tolong click untuk bagi saya jutawan

Thursday, 15 November 2012

INI SOAL HATI ini JUGA SOal kesetiaan

semalam. 15.11.2012. akhirnya aku dapat juga menonton cerita istanbul aku datang. berhari hari aku tertunda untuk menonton cerita ini. aku merasakan cerita ini terlalu menarik mungkin disebabkan ada tomok dalam cerita ni. puas aku mencari masa. masa terlalu mencemburui aku. tapi akhirnya tepat jam 9. 50 malam aku dapat juga menonton cerita ini. dengan belbekalkan popcorn dan air , juga ditemani seorang kawan aku mencari tempat duduk di nombor 7 dan lapan. cerita bermula. aku mula berfantasi.

aku melihat watak tomok di dalam cerita ini hampir menyerupai aku seratus peratus.aku seperti melihat watak aku sendiri. tomok seorang remaja yang mengambil jurusan medic di istanbul.perwatakan tomok sangat romentik. bukan sekadar romentik, bicaranya sudah cukup menbuatkan semua perempuan cair. tomok seorang yang sangat sibuk. sangat susah meluangkan masa bersama dian. sehinggakan sangat sukar untuk berjumpa. bukan sekadar susah berjumpa. nak balas mesej nak angkat call pun susah. terlalu sibuk dan sibuk. tomok juga seorang yang selalu mengecewakan hati dian.berkali kali, dari hari ke hari dian bersabar. apabila dia mengatakan I LOVE YOU. tomok hanya menbalas dengan me to. but dian just berdiam diri.

aku melihat watak tomok di atas hampir sama di atas. mungkin sebab itu, cerita ini betul betul menyentuh hati aku. tiada lain, tiada bezanya antara tomok dan aku. cuma aku tidaklah sepandai tomok. tapi aku juga sibuk. semua tahu memengang jawatan tertinggi bukanlah suatu yang mudah bagi seorang pelajar di universiti. itu lah kebingungan yang aku hadapi. siang masa aku habiskan di kelas. malam pula sibuk dengan meeting. balik sahaja dari meeting aku terpaksa pula melawan perasaan malas dan mengantuk untuk mengulang kaji apa yang aku belajar. itu belum termasuk untuk menyiapkan semua assignment berkumpulan dan individu. jika assignment berkumpulan, aku terpaksa pula menukar waktu waktu yang aku telah jadual. terpaksa pula menganjakkan meeting pada malam hari. pengorbanan ini menbuatkan aku menjadi lelaki dayus. seorang lelaki yang selalu menbiarkan orang yang dia sayang  bersendirian.walau hanya mendapat mesej selamat pagi atau selamat malam dari aku, dia boleh dikira wanita yang paling beruntung di dunia.dalam seminggu kekadang satu mesej pun aku tidak balas. bukan bermakna aku tidak sayang. sayang itu sudah cukup abadi di dalam pelusuk hati ini. bukan juga tidak rindu. aku selalu melihat gambarnya yang aku telah sematkan di wall paper telefon aku. tertapi masa terlalu sedikit untuk aku hadiahkan kepadanya. mana tidaknya. aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. tangungjawab yang di beri mesti dipikul. bebanan ini tidaklah dapat aku gambarkan. tidak cukup dengan itu, masa untuk aku mengulang kaji pelajaran juga tidak boleh aku ketepikan. masa depan ku bukanlah hanya untuk diri aku sendiri. di sini akan kubekalkan rezeki untuk anak anak aku, untuk isteri aku , untuk ibu bapa aku dan juga untuk mereka yang malang di luar sana. wajarkah aku menuruti nafsu hanya untuk melepaskan kerinduan kepadanya dan mengabaikan tangungjawab lain??. sabtu dan ahad adalah masa yang selalu menjadi pusat kesedihannya dia. di mana orang lain dapat melepaskan kerinduan. aku sibuk ke sana ke sini. setiap kali dia call ada saja di rumah anak yatim, di rumah orang tua, di masjid, di tempat mengutip dana. setiap kali  aku menerima call dia aku tahu dia sedih. aku tahu dia terluka.cuma aku bekalkan kesetian aku seratus peratus hanya untuknya. hanya itu yang dapat aku berikan.

