tolong click untuk bagi saya jutawan

Tuesday, 11 September 2012

SANJUNGAN EMAS

sujud syukur aku limpahkan kepada yang maha esa.kerana hanya engkau yang maha mengatahui.hanya dengan satu petermuan. terjalin suatu ikatan yang tersangat kukuh.aku tidak menyangka seorang pensyarah yang aku sanjung sanjungkan akhirnya menberi aku suatu makna yang besar di dalam pertemuan.

bermula dengan kami berkongsi minat yang sama. menulis blog.bicaranya cukup menbuat aku terpegun.tingkah lakunya cukup menbuatkan aku beri seperbuh penhormatan.

aku tidak menyaka bahawa dengan satu pertemuan ini kami akhirnya menbawa satu sejarah besar dalam hidupku. Ya ALLAH. aku bersyukur. kerana engkau telah temukan aku dengannya. aku tidak penah jemu.tidak juga penah mengeluh. bicaranya seperti api yang menbakar semangatku.. dia adalah MISS ASMIDAR ALIAS. seorang penyarah kejuruteraan awam. aku tidak penah menyangka bahawa dia dapat merealisasikan impianku.impian yang selama ini hanya terbuku di sejenak jiwa.. jujur aku takot lontarkan pandangan itu. kerana aku tahu. ia bukanlah sesuatu yang mudah. bukanlah seperti bercakap dengan kanak-kanak. ingin memupuk keyakinan dalam bicara aku kepada semua presiden yang siap dengan hujahnya bukanlah senang bagi aku.

tetapi miss telah menbakar semngatku. menberi aku sedikit ruang.akhirnya apa yang aku inginkan ini tercapai. menbuat satu gabungan semua kelab untuk mengadakan susatu aktiviti amal yang tidak menberi sebarang keuntungan pribadi bukanlah mudah. tetapi dorongan dan hujah yang mantap dari miss menbuatkan aku yakin. aku yakin bahawa aku di pihak yang benar. menbuatkan aku yakin bahawa aku perlu teruskan. menbuatkan aku yakin bahawa masih ramai yang menanti keringat yang terbuku ini.

penat dan lelah bukanlah halangan bagi miss. beliau siap sedia kemana sahaja bersamaku. duit juga selalu dilaburkan untuk mengisi alas perutku.aku bersyukur. kerana seorang manusia yang hebat ini sudi menbantu aku. sudi melebarkan jalan untuk aku mara ke depan. sudi melontarkan pandangan. tidak pula mengeluh dengan tetangan.

bukan hanya setakat disitu.selepas semua aktiviti berahir dia masih tidak meninggalkan aku sendiri. dihadiakan pula satu buku cerpen. ya ALLAH hanya engkau yang mengerti perasaanku. aku mencari sekian lama cerpen tulisan tanganya. aku menanti dengan penuh harapan. dan akhirnya miss menberi buku cerpennya. aku tersangat gembira.ia bukanlah sekadar cerpen biasa. ia juga bukanlah suatu bahan bacaan yang hanya untuk mengisi masa lapang. cerpen ini terkandung seribu semangat.cerpen ini umpama ubat dikala kita kewalahan. ya allah aku sangat kagumi beliau. ingin saja aku mengankatnya menjadi satu perhubungan yang lebih erat.

LAGI.bukan hanya disitu.beliau seornag penyarat yang sangat memikirkan masa depan pelajarnya. memikirkan pelbagai cara agar kami dapat menpraktikan apa yang kami belajar. beliau cuba mengukuhkan apa yang diajar. ya aku akui. tidak senang dan mungkin hanya miss seornag sahaja yang punya kekuatan itu.

aku sangat kagumi beliau.kerna itu aku menulis blog ini. bukan meminta supaya dia menbaca blog aku.aku hanya ingin menberitahu dunia bahawa aku sangat menyanjungi beliau.ingin sahaja aku menberi pingat keikhlasan kepadanya. kerana bagiku hanya dia yang layak.

aku berharap akan ku jumpe lebih ramai manusia berjiwa hebat ini. lebih ramai mereka yang punya semangat ini. lebih ramai yang akan ku sanjung selepas ini

