tolong click untuk bagi saya jutawan

Sunday, 5 May 2013

Abang cik!!!!




Setiap manusia pasti punya nama. Aku juga punya nama. Jadi abangcik dijadikan gelaran mengantikan nama aku. Mungkin juga nama ini cuba menunjukkan pangkat kedudukan aku anak keberapa.
Di rumah anak yatim juga aku telah memperkenalkan diri dengan nama abang cik. Mungkin kefahaman kita berbeza, cara kita berbeza ….. tapi niat kita tetap sama!!!!
Mereka sudah menutupi diri dengan kelemahan yang dimiliki. Sifat dan kelakuannya sudah cukup mengatakan AKU ANAK HINA TERBUANG. Walaupun pada hakikat sebenarnya tidak.
Mereka juga seperti tiada keluarga untuk disanjung. Melihat sahaja pedana menteri, ustaz, pakar motivasi dan sebagainya. Melihat saja mereka di depan gah berdiri dengan lantangan berbicara, mereka seperti siput yang menyusutkan kepala di dalam cengkerang.
Oleh sebab melihat “hilangnya dunia” untuk mereka, aku cuba memberI sinar. Anak pokok dapat berdiri gah dan membesar dengan sinar matahari, jadi mereka juga pasti dapat maju ke depan dengan “ SINAR PENGHARAPAN DAN SINAR CAHAYA ILMU”.
Abangcik. Satu gelaran nama yang kebiasaannya wujud hanya dalam pangilan keluarga atau saudara dekat. Jadi gelaran inilah yang aku gunakan bersama anak yatim. aku tahu, tidaklah aku mampu menandingi mereka yang hebat hebat yang telah jauh ke hadapan, tertapi aku cuba meresapkan kefahaman bahawa aku ini ADIK BERADIK mereka yang sedang berdiri di hadapan mereka dan mengajar mereka.
YA AKU JUGA MAMPU BERADA DI SANA. Itulah semadian jasad yang aku cuba tanam di dalam diri adik adik.
Pendekatan perlulah berbeza dan bersesuaian dengan situasi. Jadi inilah yang aku mampu  KORBANKAN kepada mereka.
Kenapa KORBAN? Dari kecil sehingga dewasa aku memang tidak gemar dipanggil dengan nama “ samaran”. Nama pendek seperti MAN juga kekadang membuatkan aku tidak selesa. Santoryan adalah satu satunya nama samaran di laman sosial yang segaja aku mahkotakan agar identity diri tidak tercemar di alam reality. Ibnu khan pula nama yang digelar untuk menyembunyikan diri agar riak tidak wujud dalam sanjungan.
Kenapa nama bergitu penting??. Jawapannya mudah. Nama adalah doa. Pangilan menghasilkan doa. Itu yang aku mahukan. Kenapa aku gunakan perkataan “ korban”? kerana doa anak yatim sangatlah aku tunggu tunggu. Tetapi akui rela korbankan. Kerana hati itu lebih penting.
Aku atau mereka?? aku adalah kata ganti nama seorang dan mereka lebih dari seorang. Layakkah aku hanya memilih aku? Yang berada di zon yang lebih selesa. Punya hati yang lebih tenang dan sebagainya. Perlukah aku pentingkan diri? Jawab lagi aku memang manusia hina jika memilih aku!!!
HARAP DAPAT MEMBUATKAN SEMUA VOLUNTEERS JUGA BERGITU. J