aku bersyukur mendapat seorang yang cukup memahami hati ini. dia tidak penah mengeluh. tidak juga berputus asa. seorang yang sangat berdikari. setiap hari pasti jam 6. 30 pagi muncul mesej selamat pagi dan kata kata semangat kepadaku. setiap malam juga pasti dihadiahkan satu mesej yang menbuatkan aku tersenyum. aku gembira. tersangat gembira menerima mesej itu. tertapi aku jarang menbalasnya. kejam bukan?? aku selalu berimaginasi rangka rangka mesej yang hendak aku balas. tertapi disebabkan itu juga aku selalu merasakan aku sudah menbalas mesejnya walaupun tidak. tapi tidak juga dia mengeluh. apabila telefon sahaja aku. di dalam keasyikan perbualan dan luahan perasaan, aku selalu merosakkan susasana. selalu ada je yang menganggu. sekali lagi dia tidak penah mengeluh. kekadang pabila dia merajuk. aku tidak memujuknya. sampai akhirnya dia kembali ok. kejam bukan?? cuma setiap kali aku keluar dengannya akan ku matikan semua telefon ini agar tiada sebarang gangguan. hanya bekalan itu yang menbuatkan dia tetap setia kepadaku katanya.

tertapi sejak kebelakangan ini dia sangat berubah. perubahan itu menbuatkan kepecayaan ini gugur. menbuatkan hati ini selalu risau akan apa yang bakal terjadi. kekadang aku penah juga terfikir bahawa dia punya penganti aku. atau mungkin ex dia sudah kembali semula kepadanya. tapi aku tidak dapat berbuat apa apa. hanya berserah. aku sedar apa salah aku. setiap bisikan doa ini pasti tersemat namanya. aku selalu mengharapkan ia terus kekal menjadi milikku. tertapi aku tahu pakej yang terdapat padanya. pakaiannya, adap sopannya, tutur katanya agamanya  dan wajahnya sudah cukup menbuatkan semua lelaki cuba memilikinya. aku juga tidak faham kenapa kesangsian ini wujud. aku juga tidak faham kenapa aku merasakan kesetiannya kepadaku semakin pudar. jujur aku tidak dapat menerima perubahan drastik ini. tapi adakah aku mampu menanyakan kepadanya. sedangkan dia tidak penah curiga kepadaku.

di dalam cerita istanbul aku datang. dia telah berubah hati. akhirnya dian memilih yang lain. aku takut itu akan terjadi pada aku. persiapan diri ini belum cukup kukuh untuk menerima kehilangan dia dari hati ini. tertapi sudah lumrah yang datang akan pergi. cuma tinggal lambat atau cepat sahaja. kini dia langsung tidak mebalas mesej hatiku ini. dulu hanya dengan memikir tentangnya pasti ada sahaja pangilan atau mesej darinya. kini walau aku sudah mesej dan menelefonnya tidak juga berbalas,. hurm

MINTA KALAU ADA PENDAPAT, TINGGALKAN COMEN

Wednesday, 31 October 2012

PERENCAH CINTA ABADI

“ Bila datang lelaki yang comel agamanya, walaupun bukan ustaz, bukan tok guru, bukan ulama, hanya org biasa.. Tetapi sembahyang 5 waktu, Tak makan benda yang haram, tutup aurat dan bila ada kuliah dimasjid dan surau, dia tidak menguzurkan diri walaupun hanya seminggu 2 kali, itu sudah dikira baik pada agama.. Kahwinkan segera dengan lelaki baik seperti itu, walaupun dia berjalan kaki, naik moto, tak ada kereta kerana.. REZEKI ditangan ALLAH bukan manusia..”  (Ustaz Azhar Idrus)  ^_^

BILA NAK KAHWIN?
Saya pasti ramai yang cuak dan gentar  dengan pertanyaan nie.. Orang ramai sibuk tanya bila nak bina masjidnya.. Kahwin awal pun orang sibuk bercakap, kahwin lambat pun ada orang cakap jugak, kalau yang  tak kahwin-kahwin lagi la.. Manusia memang tak akan puas dengan satu persoalan. Jika soalan pertama dah selesai makan timbul pula persoalan yang lain.. Jadi sabarlah ye, sesiapa yang terkena soalan “cepuk emas” nie..
Soal perkahwinan ini sangat berat.. Ia memerlukan satu perancangan yang rapi agar rumah tangga yang dibina itu dipandu menuju keredhaanNya.. Kita nak kahwin dengan pasangan kita bukan hanya untuk setahun dua, bahkan kalau boleh sampai ke syurga.. Dan matlamat perkahwinan yang sebenar adalah untuk meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W  dan juga menegakkan agama Allah.. 
Memang benar kadang-kadang penat juga nak menjawab bila orang sibuk bertanya.. Tambah-tambah yang mulutnya pedas lagi berapi. Habis terbakar hati dibuatnya.. Mulut orang tak boleh  nak tutup. Biarlah orang nak kata apa.. Perancangan hidup kita, kitalah yang lebih arif tentangnya..  “Kita hanya merancang tapi ALLAH yg tentukan”.. itulah ungkapan yang sering kita dengarkan..
Jika ditanya jujur kepada mana-mana lelaki tentang cirri-ciri calon isteri, pasti mereka mahukan yang SOLEHAH.. Untuk menjadi ibu yang baik, yang boleh mendidik anak-anak menjadi soleh mahupun solehah.. Sebab tu laki selalu memilih.. Semakin hari semakin banyak rakan-rakan  berpesan yang macam-macam.. contoh nya macam yg kat bawah nie..
Pesanan buat LELAKI :
Jangan layan wanita tu special sangat jika tidak ada niat untuk buat dia menjadi yang sah atau halal.. Wanita ini lain sikit, cepat perasan dan mudah jatuh hati.. Jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin.. Jangan beri harapan pada yang mudah menyerap harapan.. Hati wanita ibarat gelas kaca, mudah pecah.. Apabila sudah terluka, sukar untuk dirawat semula..

