tolong click untuk bagi saya jutawan

Wednesday, 24 April 2013

Aku manusia hina




Kau jarang mengejar fajar…..,
Kerana kau terlalu mendaulat dunia…,
Mungkin juga kerana hatimu terlalu pejal dalam mentaati saada’h..
Lalu kau menutup mata agar hatimu kian buta akan akhirat yang menanti….
Sedar atau tidak sedar bahawa kau telah menjadi manusia yang hina…
Manusia yang engkau keji kejikan dalam ungkapan…
Dan itu adalah engkau….
Manusia hina.

Monday, 22 April 2013

pintu cahaya



Pintu cahaya
Pada 20 april 2013, saya definasikan hari tersebut sebagai pintu cahaya. Pada 20 april, kami telah membawa mereka di rumah anak yatim baitul husna pergi ke klcc. Perjalanan yang saya kira bergitu panjang bermula 4.30 am-3.30 am telah mengubah pandangan dan membuka pintu harapan kepada adik adik di baitul husna.
Sehari sebelum hari kejadian, mereka bergitu teruja. Saya telah pergi ke rumah anak yatim tersebut untuk memberi sedikit taklimat ringkas. Saya sempat melihat sekeliling. Saya lihat bergitu banyak baju yang tersidai di dinding dinding. Saya bertanya kepada penjaga mereka “ hari ini memang semua kene basuh baju ke?”. Jawab penjaga mereka “ adik adik ni dah tak sabar mahu ke klcc. Dah bersiap siap”. Jawapan itu sebenarnya telah membuatkan hati ini bergitu gementar. Mungkin kerana jawatan yang disandang sebagai pengarah program yang akan memikul berbanan pada keesokan hari. Mana tidaknya, harapan adik adik terlalu besar. Hampakan mereka merupakan kekecewaan buat diri saya.memuaskan hati mereka bukan senang juga untuk diri kerdil ini.
Tepat jam 4.20 am, saya tiba di rumah anak yatim baitul husna. Saya lihat semua telah terpacak. Kekadang malu juga diri ini kerana adik adik telah bersiap lebih awal daripada saya. Sebenarnya saya telah bangun pada jam 3 pagi pada hari berkenaan. Tertapi mungkin kerana terlalu banyak barang yang perlu saya angkut. Juga banyak tempat persinggahan membuatkan saya tiba agak lewat. Ahhh ini semua alasan. Jawab saja saya memang sudah tewas dengan adik adik.kami mula bertolak pada jam 4.30 am.say beruntung kerana diawasi encik ridwan yang sangat baik hati dan mempercayai saya.
Misi suci ini telah melibatkan beberapa peserta dari pelbagai institusi antaranya uia, ump, uitm kuantan, uitm jengka ,dan juga remaja-remaja di sekitar kuantan.ada dua soalan yang bermain di kalangan “penanya”. Pertama bagaiman saya mengumpul peserta dari  merata tempat dan kenapa tidak hanya memilih kenalan sendiri. Saya punya jawapan saya sendiri yang sukar untuk saya terangkan.tertapi daripada saya mula memegang jawatan presiden di university lagi memang ini kaedah yang saya akan gunakan di setiap event yang saya lakukan.saya akan mengabungkan kelab kelab di university. Mengabungkan rakan rakan di belainan university atau mengabungkan pelbagai golongan manyarakat.
Semasa perjalanan pergi saya , kami singgah di beberapa buah university iaitu di ump, dan uitm jengka untuk mengambil facilitator dan sarapan pagi.saya berharap adik adik mendapat satu perasan iaitu ingin berusaha agar dapat masuk ke university suatu hari nanti.saya tidak dapat memastikan samaada mereka dapat mengambil satu makna daripada persingahan itu ataupun tidak.apabila sampai di uitm jengka. Saya member taklimat ringkas dan memberitahu objective sebenar misi kali ini.