Pertemuan pertama




Tepat di dalam kerangkaan masa, 27 april 2013 adalah hari yang bakal mengubah perilaku mereka yang “terpilih”.terpilih kerana kau telah punya semangat juang sejati. Kami berhimpun beralaskan nama SUKARELAWAN. Ini bukan pertemuan biasa. Mungkin lebih sesuai ia pertemuan rahmat.
Aku sangat selesa dihimpun dalam satu ukhuwah murni. Perasaan ini terlalu damai. Mungkin kerna semua sedang berkongsi cas positif yang dihasilakan mereka yang hebat disekeliling. Cas ini telah membuang jauh sifat dunia yang dimiliki.itulah mereka. SI MULIA
Perbincangan bukanlah untuk kepentingan diri. Isu dipetik dari jurang manusia yang tertindas. pandangan mereka juga bukanlah pandangan si “ kanak kanak”. Disini aku menjadi pendengar yang setia. Mungkin pemikiran mereka jauh di hadapan.isinya juga penuh dengan makna.
Cerita tidak sekadar cerita kosong. Ia juga bukan cerita tidak bernadi. Cerita ini mempunyai nafas disulam hati halus. Air mata terpaksa ditahan kerana keegoan sebagai lelaki walaupun mata sudah kian bersinar tanda malu aku sebagai manusia yang tidak berguna sebelum ini. hanya terbaring di katil empuk dan mendengar cerita “khanyalan”. Walhal reality lebih menarik untuk dihadam.
Mujur daya masih disimpan badan.jadi masih dapat aku terus berhimpun bersama mereka menggerak jentera hebat. Jentera kemanusiaan. Jadi dapatlah kerangka nadi kebangkitan diteruskan dengan gerakkan pendekar.
Mujur ada “ rumah” yang mewah. Namanya  “teach for the needs” TFTN. Jadi kami mengikat satu ikatan atas satu nama “TFTN”. Mungkin jalan kami serupa. Langkah kami sama. Nafsu kami juga serupa. Jadi KAMI SERASI. Disini memang layak TFTN dipanggil jalan. JALAN KEMANUSIAAN. Bolehlah jentera memajukan langkah berlandaskan jalan yang selesa diterpa.
Terima kasih warga kuantan……

Sunday, 28 April 2013

Memang jelas hati itu bersih.