Pesanan buat WANITA :
Jangan berharap terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang.. ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak.. Jadilah wanita yang tegas, mahal dan tidak mudah untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu..

Andai ingin berumahtangga pula.. sedikit perkara yang perlu si suami dan si isteri tahu adalah:

 SI ISTERI:
Kamulah yang akan menentukan samaada suamimu ditempatkan di SYURGA atau NERAKA, maka jagalah kesopanan akhlakmu dan tutuplah auratmu dengan sempurna kerana setiap apa yang diperlihatkan olehmu kepada insan lain akan dicatatkan satu persatu oleh malaikat Allah yang taat lagi patuh..

 SI SUAMI :
Kamulah yang menjadi tunggak utama dalam sesebuah keluarga, kamu jualah yang akan membentuk peribadi ISLAM dan IMAN dalam keluargamu.. Maka, awasilah, perhatikanlah dan didiklah keluargamu mengikut acuan Allah.. Jauhi sifat dayus dan jalankan tanggungjawabmu.. pastikan aurat "muslimahmu" TERPELIHARA..

Manusia zaman sekarang bukan tak nak kahwin awal.. tapi terpaksa membuat perancangan dan pemilihan.. nak jumpa calon yang mengikut keinginan dihati memang sukar sekali.. dalam seribu bintang yang kita jumpa.. belum tentu ada yang berkelipan.. dalam seribu orang yang ikte jumpa.. tak semua nya mempunyai sikap yang mulia.. “aku bukan la seorag yg baik untuk memilih tapi sedang mencari seorang yang boleh membantu untuk berada dijalan yang benar.. untuk meneruskan kehidupan yang lebih panjang dan banyak halangan..”

Bagi wanita pula.. hidup membujang adalah lebih selesa dan mudah.. ini kerana lelaki zaman kini hanya pandai bermain degan kata-kata.. Sesuatu yang dikatakan itu tidaklah jujur dari dalam hatinya.. Wanita susah untuk mencari calon kerana lelaki zaman sekarang seringkali lalai akan tanggungjawabnya.. Sedangkan solat 5 waktu pun xmampu nak jaga.. bagaimana nak membina masjid supaya kukuh selamanya..

“ Jika solat 5 waktu tidak dilaksanakan, jangan harap untuk dirikan rumah tangga, nanti retak dan berpecah belah sebab awal-awal lagi tiang agama sudah runtuh.. LELAKI yang soleh lagi baik, tidak akan ajak kamu buat maksiat.. tidak ajak kamu berpegangan tangan, sentuh-sentuh sebelum NIKAH.. Dia akan bernikah denganmu dengan cara baik dan terhormat, dia akan berjumpa dengan kedua ibubapamu terlebih dahulu.. Dan yang penting, dia setia berjanji akan MENIKAHIMU..”


Perancangan kehidupan bergantung kepada individu masing-masing tetapi tetap menuju matlamat yang satu.. Bagi yang kahwin lambat pula, mungkin dia belum bertemu jodohnya lagi.. Disebabkan itu juga Allah belum bukakan hatinya untuk menjaga kesucian hati itu pada selayaknya.. Kalau yakin dengan Allah, Allah takkan kecewakan kita..





