tolong click untuk bagi saya jutawan

Sunday, 3 March 2013

selamat hari lahir mak

hye hye hye..... kali ni saya nak share apa yang saya buat untuk sambutan hari lahir mak saya.saya beruntung masih punya mak diusia ini. saya tahu ramai dah yang kehilangan mak. ada juga yang ditinggalkan ibu bapa. semua bersabar ya. dugaan mengajar kita erti ketabahan sebenar. sebabkan itu jugalah saya bergitu menghargai mak saya. saya bersyukur masih punya mak. bukan setakat itu, saya mempunyai mak yang sangat menyanyagi saya. cuba membahagiakan saya. cuba merealisasikan segala permintaan saya. saya bersyukur.

hari lahir mak adalah pada 9.2...kami adik beradik pada mulanya hanya nak beli kek je. and bagi hadiah simple simple je. sebab saya masih dekat universiti sampai 8.2 tuh. abang sibuk bekerja. akak dan adik je ada dekat rumah. tapi akak x pandai nak drive kereta. jadi kene tunggu saya juga lah.

dalam gerimis mengundang tuh tiba tiba akak whatsapp cakap 10.2 raya cina. 9.2 semua cuti. saya punya otak dah start bergerak nak buat apa dah. fikir fikir saya pun decided nak buat surprise birthday party kat mak. saya pun terus buat mind map apa saya kene buat..

first saya jemput sedara mara saya. walaupun persiapan belum buat. walaupun hanya tinggal 3 hari. walaupun saya ada 2 test time tuh. saya saja je  jemput. nak bagi kerkuatan pada diri agar mesti buat juga. WAJIB
!!!!.. bila dah jemput macam mana pun kene buat juga lah kan..hehhehehe bijak x strategik...

 second step kami adalah, kami start pilih tempat. mula mula nak buat dekat air terjun teladas. sebab air cetek. boleh lah adik adik mandi. tapi sebab mak sedara, pak sedara, kawan, jiran, anak paksu lebung, mak bedah, pak dolah, makcik salmah, cik dara, pakduda  cakap kat situ ada ibu air lah. ada hantu lah. jadi kami pun tukar tempat nak buat dekat teluk chempedak. fikir fikir balik, kat tc ramai orang. x sedap lah nak buat perangai. " we all ni kan dato datin kene lah jaga tingkah laku". hahhahahaha.. finally kami pun decided buat dekat pantai sepat. yes. nasib semua setuju. krek krek krek je bunyi time tuh

step seterusnya, baru lah kami mengelabah. nak buat hidangan apa kat sedara mara ni. sapa nak masak. nak buat banyak mana. sapa nak beli barang. mengelepor semua ... saya pun buat lah planning baik punya. boleh cakap planning maut juga lah. sebab kami akan beli barang barang untuk masak selepas saya pulang ke rumah. bayangkanlah. bertolak dari jengka pukul 6. sampai pukul 8. terus pergi beli barang hantar kat rumah sedara untuk masak.kalau lah ada emergency time tuh. memang habes ranab program.

step seterusnya beli hadiah. kami adik beradik planning beli hadiah lepas balik beli barang... nampak x time kitaorang sangat kritikal. tapi nak buat macam mana kan....

flow program
saya balik on time dari jengka. tepat pukul 6. pecut habis lah.. kesian dekat kancil ni kene force kelajuan hahhahahhaa. sampai tepat tepat pukul 8. sebab banyak sangat kereta. kalau x boleh sampai awal lagi. saya pun solat and ajak akak and adik beli barang... mak tanya nak pergi mana tuh. saya pun jawab nak ajak akak and adik keluar jumpa gf. gf nak kenal dengan akak. mak pun senyum je. bagi pula dia green light. lalallala.. plan 1 berjalan. kami selesai beli barang dah pukul 9.40 dah.. masa sangat kritikal. jadi kami ubah plan. kami suruh abang hantar barang dekat rumah sedara dan kami pergi beli hadiah. pergi kat bandar semua dah tutup. nasib baik teringat kedai kesukaan mak. barangan "vantegh" sori x reti nak eja macam mana. kami pun beli lah jam besar kat mak. selera mak ngan saya memang sama. sebijik sama. jadi kalau saya suka pasti mak suka. hehehehhee. kami pun beli lah.. dah siap beli tuh lepak jab. fikir macam mana nak flow kan keadaan untuk esok

sampai je kat rumah.sedara pun call. cakap  dia nak periuk lebih. tempat letak air. tikar bla bla bla " banyak pula barang yang diminta". semua tuh ada kat rumah saya. terfikir macam mana lah nak buat keluar semua barang barang ni. tunggu mak tido. pukul 3 kami adik beradik pun jadi lah pencuri. hahahha. BERJAYA BOH. hahahaha...call sedara, rupa rupanya dieorang semua tengah bertukus lumus nak siapkan bahan bahan makanan. tengah potong ayam lagi. ni LAH NAMANYA KERJA LAST LAST MINIT.