Jika dilihat memang menjadi lumrah orang orang yang melakukan kerja amal ini tidak dipandang semulia artis artis di kaca tv dan juga ahli politik yang bersifat kotor. Tapi ALLAH tetap memuliakan mereka di kalangan sahabat sahabat seperjuangan.saya melihat 3 ketul hati yang bergitu suci dan murni jelas di depan mata saya sendiri. Jadi saya ingin berkongsi dengan semua agar hati ini senantiasa disucikan dan digilap hari demi hari.
Cerita murni ini bermula adalah di atas permintaan saya kepada ahli NGO “TFTN” untuk menghantar barang pameran kepada saya.tujuannya saya ingin mencari volunteer di kalangan guru,pelajar lepasan spm dan pelajar spm agar turun padang melihat kesusahan saudara saudara kita sendiri. Ini kerana saya melihat terdapat satu jurang yang luas. Kerana pelajar pelajar stage 1 dan stage awal di dalam university mempunyai masalah. Masalah “budaya sogokkan”. Semua mahu disediakan seperti di zaman sekolah. Walhal kita seumpama jentera yang perlu pantas bergerak sendiri membela dan memajukan Negara. Jadi tujuan kami team tftn kuantan ingin mempersiapkan mereka ini agar menjadi jentera hebat setibanya dia di alam university disamping memenuhi tujuan asal MEMBANTU PENDIDIKAN GOLONGAN YANG DITINDAS.
Kembali ke topic asal. Permintaan saya disambut baik oleh 3 orang hamba ALLAH yang punyai hati tulus, suci,” semua semua lah ada pada mereka”.program kami akan bermula pada 28 april 2013. Mereka menghantar barang barang pameran pada 27 april 2013 iaitu pad hari sabtu.perjalanannya bermula pada jam 4 petang .setibanya disini saya diminta untuk ke tanjung lumpur berjumpa mereka. saya megenggam  beberapa keeping duit rm 50 iaitu duit yang diamanahkan untuk diberikan kepada mereka
Lebih kurang jam 8.30 pm, pertemuan kami diizinkan ALLAH. Akhirnya kami bertemu. Saya disambut seperti berjumpa dengan seorang kawan lama yang dirindui wahal ini adalah pertemuan pertama kami. Saya kaku. Malu mula menguasai diri apabila terlihat dua orang wanita lain di depan saya. Mungkin factor terlalu penat, saya menjadi tidak bergitu mesra untuk melayan mereka. selepas mereka makan. Saiful dan hafiz mengajar saya memasang barang barang pameran. Dengan kudrat tuhan barang pameran mengalami sedikit kerosakan. Hati kian atau terlalu berdebar. Adakan impian membuka pameran musnah?. Tapi debaran saya hanya disambut dengan senyuman oleh saiful. “bang bang.jangan risau kami akan baiki.sekarang saya kene hantar orang ke ump”. Jantung yang hampir berderai tadi menjadi kemerahan ceria. Kebetulan saya telah mempunyai janji temu dengan seseorang untuk membincangkan satu isu yang sedang menjadi bahan debat di antara kami. Sepanjang perjalanan hati mula menyesal atas kelakuan yang sangat memalukan.saya seumpama tidak bersyukur kerana hanya banyak berdiam diri dan hanya bermain sms untuk melepaskan perasaan malu.
Pertemuan kedua adalah pada jam 12 lebih tengah malam. Saiful menelefon beberapa kali menanyakan jalan. Sudah menjadi masalah saya untuk menjadi pentunjuk arah. Disebabkan itu saiful dan kawan kawan beberapa kali tersesat. Tapi setiap kali pangilan , tiada sedikit hembus lelah kepenatan muncul dalam perbualan pendek. Saya senyum dan bermonolog “ kau hamba tuhan yang bertuah”.
Perjumpaan kedua kami akhirnya ditakdirkan di sebuah mobil berhampiran sungai isap. Sapaannya masih tersenyum. Saya melihat dari kaca cermin tingkap. Seorang kawan telah tidur kepenatan. Rasa bersalah sangat menguasai diri. Kami terus berbual sepanjang sesi pengajaran memasang bahan pameran. Malangnya barang pameran masih tidak di dalam keadaan yang baik tapi masih boleh digunakan. Saya mengajukan satu soalan pendek “ datang sini ada hal lain ke?”. Jawapan dengan nada pelahan cuba menyembunyikan “ bukan, datang Cuma untuk hantar barang”. Jawapan yang benar benar membuatkan bumi ini terasa dipusingkan 360 darjah dalam masa sesaat.mulia tidak terungkap dibibir. Terima kasih juga tidak layak diberikan atas usaha yang tidak mampu lagi dibalas dengan sebarang pertukaran puji pujian.
Selepas selesai, duit yang digenggam tadi dihulurkan di tangan saiful. Dengan senyum dan ikhlas dia menolak. Saya masih memaksa. Mungkin bukan ini nilai semangat juang saiful dan rakan rakan. Tapi mungkin ini dapat melegarakan  kepenatan. “drama masih berlanjutan”. Saiful dengan tegas mengatakan saya tidak mengambil duit “student “ lagikan pula anak yatim. Walhal saya telah tahu bahawa saiful baru saja menolak sejumlah duit dari seorang perempuan yang bermurah hati.”Mana sumber kewangan ini abang dapat? Jawab saya lantas” dari langit”. Cuba menerangkan ini rezeki tuhan yang memang ditakdirkan untuknya.
Selepas sesi drama korea sebentar tadi, sebelum pulang tiba tiba kereta saya rosak. Sekali lagi hafiz datang dan ingin membantu. Saya memujuk “ jangan risau kuantan saya pengang, bila bila je ada yang datang bantu”. Hafiz berlalu pergi . saya ingatkan mereka sudah mahu pulang. Rupa rupanya “angkatan tentera” pula yang datang. Sudah hampir jam satu.perjalanan pulang mereka masih jauh. Tertapi semangat tolong menolong sudah sebati dalam jiwa.
Setelah mereka pulang, hanya satu yang bermain di fikiran “hati apakah yang mereka miliki”. Dikala dihimpit kesempitan masa bekerja dan sebagainya. Hatinya seolah girang dan senyumannya merupakan satu kepuasan mutlak apabila sampai disini. Saya bermohon agar tuhan kuatkanlah semangat saya seperti tiga hamba ALLAH ini.