NURUL HAZIMAH bt HASSAN (volunteer TFTN)

Thursday, 11 October 2012

KEINDAHAN BUMI KEAGUNGAN ILLAHI



Lelapan mataku berahir kini. Sudah menjadi kebiasaan hidup aku akan kusudahi lelapan mata ini pada pukul enam pagi.bagi aku bukan masa tidur menjadi penanda masa bangunku, tertapi masa bangunku menjadi penanda masa tidurku. Agar kewajipan aku tidak aku sia-siakan hanya kerana lelapan mata ini. Seperti biasa sesudah bangun sempat aku berterima kasih kepada maha pencipta kerana menberi masa untuk aku mengumpul dana akhiratku. Sesudah itu melangkahlah kaki ini menunaikan kewajipan seperti yang dilakukan oleh setiap umat islam. Rutin hidupku masih seperti hari- hari biasa, akan aku laungkan suara ini dengan menbaca kalam allah sebagai pembuka hariku. Sebagai pembuka pintu rezekiku. Sesudah aku habiskan rutin wajibku memang inilah masa aku melihat keindahan dunia. Tepat pukul tujuh pagi, pasti tingkap bilik ini akan ku buka. Aku tidak mahu melepaskan keindahan pagi berlalu.  Bukanlah senang mahu mendengar dan melihat ayam mengibas sayapnya, memanjangkan lehernya lalu mengeluarkan suara latangnya sebagai medium berinteraksi sesama meraka. Kekadang kudengar seperti perlawanan laungan suara juga ada. Aku menanti saat jam lapan setengah pagi. Kerana disaat ini pasti kesembilan ekor burung murai akan datang berhampiran bilik aku. Mungkin kerana aku sudah terbiasa meletakakan makanan untuk jamuan isi perut mereka. Aku berbuat sedemikian kerana aku tidak puas melihat bual bicara mereka. Pasti menyentuh jiwa. Akan dikembangkan semua bulu- bulu lalu berkumat kamitlah mereka berbicara sesama mereka. Tidakkah itu hebat?. Aku tidak menjulang rasa rugi menghabiskan masa ini dengan memerhati keindahan dunia.


Tertapi hari ini istimewa. Lain dari hari-hari biasaku. Ini kerana burung murai tidak sempat datang menghias senyumanku. Awan mendung telah lama memikul berbanan. Saratnya telah sampai kekemuncak kesabaran. Lalu hujan turun menbasahi bumi. Debu-debu yang mengaburkan pemandangan mataku kini rebah ke bumi didesak oleh air hujan itu. pasti si perkebun gembira kerana tanaman mereka diberikan rezeki . Aku tidaklah sedih kerana tidak melihat si burung murai berinteraksi pada hari ini. Dapat juga aku melihat kekuasaan illahi. Lalu aku tutup pintu kamarku. Agar aku tidak diganggu. Aku tidak mahu keasyikan ini tersentap dengan pekara-pekara lain. Aku memerhati  titisan demi titisan air hujan. Aku melihat terdapat pelangi indah kelihatan dalam setiap titisan yang dicurahkan itu. Subhanallah cantiknya. Alangkah ruginya diri ini hampir dua puluh tahun masaku bernafas dibumi baru sekarang aku dapat melihat keindahan ini. Nasibku sangat baik hari ini. Nikmat itu tidak setakat disitu. Aku melihat ada pelangi menbelah bukit di hujung sana. Sempat aku tersenyum sendirian. Dalam aku sedang memerhati lagi aku seumpama diketuk dengan pukulan ilham . aku tersedar air merupakan prisma yang tersangat hebat. Mampu menbias cahaya menjadi pelangi indah. Ya aku akui  nilai air tidaklah dipandang hebat seperti melihat kilauan permata, tidak juga menpunyai ikatan molekul sekuat berlian. Tertapi ianya mampu menbias cahaya menjadi tujuh warna pelangi indah lalu memancarkan sebagai penhias dunia. Mampukah berlian, emas dan permata menbias cahaya sehebat itu? Aku akui tidaklah allah menciptakan sesuatu dengan sia-sia.


Aku merenung dan terus lagi merenung. Renungan aku tidaklah renungan biasa. Aku merenung dengan penuh pengharapan. Lalu aku terfikir akan suatu perpatah “ ilmu ini umpama cahaya, menerangi kehidupan manusia. Menyuluh dikala kewalahan. Menjadi teman hidup yang paling akrab”. Jika kita hayati lagi jika siang dianugerahkan matahari sebagai penyuluh bumi tidak malam dibiarkan kita dengan kegelapan. Masih dihadiahkan bulan dan bintang sebagai penyuluh. Jika siang kita mampu melihat dengan jelas. Mampu bergerak dengan bebas, jangan butakan minda bahawa malam itu terlalu gelab sehingga kita tidak mampu bergerak bebas. Masih yang maha esa menganugerahkan bintang sebagai pertunjuk arah. Jika kita renungkan lagi, pasti kita temui kehebatan itu. Bintang bukan hanya menberi pertunjuk untuk perjalanan malam, tertapi menjadi sumber rujukan  untuk meneruskan perjalanan di kala siang.


