dia...sebabkan tuh saya tolak dia... and sekarng dia merajuk ngan saya
kes kedua. dekat temapat kirja juga. ada seorang wanita umur pon 18 juga.... dia dah ada bf. dah 6 tahun caple.. dah nak bertunang dahh pon.... tertibe jee dia hari2 mcg ngan saya. pengang2 saya.. rimas juga... tapi wat dont know je....pas tuh tetibe dia luahakan perasaan cakap minat saya.. saya cakap saya x nak sebb dia dah ada bf. pastuh esok dia xdatang kirja.... dia cakap bf dia dah meninggal... LOGIK??????? sijil kebumi pon xda!!!!!!..pas tuhh dia minta saya terima dia. saya cakap lah jujur.. saya x mau caple lagy sekarang... dia terus x cakap dengan saya
kes ketiga...saya just berkawan lah dengn wanita niee. umur dia 19 tahun.... hari2 mesty dia akan say morning and time balik wish bye3.....tapi saya x kisah mana pon. angap kawan saja......malam2 mcg manja2.. saya pon layan je sebab saya tahu dia single.....saya pon bosan juga lah x bermcg.. jady layan jeee..... x tahu pulak tertibe dia p cakap pada semua orang saya bf die...... sakit nyee hati.. akibat terlalu mara saya pon mcg dia.. cakap saya x mau mcg dia lagy.... then dia terus merajuk..... dia cakap kat kawan2 dia saya mainkan perasaan dia...
kes terahir. ada sorang janda.. umur 25..... 1st saya masuk kirja abezz dia jaja cerita yang dia memang suka kat sya....dia make sure akan dapat saya lah.... saya tahu dia cakap macam tuhh saya terus x layan dia darii awall...peh3 die bagytau orng saya dah terima n nak bertunang dengan dia.. saya x penah cakapa pon kat dia :-(.....
saya x tahu ape nasib saya.. saya pon x tahu kenapa jadi macam niee.. sya bukanlah hensem.. berduit pon x....tapi x faham dengan karenah manusia
tolong click untuk bagi saya jutawan
Monday, 23 April 2012
Friday, 20 April 2012
berkumpul sambil tengok tv
abezzzz seme lah berkumpul .... meriahlah rumah
Published with Blogger-droid v2.0.4
Saturday, 14 April 2012
dugaan
Bile demam mula rada mls nk berkerja...... Tapi klu toke x bg kne p juga lah
Published with Blogger-droid v2.0.4
Saturday, 7 April 2012
CENDOL FAIZAH
Salam…..dah hampir seminggu saya tak update status. Tangan
nie dah beku nak menaip. Hati nie dah rindu dekat blog nie. Bukan apa. Baru
start kije.penatlah kononnya.tadi balik kije je pi lah kedapur.mak pon apa lagi
hidangkan resepi turun temurun dia lah. Fuhhh sedap….resepi niee dah ramai
orang minta. Dah ada orang buat berniaga lagi….saya x tahu lah kalau orang lain
tahu resepi niee. Tapi yang saya tahu resepi niee mak saya dapat dari nenek n
nenek dapat dari monyang saya yang berasal dari Pakistan. Malas nak cerita..
now saya terus bagi resepi nie. Selamat mencuba
Tembikai
Potong dadu…besar ke kecik ke..ikot korang lah…asalkan
sedapp dimakan…kuantiti??lagi banyak lagi sedapp.sebab tembikai nie mempunyai
manisan istimewa yang sangat sesuai untuk resepi nie.lagipon, Negara kita nikan
panas, so, tembikai boleh decreasekan kita punye suhu..so, x de lah demam nnti
kan…makan buah bnyak2 pon pntg untuk kulit tau..nak cantik??nak hensemm??makan
buah bnyak2 k..
Cendol
Cendol ni..kalo korang rajin boleh lah buat sendiri..tapi
kalo bz mcm prdana menteri tuy..bolehlah beli yg siap dah..kat pasar raya mane2
pon ade..harga die pon murah je..:P..hikhikhik..saya taulah kome2 semua ni pemalas kan..nyway, cara
nak buat cendol ni senang je..Cuma perlukan tepung beras, lepastu masukkan air
dan daun pandan..pastu kacaulah bagi sebati…n guna lah acuan dia nak bagi bntok
bulat2 pnjg tu…nak resepi lagi lanjut..search je tutorial cara nak buat cendol
Lenkong..
Fuhhh..mnde ni nmpak je hitam..tapi rase die..tuhan je yg tahu..boleh
termimpi2 mlm kalo sekali mkn..kalo x caye..try yek…potong je dadu..ikot cita
rasa masing2…kalo korang nak buat bntok bulat ke pyramid ke..boleyh
je..hikhikhikhik
Bahan2 tambahan :
Nata de coco, buah kabung, sagu, biji selasih
Cara nak buat:
Masukkan saja semua bahan diatas dalam satu mangkuk yg
besar..masukkan susu pekat..brand ape pon xpe.ikot bajet duit korang lah..kalo
nak jimat beli lah brand yg satu Malaysia punyerr tu…lepas tu, masukkan sirap.