ok semua dah siap. tinggal tunggu program esok je...

waktu kejadian





esok pagi saya ajak mak pergi ikut saya untuk siapkan assigment kononya. menipu lagi cakap ada datin, mak mesti kene pergi abangcik takut. hahhahaa. mak pun muka redo je lah pergi ikot. hahhahaha. pukul 9.30 pagi pak sedara call cakap " kerja dah sattle, kami semua dah ada dekat pantai dah". saya pun ajak lah mak bergerak. tiba tiba ayah pula kacau program, nak ikut kami. x mahu pergi dulu. jadi xpelah. ikut pun ikut je lah hahhahaha.... dalam perjalanan mak banyak pula bertanya. macam macam aku kelentong... dekat nak sampai dah ajak pula kami pergi makan dulu. katanya lapor sangat dah. haishh kene menipu lagi aku ni. cakap kat mak datin dah tunggu dah kat sana, x boleh nak lewat dah. mak pun muka merajuk cakap ok lah.

bila dah sampai tuh sedara mara dah tunggu dah. buat bentuk V. aku yang suruh. biar atuk dan nenek yang pegang kek tuh. yang lain beratur kat tepi membentuk V.... mak pun terkejut lah bila sampai.ada kek.. aku punya gabra sampai salah pula, nak amik vedeo terambil gambar. sayang betul lah.....mak pun menghampiri atuk dan nenek " PERUMPAMAAN AKU NAK BUAT SEPERTI SEORANG IBU DAN AYAH YANG BERSUSAH PAYAH MENJAGA ANAK SEHINGGA DEWASA DAN AKHIRNYA ANAK PASTI PULANG KEPANGKUAN IBU DAN AYAH JUGA...... hebat kan krinologi ni.....

cerita panjang lagi ni. x larat dah nak tulis. nanti sambung lagi. saya bagi santapan gambar je yaa. sori












Friday, 1 February 2013

LILIN HARAPAN






Sapa tahu apa maksud lilin harapan yangs saya cuba sampaikan ni??? Siapa tahu cepat angkat tangan. Hehehhehe… siapa pula mahu ikut saya jadi lilin harapan angkat tangan????? Kenapa sikit je yang angkat :-( x seronok lah macam ni..

lilin harapan ini merupakan satu lilin yang perlu dibakar oleh pada sesiapa yang berharapan untuk menunaikan harapan mereka. tuh maksud saya. Tapi xda pun lilin harapan ni. Jangan nak berharap sangat lah kan.makan asap lah jawabnya. Lalalalala. Saya Cuma nak buat perumpamaan. Jadi jangan kamu menyirikkan diri pula.ini semua poyo…. Ok so mai kita start berdrama.

apa yang saya impikan adalah untuk menjadi lilin harapan. Kerana saya tahu setiap manusia punya harapan. Kekadang saya merasakan setiap hidupan pasti punya pengharapan. Harapan untuk hidup, harapan untuk maju kedepan, harapan untuk menjadi ahli syurga dan banyak lagi. Sebab itulah saya mahu menjadi lilin harapan yang mengotakkan setiap dari mereka yang berharap. Menolong pada mereka yang berharap tapi dipinggirkan oleh berbanan masalah dunia dan dipinggirkan oleh masyarakat sendiri. Kan seronok….. saya tahu saya terpaksa terbakar atau dibakar (penat + peluh) untuk menunaikan harapan mereka. tapi saya rasa saya dibakar di dalam senyuman mereka. saya dibakar di dalam kegembiraan mereka. saya dibakar dengan dengan nikmat kebaikan.saya tahu itu. Saya juga yakin itu. Saya ditelan bumi dengan satu nama kebaikan yang tetap bersemadi dan terus bersemadi bebas. Saya lelap di dalam danggapan kegembiraan mereka. saya lelap di dalam penunaian harapan mereka.pasti seronok. Pasti saya dapat merasakan kenyamaian yang saya impikan.

itulah sebab kenapa saya mahu menjadi lilin harapan.

Tuesday, 22 January 2013

stress stress stress...

eeee. geram nya kat bdiri ni.. kan dah cakap, azam tahun ni kene jadi rajin.... kenapa lah boleh x bangun study pagi tadi. ada banyak bab lagi yang x siap study ni.. alahgai mak jening. rasa nak cepuk cepuk je semua orang....

rasa cam nak skip semua kelas je hari ni baru lah leh siapm study. ada brand x??? pernah teringat lec aku cakap, if kamu buat satu perngobanan , make sure pengorbanan yang kamu buat itu bernar benar berbaloi.. " fikir fikir kan lah"!!!!.. so

 nak ponteng ke x ni.... naluri dah kacau..ke nak study dalam kelas je????

jawab nya. tanya hati....

 kata hati " ko bengong ya santoryan, toyol kan ada. bawa je lah."
 jangan nak baik sangat lah azman weiii!!!!!!!