Aku kembali ke alam nyata. Sudah setengah jam ku kira aku hanyut  di dalam lamunan ini. Ku kira betul air sangat penting di dalam pelajaran. Kerana kuantiti oksigen yang terdapat di dalam air mampu mencergaskan minda ini. Bukan itu sahaja mineralnya juga mampu menguatkan otak secapuk ini. Jadi jika kita fikirkan akan kita fahamlah mengapa allah memilih air sepagai prisma untuk menbiaskan cahaya menjadi tujuh warna pelangi indah ini. Air mampu menenangkan fikiran juga mampu menperoleh ketenangan. Jadi kita akan senang menuntut ilmu pelajaran. Ya ALLAH aku tersedar makna disebalik  pelangi ini. Ilmu tidaklah terhenti hanya pada seseorang. Ia akan terus dibiaskan kepada yang lain. Ilmu juga pemankin kepada pengerak pekara-pekara baru dan moden jika kita perhatikan. Ilmu seperti air yang tidaklah menpunyai molekul yang keras tertapi kehebatannya jelas ditafsirkan , mampu menbias cahaya menjadi pelangi. Tidakkah ia cukup hebat?


SUBHANALLAH , ALHAMDULILLAH, MAHASUCI ALLAH. Tidaklah diciptakan sesuatu dengan sia-sia. Hanya dengan air hujan, tidaklah menpunyai nilai semahal berlian dan emas  di mata manusia tertapi sudah cukup menbuktikan air menpunyai nilai yang sangat hebat. Ooohh patutlah setiap kehidupan memerlukan air.  Patutlah  ada bacteria yang mapu hidup tanpa cahaya dan makanan tertapi akan mati jika tiada air. Jika kita terus merenung, patutlah ALLAH memilih air sebagai  medium menyucikan diri, juga sebagai medium untuk mengambil wuduk.


Kini air mata kesyukuran mengalir sama derasnya dengan titisan air hujan. Aku melangkah keluar dari kamarku ini untuk merasakan nikmat kurniaan ALLAH ini. Aku merenung kelangit. Sekali lagi aku tersentap. Subhanallah hebatnya tidak terkira. Aku melihat ciptaan ALLAH yang hebat sekali lagi. Aku melihat awan !! aku tahu semua pernah melihat awan.  Awan terjadi juga melalui air. Melalu pengewapan lalu naik ke atas dan berkumpul menjadi awan. Awan bukan sahaja tempat untuk kanak-kanak berimaginasi, berhayal menbentuk awan sebagai objek lain.  Bukan juga awan hanya dijadikan untuk menhasilkan petir dan kilat yang juga merupakan suatu dari golongan cahaya. Malah awan turut dijadikan untuk melindungi kita dari sinaran terik matahari. Subhanallah. Hebatnya . bersambung –sabung keajaipan dunia ini jika kita telepati. Aku terus terduduk lalu menadah tangan ke langit dan bersyukur. Aku juga bermohon agar tidak dibutakan hati ini dari melihat kekuasaan allah.

Saturday, 22 September 2012

kemerdekaan milik semua

Kemerdekaan??? samalah juga dengan erti kebebasan. betul tidak?? khairul tahu, dan khairul mengerti, unsur kemerdekaan selalu dibangkitkan. mengapa kita selalu menbangkitkan isu ini?? adakah disebabkan kita tidak mahu semangat kemerdekaan itu berubah atau kita mahu berubah ke arah kemerdekaan sebenar ataupun kita takut akan dijajah lagi?? khairul yakin dari sejenak pelusuk hati ini, semua makhluk di dunia ini perlu dan wajib memerdekaan diri sendiri.