Tapi jangan masukkan bnyak sangat..lebih kurang macam nak buat air bandung gitu
je..u oll..try lahh..dijamin sedapp..menjilat jari, pinggan, mangkuk..semua
boleh jilat kalo x cukop jari..jari kaki pon boleh..;p..
Penghargaan
Resepi ni akak saya faizah yang tulis.dia adalah pewaris
seterusnya kononnyalah. Saya x pandai
pon hahhahahaa…tapi kalau nak Tanya boleh je. Just chatbox..nanti saya sampai
kan kat dia
Monday, 2 April 2012
BAJA ORGANIK
BIODATA PENCIPTA
Nama sebenar beliau
adalah Norizan Bin Osman. Beliau telah berumur lima puluh satu tahun pada tahun
2012.Beliau telah melibatkan diri dalam pertanian organic lebih dua puluh
tahun. Beliau telah mencipta baja dan racun serangga dengan sendiri dan secara organic.
BELIAU TELAH MEMENANGI ANUGERAH SELAMA 9 TAHUN BERTURUT-TURUT. MALAH MEMENAGI
DALAM PERTANDINGAN DI THAILAND, PHILIPINA DAN BEBERAPA KAWASAN ASIA YANG LAIN.
Korang semua boleh lah
mencuba sebab dia seorang yang sangat hebat dan juga ciptaan nya sangat hebat.
CARA MEMBUAT RACUN
ORGANIK UNTUK HAIWAN PEROSAK
halia, bawang putih dan
juga sejenis pokok yang sangat terkenal di daerah india iaitu pokok neem.
Cara menghasilkannya
ialah dengan mencampurkan semua bahan-bahan ini. Kemudian racun ini disembur di
bahagian dahan dan daun. Keuntungannya ia tidak mendatangkan bahaya kepada
manusia.
BAJA
ORGANIK
TELUR
Antara bahan yang telah
digunakan oleh puan bagi menghasilkan baja adalah kulit telur. Telur itu
hendakkah digoreng tanpa minyak bagi menghilangkan lendir. Puan norizan
menggabungkan telur dengan cuka beras atau cuka nipah untuk menghasikan potassium yang sangat diperlukan oleh
tumbuhan untuk perkembangan tumbuhan tersebut.
TULANG
Selain itu mereka
menggunakan tulang dan menggabungkan tulang dengan cuka beras atau cuka nipah
untuk menghasilkan potassium. Kata
puan norizan tulang ini hendaklah dibakar sehingga putih sebelum mengabungkan
dengan cuka
IKAN
Bagi
mendapatkan sumber almino acid untuk keperluan tumbuh-tumbuhan, puan norizan
menggunakan ikan sebagai sumber almino acid utama. Beliau telah memeram ikan
bersama sama gula merah selama sebulan. Kemudian hasil dari peraman tersebut
beliau akan mendapat sumber almino acid yang sangat diperlukan oleh tumbuhan.
BATANG
PISANG
Bagi
mengalakkan pertumbuhan pula, puan norizan mengunankan batang pisang. Mereka
mengabungkan batang pisang bersama-sama dengan gula merah selama seminggu.
Daripada hasilnya ia digunakan secara menyeluruh bagi sumber pertumbuhan pokok
beliau
BUAH
PISANG
Manakala
untuk mengalakkan pertumbuhan buah , puan norizan menggunakn buah pisang
sebagai bahan asas untuk mengaklakkan pokok untuk berbuah. Mereka mengabungkan
buah pisang bersama sama gula merah selama seminggu.
SABUN
CAP KAPAK
Sabun
cap kapak pulak digunakan sebagai bahan adunan yang mengadukan atau yang akan
mengabungkan semua bahan bahan yang digunakan.
KEKURANGAN
Walau
bagaimanapun masih terdapat kekurangan dalam penggunaan bahan bahan organic.