Saturday, 19 January 2013

ayah.. ibu... aku juga anakmu


ayah....,
ibu............,
aku tidak pernah minta untuk dilahirkan melihat dunia indah ini,
jangan sesekali lahirkan aku untuk menyangjung riakmu,
jangan lahirkan aku agar aku dijadikan bahan kebanggaan dunia,
jangan juga lahirkan aku untuk dilihat dunia,

aku ini anakmu......,
aku ini anakmu.........,
aku memang anakmu......,
wahai ayah dan ibu,

lahirkanlah aku agar tangan dan kaki ini mampu beramal kelak,
lahirkanlah aku dengan dipenuhi selimut akhirat,
aku mohon ayah.............,
aku mohon ibu................,
tadahlah tangan bermohon wahai ayah,
tadahlah tangan bermohon wahai ibu,
agar hati aku ini lembut,
alirkanlah air mata di dalam doamu agar aku dicintai hak milik,
sujudlah ke bumi meminta agar aku tidak menjadikan bumi takhta abadi,


ayah.........,
ibu............,
aku mohon,
aku merayu....,
aku sanggup mengemis...,
agar aku dapat sayangmu...,
agar aku dapat kasih abadimu...,
agar aku dapat memelukmu..,
agar aku dapat memimpinmu di hari tua,
agar doa si pengemis hiba ini terus ke liang lahatmu,

aku sanggup ayah....,
aku sanggup ibu...,
aku sangup berlapar untuk hidup bersamamu,
ku nobat hati ini agar bersulam derita bersama,
hanya untuk memilik kasih tercinta mu,
tapi.....,
kenapa kau masih jadikan aku bergini,

kenapa ayah...,
kenapa ibu...,
jawablah ayah........,
jawablah ibu.......,
kenapa tinggalkan aku di tong sampah busuk ini,
kenapa tinggalkan aku berseorang di pasaraya ini,
kenapa kau tempatkan aku di kaki lima ini,
dan kenapa kau tidak pernah mengesat air mata yang mengalir deras ini,
adakah inilah balasan yang wajar aku pikul....,
aku masih menunggu jawapan itu...,
kerana aku masih anakmu,

ayah.....,
ibu..........,
aku tidak mahu jadi secorot ini,
aku tidak mahu sebodoh ini,
mengapa kau tinggalkan pengaharapan palsu ini,
kenapa kau lahirkan aku untuk dihina dunia,
mungkin kau telah fikir aku ini makanan cacian dunia,
tolong ayah...,
tolonglah ibu....,
tolong aku,


ibu.....,
ayah......,
aku mahukan kamu......,
jangan pernah jadikan aku si pembenci dunia,
jangan pernah kotorkan kain putih ini,
jangan pernah sesekali,
jangan pernah selamanya,

aku masih menadah tangan kini,
aku masih merayu kini,
walau ku sudah tidak melihat jasatmu,
air mata ini masih terus mengalir merayu..,
agar kau kembali,
agar kau kutipku kembali,
agar kau pelukku kembali,
agar kau kasihku kembali,

engat....!!,
engat......!!!,
engat........!!!!,

jangan dilupa sesekali,
kami mahu sayangmu.....,
kami mahu kasihmu..........,
kami tuntut nafkahmu...........,
kami tuntut masamu................,
agar kau sanggup kembali.........,
memimpin...,
agar aku tidak menjadi anak buangan dunia,
agar aku tidak disiksa di liang sempit itu,
agar aku mampu berdoa untukmu kelak,






naluri (rumah anak anak perlindungan)
credik to (teach for the needs)
credik to (change agent)



Tuesday, 15 January 2013

jejak inovasi

saya ada joint aktiviti jejak inovasi tahun lepas. teringat pula cerita cerita dieorang. mendanya simple je. disebabkan kreative dan sifat ingin mencuba, mereka berjasa membuat pembaharuan kepada dunia ini. jom layan..

kisah pembunuhan sosilawati

  nak ingatkan korang balik tentang kisah pembunuhan sosilawati.. jom layan

konsep kejadian manusia menurut islam

 di dalam dunia ni terlalu banyak konsep kejadian manusia. hampir setiap agama mendifinasikan konsep kejadian manusia menurut mereka. jadi mario kita kaji bertsama konsep kejadian manusia agar kita dapat mempelbetulkan kefahaman kita yang serong " jika ada".