Tiada yang lagi bebas dah terbaik selain dari bumi kita sendiri. semua makhluk juga akan merasakannya. selama ini kita selalu diberi contoh manusia. mari khairul cuba menberi gambaran dengan contoh yang lain. KUCING PARSI. bagi peminta haiwan tidak perlu rasanya khairul ceritakan satu satu keistimewaan kucing ini sehingga begitu ramai mereka di malaysia ini menbelanya.khairul pun ada juga.khairul meneliti dan memerhati.jika kita melihat disudut keselesaan mungkin ia terlalu selesa kiranya. bayangkanlah dari segi permakanan, vitamin dan penjagaan yang diberikan oleh setiap permilik kucing parsi terlalu teliti bagi khairul. tapi adakah ia cukup bagi seekor kucing yang telah dihijrahkan dari negara asal kucing tersebut untuk mendapatkan hanya setakat kemewahan itu.bagaimana pula dengan kehidupan kucing tersebut.?? tidak habis-habis dikurung di dalam sangkar kerana tuan mereka terlalu menyayangi. adakah ianya bermakna bagi seekor haiwan yang tidak berakal. bagi manusia pun jika dipikirkan. walau dilontarkan segala kemewahan dunia tapi kita masih mahu keluar dan inginkan satu kebebasan. begitu juga kucing. mengapa dia ditempatkan di suatu tempat yang kecil ini. ya khairul akui mungkin kucing-kucing ini punya kawan sejenis dia untuk melepaskan kebosanan.tapi adakah ia cukup untuk menbayar masa yang telah diragut oleh manusia ini.khairul tidaklah mengurung kucing khairul di dalam sangkar. tapi khairul masih melihat ianya gagal dari segi kebebasan dunia. apabila baru sahaja melangkah kaki keluar dari pagar sudah ramai yang ingin memegangnya. tidak ada sedikit peluang pun rasanya dia menjejakkan kaki ke tanah merdeka ini. khairul cuba simpulkan disini bertapa bermaknanya kemerdekaan bagi setiap kehidupan di dunia ini.


khairul cuba menberi gambaran yang lain agar maksud khairul ini akan dapat anda semua pengang dan fahami.khairul ingin mengambil contoh dari segi kanak-kanak pula. adakah kamu merasakan mereka sudah mendapat semua kenitmatan merdekan di bumi megah ini??ya nama malaysia disanjung-sanjung. martabat malaysia bukanlah rendah untuk diperlekehkan.kepinpinan malaysia juga kiranya bolehlah dibanggakan. khairul mengaku. khairul tidak pernah malu untuk menbawa imej malaysia ke mana-mana sahaja.tapi cuba difikirkan balik. adakah ia cukup hanya dengan menyerahkan seluruh berbanan ini hanya kepada peminpin negara.?? kemana kaki dan tangan kita?? kemana juga pemikiran cermelang kita??. cuba melihat kanak-kanak. adakah mereka semua telah mencapai suasana merdeka sebenar??? masih ramai yang menagis. masih ramai yang ketandusan pembelaan. masih ada di antara kanak-kanak yang telah memikul beban kaum dewasa. telah menhabiskan keringat mereka untuk mencari sesuap nasi. sedihnya hati ini. kemana perginya masa belajar mereka.???kenapalah kita selalu menbiarkan mereka ini terus kebelakang dan ditinggalakan kemajuan dunia.walhal. kita sudah diberikan hati dari yang maha pencipta ini. kenapalah tangan ini terlalu malas untuk menbantu mereka.???? ya khairul akui mereka masih melaungkan laungngan kemerdekaan dikala hari merdeka.tapi apakah makna laungngan merdeka mereka.?? adakah ingin meraikan atau cuba berteriak menberi tahu dunia agar menbantu mereka.??? jadi marilah sama-sama menbantu agar makna merdekan ini menjadi realiti dan tidak dapat disangkal lagi






cuba kita bayangkan bagaimana mereka yang terdahulu memikirkan berjuta cara untuk merdeka.meninggalkan anak dan isteri untuk memerdekan negara. mengapa kita tidak menyahut seruan hebat mereka itu.jika kita fikirkan bagaimana perjuang terdahulu telah diklasifikasikan sebagai perosak negara oleh penjajah. kita lihat sahaja nasib tok janggut. niat murni dia telah diputar belikkan oleh penjajah.tapi mereka yang terdahulu tidak penah kenal erti penat dan lelah. mungkin mereka sudah cukup penat berada di dalam kesengsaraan. mungkin juga kita terlalu diselimutkan dengan kemewahan dunia sehingga kita sudah terlupa. jika kita melihat kenapa mereka yang terdahulu begitu semangat untuk memerdekan tanah air. adakah mereka ingin memerdekan diri mereka sahaja??? tidak sedetikpun terkeluar kata-kata itu dari mulut-mulut mereka. semua kemerdekaan ini mereka hanya ingin serahkan kepada anak-anak bangsa mereka sendiri.ingin juga mendaulatkan tanah air. tertapi kenapa erti merdekan sudah bertukar kepada kepentingan diri sendiri. fikir-fikirkanlah dan sedarlah kita mendapat kemewahan hidup ini dengan hasil penat lelah mereka terdahulu. mengapa kita perlu duduk diam dan melihat anak -anak bangsa kita nanti kembali ke masa KELABU kita.