Thursday, 25 April 2013

GENERASI Y



Kenapa isu generasi Y ini muncul pada mala kini?. Saya telah membuat permehatian yang agak lama dan seharian tadi, teori teori saya sedang dikukuhkan bukti yang mengatakan isu ini adalah masalah kritikal yang seharusnya dibincangkan.
Sebelum ke pembincangan yang lebih terperinci saya ingin ceritakan sedikit kisah yang sangat mengecewakan saya atas sikap warga warga yang lebih tua daripada saya. Pada hari ini saya menghadiri satu khusus khas di hotel vistana dan melibatkan hampir 20 orang peserta. Sepanjang sesi tersebut. Saya seolah-olah dijadikan bahan melepaskan beban apabila saya terpaksa melakukan semua tugasan. Daripada pembahagian tugas,pengumpulan data dan pembentangan termasuklah ucapan wakil peserta semuanya dijatuhkan bebanan itu ke atas saya. Setiap saat ada saja perkataan “ awak generasi Y dan awak pewaris jadi awak kene lakukan semua ini”. walhal inilah pertama kali saya menghadiri khusus ini. manakala peserta yang terlibat mempunyai pengalaman yang sangat banyak.
Terdapat di antara mereka bekerja dan mempunyai jawatan tinggi di petronas. Terdapat di antara mereka memegang jawatan di bahagian kerajaan. Mahu saya kelaskan bahawa hampir 20 orang itu kesemuanya hebat. Saya hanya mahasiswa yang baru sahaja menamatkan diploma. Mereka seolah tidak sedar bahawa mereka perlu menunjukkan juga contoh kepada saya dan tidak membiarkan saya melakukan semua pekara tersebut sendirian.
Saya adalah salah seorang masyarakat yang TERJERAT  di dalam generasi Y ini. mungkin anda tidak faham kenapa saya katakana bahawa generasi Y ini TERJERAT?? Saya berada di dalam situasi ini. saya merasakan bahawa saya dijerat. Dijerat dengan pelbagai beban SI MALAS. Mari saya huraikan sedikit daripadanya.
Pertama. Jika kita selidik. Kita dengar atau ini sudah menjadi rutin bebelan orang yang lebih tua. “ awak ini generasi y dan awak lah yang bakal mengambil pucuk kepimpinan pada masa hadapan”. Ya saya tahu dan saya akui dengan pendapat itu. Malah pendapat itu sudah pasti benar tanpa boleh disangkal oleh mana mana pihak.
Jika anda melihat dari pandangan yang berbeza. Mereka yang lebih tua seakan akan melepaskan segala tangungjawab. Kadang kala mereka melepaskan terus berbanan dan menangguhkan bebanan itu untuk dilaksanakan generasi Y?? adakah itu wajar??. Cuba anda semua fikirkan. Kenapa mereka dijadikan sebelum kita dilahirkan. Kenapa di dahulu yang makan garam.? Kenapa pula mereka perlu menangguhkan segala usaha untuk kita di masa hadapan??
Jika di perhatikan dengan lebih terperinci. Mereka sepatutnya mengambil langkah yang drastic bagi membentuk generasi Y agar melahirkan PRODUK yang bermutu untuk masa hadapan bagi melaksanakan tangungjawab sebagai perintis. Mereka tidak sepatutnya melonggok segala tugasan untuk kita laksanakan, tertapi MEREKA PERLU BERGERAK SEJAJR DENGAN KEINGINAN YANG MEREKA INGINKAN.
Saya meberi satu contoh asas. Mereka mahukan kita mengambil alih pucuk kepimpinan nak mengubah menjadi Negara harapan. Apa salahnya jika mereka mengambil berat mengenai isu pendidikan. Membela kanak kanak yang sememangnya memerlukan pendidikan. Tidak sepatutnya mereka meminggirkan sesetengah golongan kerana kita tidak tahu bahawa mereka mungkin salah satu yang akan mewarisi masa depan. Jadi jika mereka mengambil langkah ini. tidakkah mereka sedang berusaha mencapai objektif yang dinyatakan?
Mereka juga selalu salahkan  “remaja” dalam segala masalah yang sedang berlaku ke atas kami generasi Y. mereka seumpama tidak langsung mengunakan akal yang telah dikurniakan. Sepatutnya mereka boleh duduk semeja membincangkan masalah ini dengan lebih serius agar ia menjadi medan berfikir bagi semua masyarakat.
Ibu bapa juga seakan akan hanya mahukan anak yang sempurna lahir dari ketidaksempurnaan ibu bapa itu sendiri. Mereka mahukan anak yang baik, cerdik, mempunyai tingkah laku yang dikagumi dan sebagainya.. tertapi adakah mereka bersikap sedemikian? Adakah anak anak ini akan terdidik sendiri?. Anak anak mempunyai masa yang bergitu banyak bersama ibu bapa. Jadi seharunya ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang sangat baik.
Ibu bapa juga semestinya lebih matang dan mudah mengenal pasti “ habits” yang buruk anak anak mereka. tertapi kenapa mereka tidak mencari idea yang bernas dan berusaha mengubahnya. Hanya yang keluar di bibir “ anak aku ni dah tak boleh nak buat apa dah. Dah tak boleh diubah”. Betul atau tidak pandangan itu?. Sedar atau tidak anda sedang mendoakannya.
Mereka yang beagama islam juga selalu tidak mengambil contoh teladan daripada sifat terpuji rasulullah. Cuba jika mereka mendidik mengunakan konsep rasulullah. Mengamalkan cara hidup rasulullah. Pasti akan tercapai matlamat yang berkecipuk di dalam buah fikiran anda semua.
Jadi pada generasi “ matang” sila baca dan menilai diri anda, anda tidak seharunya membebankan kami dengan melepaskan segala tangungjawab kepada kami tanpa asas yang kukuh. Islam banyak mengajar kita melalui persaudaraan muhajirin dan ansar. Bagaimana ukhuwah itu terjalin erat. Saling tolong menolong dan bertukar buah fikiran. Jadi anda perlu banyak belajar barulah anda layak meletakkan berbanan yang berat ini kepada kami