Sunday, 26 August 2012

KeHiDuPaN AdAlAh KeHiDuPaN: penyakit gegata

KeHiDuPaN AdAlAh KeHiDuPaN: penyakit gegata: salam dan selamat sejahtera... harini khairul nak share mengenai salah satu masalah kulit. masalah kulit nie khairul memang hidapi hampir se...

penyakit gegata

salam dan selamat sejahtera... harini khairul nak share mengenai salah satu masalah kulit. masalah kulit nie khairul memang hidapi hampir selam sebulan. namanya gegata.. mesty ramai nak tahu kan macam mana penyakit tuh...
gegata yang baru hendak timbul
                           
                                

kesan seterusnya. sangat gatal





kemuncak kesakitan.. apabila gegata kini cukup besar dan mula menghilang
 penyakit nie adalah sejenis penyakit yang menbuatkan badan seseorang sangat gatal.. dia bermula dengan satu gelembung seperti digigit nyamuk dan menbesar and mengelembung seperti bengkak... kekadang gegata boleh memenusi satu anggota tubuh manusia


APKAHAH  FAKTOR PENYEBAB????
sejujurnya khairul sendiri tidak tahu apakah penyebabnya.. ada bermacam-macam andaian yang telah dibuat. bermacam-macam punca juga telah khairul baca dari pelbagai blog-blog. tapi khairul rase antara puncanya ialah
1) sejuk
2) peluh atau cuaca panas
3) alahan pada makanan laut
 khairul berkata demikian kerana apabila salah satu daripada faktor itu wujud pasti gegata akan kembali.

khairul telah mencuba makan sejenis ubat yang bernama APO-LORATADINE 10 mg.jujur khairul cakap ubat nie agak berkesan. tapi dalam masa sekejab sahaja dan gegata akan kembali semula. setelah berbincang dengan family akhirnye esok khairul akan berjumpa dengan doctor pakar.. nanti khairul akan ceritakan masalah ini semua ok dengan lebih mendalam...

Thursday, 16 August 2012

derita seorang kanak-kanak malang

salam. mari dengar celoteh di kedai kopi ini...

jika kita mengejar dunia nescaya maka hilanglah akhirat.... jika kita terlalu mengejar si pintar maka akan bertimbun lah si bebal....begitulah ceritanya disini. realiti dunia...di mana-mana sahaja.. pada bila -bila masa sahaja. selalu golongan yang cerdik selalu ditekankan lagi. agar terus cerdik dan dipandang masyarakat..apakah nasib si corot pula?????? apakah diskriminasi ini wajar diletakkan kepada mereka????? atau kamu semua punya target untuk menjadikan mereka kuli kamu di suatu hari nanti????

c


jika kita melihat fenomena ini di sekolah-sekolah. sungguh jelas malah bersinar-sinar buktinya. si cerdik diberikan guru-guru yang hebat.. si cerdik juga diberikan kem motivasi dan perbagai jenis kem lagi. yang terkejotnya hampir semua kem adalah FREE!!!!. si cerdik juga dihadiahkan kelas-kelas excell " kelas untuk mereka yang cerdik". tidak itu sahaja, kelas tambahan juga diberikan kepada mereka mengikut gred mereka sendiri. bertambahnya lagi ketidak adilah apabila mereka yang corot ini hanya diajar untuk LULUS bukannya mendapat keputusan cermelang... sedih dan pilu berbuak- buak di kamar hati ini.


mengapakah situasi ini terjadi. kenapa kanak-kanak corot ini terlalu di didkriminasi??. adakah dia telah bersalah kepada dunia. adakah mereka dijadikan sasaran sebagai kuli???.. sedar atau tidak hak mereka telah kita semua ragut. ragut dengan sungguh kejam..mereka yang sepatutnya masih punya peluang tapi telah ditutup dengan fana dunia ini.



pandangan kanak-kanak kelas corot juga berbeza dari kelas hadapan dari segelintir manyarakat. mereka yang corot ini lah di anggap pemusnah bangsa. mereka ini jugalah dianggap kanak-kanak nakal. mereka ini juga lah selalu dituduh pabila kes curi mencuri berlaku .... masihkah kamu tidak dapat melihat bahawa mereka ini direjam dari pelbagai posisi.???... dijatuhkan dari segala pembangunan??