MARI BERJASA KEPADA DUNIA

Friday, 14 September 2012

ERTI SENYUMAN

di kala aku menbaca satu blog ke satu blog. berfacebook dan ber tweeter. aku  terfikir erti satu senyuman.. ia tidaklah semurah menbeli nasi lemak di tepi jalan. mebeli kuih muih. dan menbeli teh tarik.sunyuman adalah sesuatu yang sangat berharga kira aku. sesuatu yang tidak mapu di beli. sesuatu yang bukan senang dimiliki. ye.. mungkin ada dikalangan kamu yang tidak henti-henti tersenyum. tapi pernahkah kamu terfikir masih ada di anatara kita yang tidak mampu terseyum.

cuba kita renungkan sejenak. mampukah seorang kanak-kanak yang berusia 7 tahun sudah terpaksa mencari tin untuk menbeli sekilo beras. terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari lauk sebagai hidangan makann. mapukah mereka tersenyum??

cuba banyangkan pula seorang kana-kanak yang berusia 10 tahun sudah kehilangan kedua ibu dan bapanya. sudah hilang tempat bergantung. sudah disisih dari semua saudara mara merak. terpaksa dimasukkan ke rumah anak yatim. terdapat juga antara mereka dihantar untuk dijadikan pengemis jalanan..pangkah"anak yatim" menjadi kunci atau menjadi bahan untuk mengemis untuk mendapatkan simpati... adakah dia mampu terseyum???

bagaiman pula seorang kanak-kanak yang terlalu cintakan ilmu tapi tidak berupaya untuk meneruskan sesi persekolahan atas dasar kekangan dari segi kewangan. kekangan dari masyarakat. tambahan pula mereka inilah menjadi tempat sasaran dijatuhkan hukuman. adakah adil bagi mereka?? adakah mereka juga mampu terseyum riang??

kita sebagai manusia. mesti percaya bahawa setiap manusia dilahirkan dengan potensi. kita seagai masyarakat yang beruntung kenapa tidak menbantu mendapatkan senyuman mereka ini??? tidak kesian kah kamu kepada mereka??? marilah bersama-sama menbantu mereka
saya faham. saya akui. saya juga mengerti kita terikat dengan kekangan masa dan hidup masing-masing. tapi jangan sesekali menjadikan alasan masa sebagai tempat untuk menhalang kita dari menbantu. kita tidak perlu menklasifikasikan sesuatu sebagai cara untuk kita menbantu. bantulah selagi kita mampu. beramallah selagi kita boleh. percaya dengan hukum ALLAH. dan percaya dengan janji ALLAH

mendayung indah

Di suatu petang yang tenang. udara redup menambah ketenangan. geselan daun daun hijau itu umpama biola sedang memainkan peranan masing-masing.aku di sini. di sebuah taman melihat suana manusia. melihat tawa riang kanak-kanak bermain kejar kejaran. aku ibarat pemerhati terbaik. melihat bagaimana kaum-kaum ibu mula mengeluarkan isu-isu untuk dijadikan bahan mengumpat dikala sedang keasyikan memerhatikan anak-anak mereka mengecapi kebahagian dunia.

aku masih di taman ini. duduk disamping memenik pucuk muda lalang sambil melihat telatah anak muda yang sedang sibuk menbahagikan kumpulan untuk memulakan suatu permainan.mereka tersenyum riang. seperti tiada sebarang masalah yang sedang dipikulnye. seperti komputer yang mampu memindah data-data ke tempat lain. seperti juga sami yang mampu mengosongkan pemikiran mereka. begitulah anak-anak muda di taman ini.. aku berfikir sejenak. alangkah indah jika aku mapu menjadi seperti mereka. meletakkan bebanan masalah dunia dan mengecapi keseronokkan tanpa memikirkan situasi.tapi aku tidak mampu

di dalam khayalan aku tertibe aku terfikir keriangan zaman kanak-kanak aku. bermain lumba lari beramai-ramai. di kala hujung minggu sudah pasti kami sekumpulan akan masuk ke dalam hutan untuk menuju ke khemah rasia kami.hidup dengan penuh keriangan. tidak sedikitpun aku memikirkan masalah hari esok. tertiba aku tersedar.aku juga mengalami zaman bahagia seperti mereka. patutlah kata orang tua-tua kamu tidak akan mampu menbandingkan keseronokkan zaman kanak-kanak kamu. walau kamu punya duit segunung. walau kamu punya rumah segah istana. tidak akan kamu mampu menbeli kenangan itu. dan tidak akan kamu mampu kembali ke zaman itu. akhirnya aku percaya