a) saya menyuruh para facilitator membawa buku catatan agar dapat mencata segala kelakuan adik adik. Dan mencatat kekurangan . ini penting bagi saya kerana saya mengunakan fasi yang bergitu ramai iatitu, (1 fesi=1 pelajar). Jadi pengawasan mereka adalah lebih rapi dan mereka punya masa yang sangat panjang untuk menilai potensi diri adik adik.
b) saya juga menyuruh fesi agar menyuruh adik adik mencatat seberapa banyak pekara yang mereka dapat lihat sepanjang masa di klcc nanti. Ia penting bagi memupuk budaya mencatat. Ia juga membuatkan adik adik lebih focus atau mencari sesuatu. Bayangkan jika tidak diberi task ini. pasti mereka hanya bersuka ria dan membazir masa bergitu sahaja. Bukan mudah untuk mereka selalu datang ke mari. Jadi biarlah mereka mencatat sejarah agar dapat dikenang kelak bukan>?
Perjalanan diteruskan agar matlamat kami akan tercapai mengikut misi yang telah ditetapkan. Mungkin disebabkan melayan karenah adik adik mebuatkan saya tidak sempat mencatat dengan banyak. Tertapi saya masih teringat akan kata kata seorang adik kecil berusia belasan tahun. Dia berbisik dengan agak kuat bersama penjaganya sehingga saya terdengar. Katanya “ wah seronoknya dapat masuk gua. Saya nak duduk lama lama tapi bus ni cepat sangat lah”. Perkatan itu buat saya bergitu terharu.kegembiraan saya tidak terkata.
Baru saya sedar, bukan senang ingin menjaga adik adik. Mungkin sebelum ini saya mengangap event seperti ini adalah hanya event biasa dan bukanlah mencabar untuk diri saya. Tertapi apabila melibatkan adik adik ia sangat mencabar. Ada yang pening kepala.ada juga yang mahu muntah. “ melayan karenah kanak kanak bukan mudah”. Nasib baik emak saya sudah memberi pesanan padat. “ bawa plastic, ubat pening, baju sejuk……..” “ budak budak berbeza dengan orang dewasa”. Rupanya mulut ibu sememangnya masing. Apa yang dikata pagi tadi semua menjadi kenyataan.saya terus bermonolog “ mesti aku juga seperti ini suatu ketika dahulu”.
Setibanya di klcc. Suasana seakan tidak terkawal lagi. Adik adik sudah bergitu teruja. Umpama saya bercakap dengan dinding pun ada. “ garu kepala sekejab”. Gementar?? Sudah sampai kekepala rasa itu  menghantui diri. Saya berbisik dengan “project manager baitul husna=fatin” .saya berbisik “ aku takut budak budak ni hilang lah. Excited dia lain macam saje”. Fatin terus membaling kertas senarai nama kepada saya lalu berkata “ jangan nak merepek sangat boleh. Jom buat kerja”. Tiba tiba dia pun termenung.. “ Nampak sangat lah dia pun cuak”.
Saya bahagi mengikut kumpulan. Saya kira ini penting untuk memecahkan mereka agar suasana lebih terkawal. Tertapi ada juga yang merenget tidak mahu mengikut. Mahu gunakan ketegasan kesian pula.. kami terus naik ke tingkat empat dan berkumpul di petrosains. Cuma satu perkara bermain di hati “ aku rasa seperti aku seorang ayah yang perlu melayan karenah anak anak yang dicintai”.
Setibanya disitu. Saya diberi kejutan oleh miss asmidar alias wakil “ TFTN”. Dia memberi saya 2 tiket. Satu ke SULTANS OF SCIENCE dan satu lagi ke PETROSAINS. Seperti di dalam tentative kami Cuma akan pergi ke petrosains. Jadi saya perlu ucapakan ribuan terima kasih kepada TFTN yang telah member dana sepenuhnya kepada kami. “ memang ni program TFTN pun”
Di dalam sultans of science terdapat terlalu banyak maklumat untuk dicatat. Saya sendiri juga belum pernah masuk ke sini. Disebabkan itu saya tidak henti henti mencatat. Tertapi kekangan membuatkan saya tidak dapat mencatat dengan  baik. Adik adik seumpama kilat. Berkelip sahaja mata sudah pasti hilang dari pandangan.  Jadi saya mengunakan teknik bercerita. Apabila sampai di setiap lokasi seorang fesi akan bercerita mengenai tempat itu. Jadi adik adik akan lebih mudah faham dan lebih mudah untuk mencatat. “ fesi pun sempatlah memerhati sekeliling”.
Jam satu setengah tengah hari. Adik adik sudah kepenatan dan kelaparan. Saya mengambil keputusan untuk makan tengah hari dengan lebih awal. Saya menelefon faiz “rasanya betul kut nama ni”. Saya bersyukur faiz adalah manusia yang sangat baik. Sangat melayan karenah saya. Jadual tidak dapat disusun dengan mengikut perancangan kerana adik adik tidak dapat menyesuaikan diri dengan jadual tersebut. Kami berjalan ke masjid berhampiran untuk makan dan solat.