Wednesday, 24 April 2013

air laut dan pasir

sebut sahaja mengenai laut. pasti sudah terbayang ombak bukan. sebut sahaja pantai pasti terbayang pasir juga!!!!. memang itu lumrah. memang disitu kita mengarang memori indah.disitu ku nobatkan puisi puisi inda. disitu terletak seribu makna .

hari ini saya cuba simpulkan perkara yang lebih kecil dan lagi bermakna untuk semua. mungkin kamu tidak sedar atau kamu abaikan perkara yang kecil ini. mungkin nikmat pantai lebih anda rasai dari mengenal makna si laut dan pasir.

air laut.... pasir.... kau umpama irama dan melodi. tida satu tiada juga maknanya. sedar atau tidak pasir yang halus itu telah menampung air laut yang bergitu berat beribu ribu tahun lamanya.. tapi apa balas si air laut???? menangkis.. menyepak.. menengdang dari segala arah agar pasir terus mara ke daratan. agar ia semakin mendalam.

tapi apa kata si pasir. " aku disini memang dilumrah melindungmu dari terhapus ditelan bumi". masih memaafkan. masih disitu. setiap posisi yang dicampak pasti akan dicurahkan bakti untukmu air laut. bahangnya tidak cukup. ombak lagi mahu menerpa.

si pasir hanya menjawab tiada apa, sebabmu aku di mulut " sejenis kerang" disini aku dinobat dengan gelaran yang lebih ANGKUH "mutiara". disini bersinar bakti lontaran dan cacian itu.

Aku manusia hina




Kau jarang mengejar fajar…..,
Kerana kau terlalu mendaulat dunia…,
Mungkin juga kerana hatimu terlalu pejal dalam mentaati saada’h..
Lalu kau menutup mata agar hatimu kian buta akan akhirat yang menanti….
Sedar atau tidak sedar bahawa kau telah menjadi manusia yang hina…
Manusia yang engkau keji kejikan dalam ungkapan…
Dan itu adalah engkau….
Manusia hina.