Tertibe aku tersentap apabila ada bola melantun ke atas riba aku... baru aku tersedar kini sudah jam 6.50petang. lama juga aku termenung sendirian. ibu-ibu kini sudah mula mengeluarkan bebelan memangil anak-anak pulang ke rumah. aku terus dan terus memerhati. agar aku dapat menperbaiki kesilapan diri

Tuesday, 11 September 2012

SANJUNGAN EMAS

sujud syukur aku limpahkan kepada yang maha esa.kerana hanya engkau yang maha mengatahui.hanya dengan satu petermuan. terjalin suatu ikatan yang tersangat kukuh.aku tidak menyangka seorang pensyarah yang aku sanjung sanjungkan akhirnya menberi aku suatu makna yang besar di dalam pertemuan.

bermula dengan kami berkongsi minat yang sama. menulis blog.bicaranya cukup menbuat aku terpegun.tingkah lakunya cukup menbuatkan aku beri seperbuh penhormatan.

aku tidak menyaka bahawa dengan satu pertemuan ini kami akhirnya menbawa satu sejarah besar dalam hidupku. Ya ALLAH. aku bersyukur. kerana engkau telah temukan aku dengannya. aku tidak penah jemu.tidak juga penah mengeluh. bicaranya seperti api yang menbakar semangatku.. dia adalah MISS ASMIDAR ALIAS. seorang penyarah kejuruteraan awam. aku tidak penah menyangka bahawa dia dapat merealisasikan impianku.impian yang selama ini hanya terbuku di sejenak jiwa.. jujur aku takot lontarkan pandangan itu. kerana aku tahu. ia bukanlah sesuatu yang mudah. bukanlah seperti bercakap dengan kanak-kanak. ingin memupuk keyakinan dalam bicara aku kepada semua presiden yang siap dengan hujahnya bukanlah senang bagi aku.

tetapi miss telah menbakar semngatku. menberi aku sedikit ruang.akhirnya apa yang aku inginkan ini tercapai. menbuat satu gabungan semua kelab untuk mengadakan susatu aktiviti amal yang tidak menberi sebarang keuntungan pribadi bukanlah mudah. tetapi dorongan dan hujah yang mantap dari miss menbuatkan aku yakin. aku yakin bahawa aku di pihak yang benar. menbuatkan aku yakin bahawa aku perlu teruskan. menbuatkan aku yakin bahawa masih ramai yang menanti keringat yang terbuku ini.

penat dan lelah bukanlah halangan bagi miss. beliau siap sedia kemana sahaja bersamaku. duit juga selalu dilaburkan untuk mengisi alas perutku.aku bersyukur. kerana seorang manusia yang hebat ini sudi menbantu aku. sudi melebarkan jalan untuk aku mara ke depan. sudi melontarkan pandangan. tidak pula mengeluh dengan tetangan.

bukan hanya setakat disitu.selepas semua aktiviti berahir dia masih tidak meninggalkan aku sendiri. dihadiakan pula satu buku cerpen. ya ALLAH hanya engkau yang mengerti perasaanku. aku mencari sekian lama cerpen tulisan tanganya. aku menanti dengan penuh harapan. dan akhirnya miss menberi buku cerpennya. aku tersangat gembira.ia bukanlah sekadar cerpen biasa. ia juga bukanlah suatu bahan bacaan yang hanya untuk mengisi masa lapang. cerpen ini terkandung seribu semangat.cerpen ini umpama ubat dikala kita kewalahan. ya allah aku sangat kagumi beliau. ingin saja aku mengankatnya menjadi satu perhubungan yang lebih erat.

LAGI.bukan hanya disitu.beliau seornag penyarat yang sangat memikirkan masa depan pelajarnya. memikirkan pelbagai cara agar kami dapat menpraktikan apa yang kami belajar. beliau cuba mengukuhkan apa yang diajar. ya aku akui. tidak senang dan mungkin hanya miss seornag sahaja yang punya kekuatan itu.

aku sangat kagumi beliau.kerna itu aku menulis blog ini. bukan meminta supaya dia menbaca blog aku.aku hanya ingin menberitahu dunia bahawa aku sangat menyanjungi beliau.ingin sahaja aku menberi pingat keikhlasan kepadanya. kerana bagiku hanya dia yang layak.

aku berharap akan ku jumpe lebih ramai manusia berjiwa hebat ini. lebih ramai mereka yang punya semangat ini. lebih ramai yang akan ku sanjung selepas ini