Sewaktu dalam perjalanan yang agak jauh disertakan panas terik haba daripada matahari yang memancar terang tegak di atas kepala. Ada seorang adik mengeluarkan kekaguman dari hatinya. “wah tingginya bangunan”. “ cantiknya abang bangunan ni”. Bermacam kekaguman keluar dari mulut mereka. saya sempat bermotivasi di situ. Motivasi nya agak panjang. Jadi saya mahu simpan sebagai kenangan pribadi sahaja.
Sampai disana. Saya disambut oleh anas salah satu ahli TFTN. Alangkah terkejutnya.kerana miss asmidar memberitahu cikgu zamir dan yang lain tidak akan turun. Saya faham kekangan masa mereka semua. Jadi saya Cuma tersenyum dengan khabar berita itu. Tertapi apabila disambut oleh anas. Hati ini bergitu teruja. “ mana tidaknya anas merupakan salah seorang antara manusia yang saya kagumi kerana keberanian melontar pandangan panas”. Kami segera menunaikan solat jama’. Berada di masjid dengan suasana yang sejuk dibasahi pula dengan “ air sembahyang” membuatkan saya bergitu mengantuk.
Selesai solat saya dikejutkan lagi dengan kehadiran cikgu zamir. Sebulat hati saya mengatakan yang dia tidak akan hadir pada hari ini. saya ada suatu misi penting yang ingin disampaikan. Jadi saya bersyukur ALLAH membuka jalan agar urusan dipermudah. Selepas itu baru saya berkenalan dengan faiz yang menyediakan makanan kepada kami. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia seorang penyabar. “patut pun dia sabar je dengan karenah aku tadi”.
Program diteruskan semula ke petrosains. Teringat pula akan seorang adik manis yang takut naik kereta untuk ke petrolsains. Ade juga fesi perempuan yang takut. Hahahhaha.di dalam petrolsains. Buku sudah dicampak ketepi. Yang utama adalah hiburan. Jadi saya biarkan sahaja mereka merasai nikmat. Banyak pekara baru yang ditimba.sehingga “ diri ini sangsi fesi atau adik adik yang suka ni”.. saya pun agak teruja bermain .keluar dari petrosains apabila dihalau oleh penjaga disana. Hahahaha. Nampak sangat masih tidak puas kami bermain di sana.
Makan petang. Sekali lagi saya menyusahkan abang faiz. Entah ke tahap manakah kesabaran dia saya pun tidak pasti.dah lah suruh dia hantar ke bangunan klcc.hampir setengah jam rasanya dia menunggu kedatangan saya. Mana taknya. Adik adik dah penat. Layan karenah budak budak boleh tahan juga peningnya. Ada yang mahu ke tandas. Ada yang mahu duduk sebentar. Itu ini itu ini menjadikan perjalanan agak lambat. Saya sembat berborak kosong dengan salah seorang fesi,zauri. “ aku kene minta maaf dengan semua lecture yang pernah bawa kita pergi jalan., mesti dia orang stress”. Zauri tergelak kosong dan mengiyakan sahaja pandangan saya.
Kfc. Dalam perjalanan pulang kami singgah makan di kfc. Memang ini angan angan saya ingin membawa adik adik pergi ke kfc. Sudah bertahun lamanya tersemat di hati. Tertapi disebabkan kekangan kewangan saya tidak mampu membawanya kesana. Apabila diberi dana oleh TFTN saya mengambil peluang membawa mereka ke sana. Alangkan seronoknya saya melihat mereka makan dengan kaadaan teruja.saya tersenyum dan bersyukur atas kurniaan ALLAH yang telah saya memberi 2 biji mata untuk saya melihat kebesaran ALLAH ini. hati ini seperti diberi satu jolokkan semangat untuk saya terus kekal di posisi amal ini.
Kami tiba di baitul husna pada pukul 3++ pagi. Saya tidak dapat menceritakan perjalanan pulang kerana tertidur akibat kepenatan.
Saya kira ini hadiah buat saya. Kerana ALLAH mengatur jalan saya disini dan masih tidak membutakan hati saya…
Terima kasih kepada semua fesi dan semua yang telah membantu. Semua berkat sokongan dan keikhlasan hati anda. Terima kasih kerana telah menjayakan program ini. terima kasih juga kepada TFTN memberi cadangan dan bantuan tenaga dan kewangan kepada kami agar usaha ini dapat bergerak pantas.
Jadi saya sematkan memori indah ini dengan slogan PINTU CAHAYA. Kerana telah memberi pandangan indah kapada adik-adik. Telah memberi galakan agar mereka terus maju kehadapan. Saya lontarkan kata syukur kepada yang berhak dimilik.  