sebenarnya bukan sikap ini yang ingin mereka tanamkan di dalam diri. bukan juga kelakuan ini yang ingin mereka jungjung. bukan juga cita-cita ini yang menjadi impian mereka. ini kerana mereka masih punya hati. mereka masih digelar manusia berakal. mereka masih punya titisan air mata.kenapa kita tidak selidik hingga ke akar umbi sebelum menjatuhnkan hukuman tidak berasas ini???? sebab kamu semua malas!!! sebab kamu semua hanya mampu menghukum!!!! sebab kamu semua tidak punya akal!!!. marah??? bengang??? mahu maki saya??? dipersilakan jika ia mampu menbuka mata kamu!!! dipersilakan jika ia mampu mengubah hidup mereka!! saya terima... saya juga gembira. mari kita selidik hingga ke dasar.

Rumah antara salah satu tempat mengapah mereka menjadi MAKHLUK KEJAM ini. apabila senantiasa dididik dengan kekasaran oleh ibu bapa. pabila selalu di maki di pukul di hina di herdik malah di ludah oleh ibu bapa tidak mungkin seorang kanak-kanak ini mampu keluar dari gelora dunia. tidak mungkin seorang kanak-kanak mampu lari pengaruh buruk ini. jadi mereka menbawa kekejaman ini ke sekolah dan keserata dunia.. masihkah salah mereka yang kamu ingin nobatkan???? adakah ia tahu itu salah sedangkan mereka melalui situasi sedemikian sepanjang masa.


Tidak pula kita sedar seseorang kanak-kanak lemas di dalam asap rokok bapa mereka sejak di dalam kandungan lagi. tidak pula mata anak- anak ini berdosa apabila melihat bapa-bapa mereka menangih dadah di halaman rumah.. dapatkah anak-anak ini berfikir bahawa seorang isteri yang dipukul suami bertubi-tubi itu bukanlah sesuatu mainan???.. mereka telah terjatuh di dalam golongan yang salah. tidaklah sesenang jalan penyelesaian di dalam karangan cerita. mereka terpaksa melaluli hari-hari yang berbeza dengan kita semua... kanak-kanak malang ini bukanlah sahaja malang nasibnya di rumah. mereka keluar dengan dihina masyarakat dunia ... kelakuannya di anggap perosak masyarat. tidak kesiankah kamu kepada mereka bernasib malang ini????

Kamu mahu MENBELA MEREKA?? penahkah terlintas di hati kamu untuk menbantu mereka???? penahkah kamu terfikir untuk mengubah nasib mereka??? pernahkan kamu ingin mereka menjadi seperti kamu malah lebih baik dari kamu???... sejujurnya kita perlu menbantu mereka. kita perlu berlaku adil kepada mereka. kita perlulah adil kepada dunia. kerana kita masih manusia. kita masih berakal...

jadi dikesempatan bual ramadan ini mari lah kita sedarkan diri kita yang hina ini. marilah kita berubah.. kita tidak punya hak ke atas kezaliman dunia. ingatlah apakah nasib anak- anak kita nanti. adakah ia sebaik nasib kita??? jadi jangan malas untuk menbantu mereka yang memerlukan agar nasib anak kita juga dapat dibantu.

 kembalikanlah senyuman mereka. kembalikanlah kebahagian mereka. kembalikan juga masa depan mereka.

Monday, 6 August 2012

pengorbanan di bulan ramadan

salam ramadan..... mari fikir bersama.. apakah yang menjadikan ramadan ini lengkap..... mercun bazar ramadan..... baju raya dan kuih muih raya...itu adalah beberapa perkara yang menjadi ramadan bergitu sempurna bagi sesetengah pihak. ya.. tidak dinafikan.. solat terawih dan bermalah juga menjadi salah satu perkara yang selalu bermain di bibir masyarakat.... tapi hari ini khairul nak menceritakan pengorbanan mereka-mereka yang kita tidak sedari.