Antara masalah terbesar adalah, bahan- bahan ini perlulah menggunakan air
semula jadi iaitu dari sumber sungai , tasik dan sebagainya. Ini kerana bahan
–bahan organic sangat sensitive dengan clorin. Dengan kehadiran klorin hasil
bahan-bahan ini akan berkurang . jadi puan norizan mengunakan tasik sebagai
sumber utama
Sunday, 1 April 2012
CUBA MENCARI JAWAPAN DARI BUNGAN YANG BISU
KORANG BACA DAN TOLONG TENTUKAN SIAPA PEMENANG DALAM PUISI TUH AKU OR CINDERELA. ceritanya saya just nak tolong kawan saya yang mahu benar mengetahui isi hati si dara idaman
tulisan MERAH = aku
tulisan HITAM= cinderela
HARI PERTAMA
Senang benar mendapat kaca tapi
sudah pasti ia tidak berharga…terlalu sukar mendapatkan permata tapi ia cukup
berharga..pabila dapat pasti digilap sempurna.ditatap setiap masa…itulah bunga
di dalam taman yang indah serinya
Betul tapi permata yang dicari akan hilang serinya andai
dicemari.andai mencari permata yang berkualiti hargailah dan jagalah degan berharti hati dan sepenuh hati. Jagan mencari
kerna tarikan duniawi
Pagarlah ia dengan agama. Lagukanlah
dengan alunan merdu al-quran. Jalankanlah ia dengn sunnah-sunnah. Hiasilah ia
dengn keislaman sudah pasti ianya akan bersinar malah bercahaya serperti
kilauan matahari yang sangat sempurna ciptaannya malah dunia menjadi bayaran
tiket ke syurga yang dinanti
Andai dunia yang dikerja pasti kerugian yang didapati. Hati yang
senantiasa rindukan jihad dan syahid di jalan allah senantiasa memikirkan amal
ibadat dan sumbangan terhadap agama hingga satu ketika akan lupa akan
kepentingan diri apatah lagy memikirkan pekara pekara yang melalaikan
HARI KEDUA
Kekadang hati ini beradu
salju.digimis rindu tanpa diundang. X salah mengaku sayAng jika ianya benar dan
tulus dari haty.agar ia tidak terkurung di penjara hati dan tidak menyiksa
batin si pemberi
Tiada lafaz rindu dan sayang tanpa satu ikatan sah dan halal
di sisi islam. Jagn dibiar rasa menguasai jiwa kerna takot ianya berpandukan
hawa n nafsu dan bisikan syaitan semata mata. Jadilah tuan kepada nafsu dan
bukannya nafsu menjadi tuan dan bermaharajalela ke atas kita
Antara kawan juga tersirat
kerinduan. Antara kasih juga tersirat percintaan. Biar nafsu dihapus dengn
pegaman agamamu.agar sayang tidak bersalut dengn kehitaman..Cuma kekadang
soalan tetap soalan.ia pasti dipasangkan dengn jawapan.pertanyaan menanti
jawapan . agar ia tidak tenggelam di dalam kekeliruan
Telah dijelaskan segala pendirian dan menjawab segala
persoalan. Andai masih keliru jagan dipersoal andai persahabatan tercicir malah
lenyap disisir ombak yang mengaum menerkam batu yang berdiri teguh dengan
penderian
Jika salam persahabatan hilang
bertukar dengn salam pengikat abadi. Maka x salah. Maka juga ia menjadi
kepastian. Agar rindu tidak lagi mengaum pada manusia yang salah.
Hati tidak boleh dipaksa. Keyakinan tidak datang dengan
mudah. Keyakinan datang dari allah.andainya masa belum terpanggil xkan
terjadinya pekara yang mustahir
Kunfayakun tetap kunfayakun. Ia terfikir
mustahir.bahka tidak tercapai di akal jiwa … tapi ia adalah nyata. Masih dan
bahkan perlu menyakini. Jagn sesekali menolak takdir. Dan jagan juga dikatakan
itu mustahir. Kuasa yang masa esa tidak terbatas walau sedetik zaraf pengampun
jiwa pon.
Memang…taapi jika
belum masanya xkan terjadi juga.tapi jika ia sudah masanya ia adalah pasti
kuasa allah.allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya
Jagn diterpa parang di dalam bara
yang panas. Nescaya walau tidak masanya tiba akan tetap ianya tajam. Bukan saja mampu memancung lalang .. bahkan batang pohon
yang tegak berdiri juga akan gugur dipancung rapi. Semata mata mencari bunga di
pelususk dunia yang bergitu berharga nilainya.biar susah.. biar payah.. bia
dimaki oleh sekalian manusia. Pegangan itu pasti kukuh
Andai segala hulubalang penjaga bunga telah gugur menyembah
bumi. Jagn disangka dengan mudah bunga itu akan didapati kerna bunga itu pasti
dapat menjaga dirinya sendiri. Masih mampu menarik pedang untuk menusuk si
pencelok jiwa..tanpak seperti biasa walaupun kilauwanya luar biasa tapi jangn
diduga kekuatan yang dimilikinya. Cantik dan mempersonakan sudah kepastian
sifatnya tapi pelu diingat berkali kali ia pasti dipagari duri yang berbisa. Jagn
difikir untuk dicabut kerna akarnya kukuh mencemkam bumi dan xkan bumi
merelakan pohon itu dicabut oleh tangan tangan yang durjana
Sudah semalam kita bermantera. Segala
pisau parang sudah habis diguna pakai. Untuk tentu siapa dijulang tapi hampa
tidak kesampaian… jagn tersinggung dengan jolokkan kata yang mungkin sebisa
petik menyambar bumi. Jagn pula dipagar didalam hati. Jauhkanlah dari dipenjara
dendam…tujuan disini hanaya mencari jawapan. Dan juga lawan bahasa penterjemahan kata. Agar terjumpa si
raja handalan
Tiada gunanya menyimpan amarah kerna kelak hanya akan
memamah diri sendiri jua. Andai datangmu membawa pedang yang tajam akan ku
perisai dengan perisai kesabaran. Andai datangmu membawa api kemarahan..akan ku
simbah dengan embun yang nyaman.andai datangmu dengn seribu kekeliruan akn
pasti jua akan ku jelaskan dengn kehemahan
Subscribe to:
Posts (Atom)