Sekian……….

Friday, 19 April 2013

aku suka mengejek lalalalalalalala



Bunyi saja pun sudah cukup menyakitkan hati.jika kita lihat perkataan menyakitkan itu sudah jelas menerangkan “sakit”.. sakit tidak semestinya apabila seseorang terluka, ataupun menghidap penyakit penyakit tertentu. Sakit hati juga perlu diklasifikasikan tergolong dari kesakitan. Jadi siapa mahu sakit?? Pasti ramai yang tidak mahu. Tertapi masih juga terdapat golongan yang selalu mendoakan dirinya sakit.
Ok kita kembali kepada tajuk asal “ ejekkan”. Ejek mengejek ini sudah sinonim dalam masyarakat. Di dalam kelas, di kedai kopi, di super market pasti akan ada mangsa yang terpaksa memikul malu hasil berbanan ejekkan.mungkin ejekkan ini barang mainan atau permuas nafsu. Setuju dengan pandangan saya??
Siapa yang tidak pernah mengejek manusia?? Boleh comen atau email pada saya jika anda tidak tergolong dalam golongan ini.saya kagum dan akan nobatkan anda idola di hati saya.
Jadi kenapa timbulnya masalah ejekkan ini?? siapa dapat menjawab atau dapat berkongsi idea?? Jom share dengan saya. Bagi pendapat saya ejek mengejek ini disebabkan beberapa factor yang saya kira factor itu factor BODOH.
Factor pertama adalah apabila kelemahan diri terkesan oleh mereka disekeliling. Apabila mereka melihat kelemahan diri atau kecacatan yang terdapat di dalam diri anda pasti hasuttan syaitan mula bersuara.mana taknya. Bila dapat mengejek seseorang pasti kamu akan ketawa dan bahagia bukan?? Pasti kamu merasakan diri kamu lebih hebat bukan???
Factor kedua adalah kerana si pengejek adalah sebenarnya golongan yang sangat lemah. Saya cuba terangkan disini. Apabila dirumah. Mereka selalu dihina di maki oleh ibu bapa dan abang kakak. Sudah pasti mereka ini hanya mampu menangis dan berkurung di bilik. Ini kerana kamu manusia yang lemah. Jadi di mana api dendam itu harus kamu lepaskan?? Pasti apabila kamu terjumpa mangsa baharu bukan?. Pasti disini kesempatan anda agar anda dapat melemparkan posisi keji itu kepada mereka yang lain.
Factor ketiga adalah kerana ingin mendapat kekuasaan. Sedar atau tidak sedar, kamu sebenarnya lemah dan cuba memancing mata memandang agar mengangap kamu dewa.kamu tidak sedar akan pekara ini. tertapi itulah yang berlaku. Kamu perlu menerima hakikat bahawa kamu tidak punya daya penarik yang tinggi. Kamu cuba mencari satu daya yang boleh menarik kawan kawan dengan memunculkan diri sebagai orang yang hebat dan tidak gentar. Sifat ini sebenarnya wujud pada haiwan pada suatu ketika dahulu.
Factor keempat adalah kerana kamu terdiri dalam golongan yang bodoh. Kenapa saya mengatakan yang sedemikian?? Kerana kamu tidak dapat berada di hadapan seperti mereka ini. walau kamu dah berusaha keras. Tertapi kamu masih di tahap “ kaki”.jadi kamu menbintangi diri kamu sendiri dengan menjatuhkan mereka di atas dan meletakkan diri kamu pula di tempat teratas. Sangat jelas dengan pengukuhan teori bahawa anda cuba mencari jalan untuk ke stage yang lebih baik.
Factor budaya juga tidak kurang hebatnya dalam mempengaruhi factor ejekkan ini. mana tidaknya. Melihat sahaja ayah dan ibu mengejek kawan kawan mereka. sudah pasti si anak ini cepat belajar skill terkutuk itu bukan?. Jadi mereka ini mempunyai ibu bapa yang tidak pernah menyanyagi anak anaknya.