mesti ramai diantara anda yang mengamgap bulan puasa ini adalah "LUBUK REZEKI". ini kerana di mana saja.. bila-bila masa mesti ada saja jualan yang berlangsung.. di sini saya akan cuba fokuskan bagi mereka yang berjual di bazar..kekadang timbul di sudut hati mengatakan.. di bulan puasa kita sibuk beramal dan mereka sibuk mencari rezeki..kita tidak sedar kewalahan yang akan kita tempuhi tanpa mereka yang sanggup bersusah payah untuk menyempurnakan ramadan ini.. cuba difikirkan sejenak.. mereka sanggup mengorbankan waktu berbuka bersama-sama keluarga mereka demi menjamin anda mendapat sesuap makanan...mereka sanggup berpanas hujan demi menjamin anda tersenyum dikala waktu berbuka...

cuba kita fikirkan sejenak.. bagi mereka yang sibuk berkerja hingga ke petang. bazar merupakan tempat penyelamat bagi mereka bagi mendapatkan makanan untuk berbuka.. mengapa mereka yang dibazar saja dianggap kegilaan dalam mengumpul duit???? adakah anda tidak tergolong di antara mereka???

cuba juga kita fikirkan sejenak, dimanakah tempat kita dapat melepaskan rasa teringgin untuk menimatti sesuatu makanan????.. sudah pasti tempatnya di bazar bukan???

jadi di sini kita tidak perlulah mengamngap mereka dengan pemikiran negatif kerna mereka juga telah menbantu menyempurnakan keindahan bulan ramadan ini.....

Wednesday, 25 July 2012

sapa mampu mengelak naluri itu

malam niee khairul stdy and stdy anad stdy..... mesti dapat meneka kan. apa yang khairul sedang dengar sekarang nie. mesti lah lagu raya....sudah menjadi lumrah manusia apabila puasa mesti teringatkan hari raya... jujur puasa itu sangat bermakna. disinilah khairul berlajar untuk setia dengan diri. tidak juga menyiksa diri dengan melakukan pelbagai dosa. tapi jauh disudut hati. meti terfikirkan hari raya... MENGAPA YAA???


 MUNGkin kerna di hari ini sahajalah khairul dapat meloloskan diri dari masalah dunia. mampu melihat senyuman terukir di wajah semua manusia. mampu melihat kanak -kanak riang gembira beraya dan mengutip duit raya...

tapi disamping itu,, terlalu sayang untuk menerima pemergian bulan puasa. di sinilah khairul belajar bersabar. menahan nafsu.ermmmm.. terlalu gelisah hati ini. tapi inilah dunia. perlu meredoi. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk umatnya.....

 selamat berpuasa semua....

Thursday, 28 June 2012

cabaran dan tips memilih seorang pemimpin....

tahun ini mungkin tahun terakhir bagi khairul mengalas jawatan presiden di uitm ni. jujur saya katakan pada mulanya saya ingin mengumpul segulung sijil. mencari setitik pengalaman. mencuba ingin menjadi yang terbaik. tapi akhir akhir ini khairul sedar bahawasanya khairul dah sayang kelab ni. khairul dah jatuh hati dengan kelab ni.sayang ingin melepaskannya. takut akan jatuh.disebabkan itu khairul sangat tegas dengan semua ajk khairul. bukan marah... tapi khairul cuma ingin mencari penganti yang terbaik dan lebih baik

menyesal juga... kerana dulu terlalu manjakan ajk.banyak yang mereka tidak tahu. jadi hari ini khairul nak menceritakan satu dari pelbagai cara yang khairul cuba lakukan untuk mebuatkan semua junior sedar bahawa mereka tidak boleh terlalu ego. mereka tiak boleh ketepikan senior. bukan senang untuk kita memajukan sesuatu kelab. tidak setitik lafazpun terkeluar dari bibir masyarakat bahawa khairul gagal. khairul menbawa kemunduran...

khairul cuba listkan watak2 ajk tertinggi kahirul.
1) salah seorang darinya tidak mahu langsung mendengar kata-kata senior
2)sangat cepat naik angin dan tidak pandai mengawal emosi
3)bakat yang terlalu bnyak dipendamkan
itu adalah kesalahan yang terbesar yang khairul nampak. yang kecik-kecik x perlu kot nak list kan. panjang sangat

jalan penyelesaian
jalan penyelesaianuntuk situaisi pertama. khairul cuba menberi nasihat walaupun dia tetap tidak mahu mendengarnya. jadi khairul mengambil keputusan untuk menbiarkan mereka melakukan kerja dan menbuat sesuatu keputusan dengn sendiri sehingga habis event tersebut. Jadi khairul berjaya, khairul berjaya menbuatkan event die gagal.ini bukan bermakna khairul ingin menbalas dendam. khairul cuma ingin mengajar mereka dengan cara mereka perlu melakukan kesalahan tersebut.xpa. jujur khairul cakap. khairul x marah pun event dia lakukan itu gagal.asalkan dia faham pentingnya mendengar keputusan dan cadangan dari mereka yang berada di atas. jadi khairul list kan semua kesalan dia.dan khairul simpan untuk dibuat teguran nanti


selesai sudah kisah yang pertama kini kisah yang kedua. jujur khairul katakan. dia melakukan kerja sangat kemas. tapi dia gagal dalam mengawal perasaan. sangat cepat menjawab apabila ditegur. cepat melenting. banyangkan jika dia menjadi presiden dan ditegur oleh rektor. sudah pasti dia tidak mampu menerima tekanan tersebut. cuba banyangkan jika dia dimarahi di khalayak ramai sudah pasti dia akan hilang kewarasan diri. jadi khairul mengambil langkah dengan  memarahnya ketika meting. marah dan terus marah. berkias dan terus berkias. khairul cuba memancing emosi dia. dan khairul nampak yang dia hampir nak meletop. hahhahah..... biarkan.buakn apa khairul ingin memastikan dia mampu tersenyum walau dikutuk. dia tidak mudah menarik diri jika berlaku kegagalan. memang saya kejam. saya tahu. tapi bukan senang nak mendidik mereka.. jika ditegur kesalahan dalam sahsiah rupa diri melenting. ditegur itu ini melenting. sudah pasti dia memang tidak layak berada diatas. jadi bagi memastikan semua ajk saya adalah ajk terbaik saya lakukan pekara tersebut. saya tahu saya akan dibenci.. di buat bahan kutukan. tapi x mengapa. asal dia sedar. asal dia berubah

dan kes yang ketiga.. saya rasa dia seorang yang menpunya ciri-ciri peminpin yang baik.tapi dia selalu lalai. tidak ingin mencuba melakukan yang terbaik. saya yakin. dia hebat. saya mampu menjamin jika dia berubah dia mapu menjadi lebih baik dari saya. tapi x mengapa. dia seorang yang mudah menerima teguran. dia seorang yang menhormati senior . disebabkan itu saya merasakan dia tidak menpunyai masalah. dan mampu didik dengan mudah... tapi saya masih tidak melihat dia melakukan kerja dengan baik.masih tidak melihat dia berada di atas dengan baik

perbincanganselepas beberapa bulan saya memerhati. akhirnya semalam saya menbuat satu meting khas. saya tebarkan kesalahan mereka. ... saya menberi nasihat, tapi bukan nasihat untuk seorang ajk, tetapi nasihat untuk bakal-bakal presiden. saya lemparkan teguran yang panas.saya huraikan satu satu isu ibarat menbuka benang baju yang telah siap dijahit. saya nampak semua macam nak nangis dah... tahu saya kejam. tapi saya sangat sayangkan meraka. sangat sayang kan kelab saya. sangat takut akn ditimpa kejatuhan.

sebelum saya terlupa . didalam teguran teguran saya. adalah seorang mantan yang campur tangan. dia mempersoalkan kerja saya. tanya "penahkah saya menjadi pengarah prgram".bagi saya soalan itu adalh seoalan yang tidak bertamadun. perlukah saya menjadi pengarah program , sedangkan satu telah menjadi ketua di atara mereka.saya telah berjaya menjalankan bermacam-macam event. saya rasa x perlukan persoalkan ketokohan saya untuk menjadi pengarah program. kerana pengarah prgram hanya mengikut apa yang saya katakan. tapi x mengapalah. saya x mahu memalukan dia.cukup dengan menbiarkan seolan itu berlalu pergi.


hampir satu jam berbahs. hampir satu jam saya bentangkan semua isu. alhamdulillah.. akhirnya selesai. saya harap mereka faham apa yang saya lakukan. saya harap mereka simpan teguran saya.kerana saya mahukan peganti saya adalh yang terbaik