Itu adalah beberapa factor yangs saya kira penting untuk dielak.
Jadi kepada mereka yang terkena ejekkan mereka perlu menanam suatu pemikiran yang hebat. Agar mereka gunakan kekurangan itu untuk maju kedepan.saya lampirkan beberapa contoh di bawah
Mereka yang teraniaya ini , mereka tidak mempunyai hijab doanya  dan doanya akan terus kepada ALLAH. Jadi jangan gunakan kesempatan ini berdoa yang bukan bukan. Tapi gunalah akal yang bijak. Angkat tangan dan berdoalah agar anda menjadi manusia yang hebat, punya akal yang kukuh. Punya ketabahan diri. Diberi kekayaan dan dibuka kan hati melihat pekara baik baik sahaja. Sedar atau tidak ALLAH telah membuka satu pintu rahmat kepada anda. Cuma antara anda gunakan atau tidak saja rahmat yang dikurnia itu.
Saya punya satu teori. Jika kamu melihat permimpin permimpin hebat dunia. Kamu lihat kertinggian mereka. kebanyakanm diantara mereka pendek. Kenapa mereka yang pendek selalu kehadapan??? Saya punya teori yang agak kukuh. Mereka yang kecil, pendek ini jarang dilihat oleh manusia. Percakapannya juga sukar didengar oleh mereka yang lain. Jadi mereka punya azam dan cita cita yang tinggi iaitu mencari jalan agar permasalahan ini akan selesai. Disebabkan itu mereka lebih banyak mengkaji dan mengunakan akal mereka. disebabkan itu juga mereka terus manju kehadapan.
Sedar atau tidak, sekarang ini kita terlalu disogok dengan kesenangan. Lihat sahaja perbezaan IT zaman sekarang dan dahulu. Kita lihat dari sudut komunikasi. Pada zaman dahulu sangat susah untuk berkomunikasi. Disebabkan peredaran zaman. Perubahan demi perubahan telah berlaku sehingga wujud telefon tanpa wayar. Dan ia terus berkembang sehingga wujud “ video call” dan sekrang lebih maju lagi. Jadi dimana usaha merepada zaman ini. hanya duduk terbaring dan disogok dengan kesengan. Jika pada zaman dahulu, mereka terpaksa berjalan dan merentas bernua untuk mneyampaiakan maklumat. Disebabkan kekurangan ini mereka berfikir dan senantisa berfikir menjadikan mereka hebat. Jadi terbuktilah teori saya bahawa mereka yang sering diejek pasti akan lebih kehadapan kerana mereka cuba melepaskan diri dari kekurangan itu.
Semoga yang mengejek dapat berubah dan yang diejek perlu mengubah permikiran agar anda senantiasa termotivasi dan tidak akan menyerah kalah

adakah manusia masih mengaplikasikan konsep persaudaraan muhajirin dan ansar???



Persaudaraan muhajirin dan ansar
Siapa yang masih tidak mengetahui kisah persaudaraan muhajirin dan ansar yang telah berlaku pada zaman rasulullah? Jika masih tidak mengetahui bolehlah google selepas ini. disini saya cuba menerangkan konsep persaudaraan muhajirin  dan ansar ini pada zaman ini…
Sedar atau tidak sedar. Dizaman yang telah punya jurang bertahun tahun lama. Konsep persaudaraan muhajirin dan ansar ini terus dan terusan berkembang. Tidak kira islam ataupun tidak. Kamu perlu mengakui islam itu benar kerana kamu sedang menjalani apa yang telah rasulullah ajar sejak bertahun dahulu.
Pada hari ini cuba anda fikirkan selepas anda membaca nukilan saya ini. jika anda perasan kita telah mengunakan konsep persaudaraan muhajirin dan ansar sejak kita dilahirkan. Kita mula berteman dengan jiran-jiran dan mengikat satu perhubungan yang kukuh. Bermula dengan jiran sebelah rumah dan merebak ke satu taman atau perkampungan.
Dikukuhkan lagi teori ini, apabila di sekolah rendah dan menengah, kita dikenalkan lagi dengan kawan kawan lain dari daerah sekeliling. Hubungan ini sekali lagi dijalin dengan kadar jarak yang lebih jauh. Konsep ini diaplikasi sekali lagi dengan pengukuhan yang lebih mantap. Saya buktikan disini. Kita sedang menjalin ukhuwah yang erat di antara teman teman sebagaimana yang telah diamalkan oleh golongan muhajirin dan ansar.
Seterusnya, apabila di university kita seakan-akan sudah mencapai keseluruhan konsep persaudaraan itu. Saya cuba huraikan kronologi hebat ini. kita dihimpun dalam satu institusi pendidikan yang sememnagnya dirahmati. Di situ kita dihimpun oleh golongan manusia yang bukan sahaja dari daerah yang sama.sesetengah dari mereka adalah dari luar Negara. Mereka telah dipecahkan dalam satu himpunan “ ibu bapa”. Jadi disini kawan dan sahabat itulah saudara dan adik beradik kita. Kita mengaplikasikan lagi konsep tolong menolong, bantu membantu dan mencerna budaya hebat di dalam diri.
Di alam perkerjaan juga bergitu. Kita dilontar di kawasan yang mungkin jauh dari keluarga dan kawan kawan. Kita bermula semula dengan menjalin hubungan sesama rakan, kawan bisness, partner. 
Jadi adalah benar islam sedang mengajar kita mengunakan konsepnya samaada kita sedar ataupun tidak. Cuma tinggal kita sebagai manusia , adakah memikul semangat golongan muhajirin dan ansar ini??. cuba penjam mata dan bayangkan sebentar, apabila anda telah berpindah dari suatu kawasan, mahupun berpindah tempat belajar, atau berpindah dari kasawan pekerjaan, berapa ramaikah teman yang masih anda hubungi?? Sudah pasti tidak sampai separuh ataupun tiada langsung bukan??. Jadi sifat buruk ini perlulah diubah agar anda dapat mengubah juga diri anda.

Jika ada sesiapa yang merasakan apa yang saya perkatan ini salah. Jangan segan segan komen. Saya sedia menerima komen anda dengan hati yang tulus…:-)

Monday, 1 April 2013

lilin sakti

lilin......
kau umpama sumber kehidupan di kala kelam.......
sehingga aku terlupa bahawa itu kurniaan rezeki dari yang maha esa.....
cahayamu membuat aku tenang.....
cahayamu membuatkan aku meneruskan langkah di kala dihimpit kesempitan cahaya......

aku mengelamun bersendiri....
melihat cahaya dari sebatang lilin setia.....
tangan ini kian sibuk menulis untuk meletakkan perhargaan sebelum ia tiada waris.....

api terus membakarmu......
setiap kali angin nyaman meniup halus......
mahkotamu seumpama sedang menari..........
menari mengikut arah belaian angin lembut.........
bayang bayang yang sebelum ini hanya kaku kini turut sama menari........
itu bukti fizik yang selama ini mainan teori.....

jelas menunjukkan kekuasaan yang maha esa.....
kini sumbumu hangus dimamah....
sedikit demi sedikit ia pergi menjadi abu halus....
habis sumbu yang ditadah.....
kini badanmu pula diberikan ganti perjuangan......

titisan air lilin kini mengalir deras...
ia umpama air mata perjuang setia.....
menitis dan terus menitis membentuk kolam cinta...
sebelum titisan sampai ke bumi...
 si lilin telah melambai dunia.....
akhirnya ia kembali membeku kerana haba telah berlalu pergi....

tapi kau masih setia.....
masih terus berjuang....
masih terus memberi........
masih terus senyum melebar bakti perjuang setia....

lilin mengerti......
rezeki harus diagihkan....
kerana itu dia rela disakiti......
kerana lilin punya azam untuk meminjamkan rezeki kepada mereka yang memerlukan..

allah maha pemurah lagi maha pengasih....
pasti melibat ganda benih rezeki yang ditanam tadi kepadanya....
oleh itu.. lilin akan terus berbakti.....

adakah manusia mengerti itu??
atau kamu hanya mengagap.....
dia hanya lilin yang menerangi.....

aku hadiakan kepadamu gelaran sempurna...
kau lah LILIN SAKTI.....
lilin yang punya harga diri...
lilin yang punya darjat tinggi.....

" dicipta semperna ketiadaan elektrik di bilik selama satu malam "