tolong click untuk bagi saya jutawan

Sunday, 2 June 2013

adik rindukan abah



Rindu??? Siapa yang tidak pernah rindu itu bukannya manusia kan. But how much rindu adalah penentu kesetiaan hati kamu kepadanya. Ini bukan cinta monyek. Ini cinta seorang anak dan bapanya. Aku ditakdirkan berada di dalam posisi alam yang membolehkan aku memerhati cinta seorang anak kepada ayahnya.

Seorang ibu tunggal membawa anaknya tidur di rumah aku semalam.bunyi masih biasa. Seorang anak yang berusia 2 tahun yang merindui ayahnya. Tetapi ini bukan rindu yang biasa. Bukan rindu sementara tapi kerinduan yang akan dirasai selamanya. Aku cuba meletakkan diri aku di dalam kerinduan yang sama. Hakikatnya ia tidak sama. Walau rindu selama setahun atau lebih dari itu. Andai dia masih berada di bumi, bermakna rindu itu masih punya harapan untuk dibalas walaupun Cuma sedikit kemungkinan ia akan berlaku.tetapi khalifah kecil ini berbeza. Merindui ayahnya yang tidak akan wujud lagi di dunia.
Sejak sampai dirumah aku. Aku melihat adik ini setiap masa memandang aku. Aku di ruang tamu dia akan ikut. Aku di dapur dia masih mengikut. Mengikut dan hanya pandang tanpa berkata apa apa. Aku melihat kearahnya berkali kali. Aku melihat matanya bersinar. Tidak tahu kenapa. Dia kelihatan muram. Aku berikan coklat adik tidak mahu. Aku ajak bermain masih tidak mahu. Apa yang adik mahu?? Dia hanya memandang aku……………..

Aku masih dikedudukan biasa, masih memegang pena untuk menulis. Masih ditemani telefon di tepi sambil menaip pesanan ringkas. Tepat jam 12 malam, adik ini masih tidak mahu tidur. Puas ibunya memujuk, tetapi adik ini hanya ingin bersama aku. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke bilik agar adik ini boleh tidur.

Setelah menutup pintu bilik, aku terdengar tangisan si adik sambil menolak nolak pintu bilik aku. Aku tidak faham kenapa.aku hanya diamkan diri. Ingin membiarkan ibu mengambil posisi memujuk. Setelah lima minit. Adik itu masih disitu. Masih terduduk di depan bilik. Masih ditemani air mata.lalu aku bukakan pintu walau tidak tahu apakah langkah yang aku patut buat.

Selepas aku membuka pintu, adik itu memadang aku . dan hanya memandang. Aku melihat ibunya, ada air mata masih tersisa di pipi. Akhirnya ibu meminta izin agar adik tidur denganku. Aku serba salah. Katil ini hanya katil bujang. Aku juga melihat kaki adik ini berkudis (timbul rasa geli untuk tidur dengannya).biasalah mereka keluarga yang sangat miskin. Kesukaran hidup membuatkan  adik ini terpaksa menghampiri semua situasi yang dilalui oleh ibunya. Aku dengan nada berat hati mengangguk. Ibunya cakap “ sebentar ya ibu nak ambil baju ayah, nanti baru adik boleh tidur dengan ayahcik(aku)”. Aku bertanya kenapa?. Lalu dijawab, inilah kain selimut yang akan menjadi tempat melepaskan kerinduan. Aku terkaku dan menyesal bertanya.

Sambil menunggu ibunya datang, aku baring semula di katil dan memangil adik datang. Dia naik ke atas katil dan peluk aku. “ panahhssss macam aboh” itulah ungkapan yang tidak henti henti dilafazkan. Pada mulanya aku tidak faham. Yang aku tahu, pelukkannya sngat kuat membuatkan aku tidak selesa bernafas. Kejadian berlarutan apabila dia memasukkan tangan di dalam baju aku sambil memeluk erat dan meletakkan kepala bersentuhan denganku. Baru aku faham rupanya dia selesa dengan suhu badan aku yang sememangnya dilahirkan panas dari kecil.

Ibunya datang sambil membawa baju abahnya. Ibunya terkejut apabila adik hanya membiarkan baju itu di tangan ibu tanpa mencapai seperti keadaan biasa yang berlaku. Aku sempat bertanya kenapa dengan adik, dari tadi lagi dia macam pelik je dengan ayahcik?? Ibunya menjawab, sebab ayah dia sebijik macam aku. Kurus macam aku. Mungkin sebab itu dia teringat. Aku pun mengelurkan soalan seterusnya, tadi adik tak henti henti cakap “ panahhssss macam aboh”. Apa yang dia cakap itu?? Ibunya mula bercerita sambil mengalirkan air mata. Ayah dia memang jenis panas.ok aku faham. Aku senyap dan dia senyap. Aku menyuruh tolong tutupkan lampu dan pintu bilik sebab adik tengah peluk, aku tidak dapat mencapai suis lampu “sebenarnya nak cari jalan tukar topik”.

Dalam kegelapan aku mula berfikir bertapa besarnya ujian khalifah kecil ini. kerinduan yang tidak akan berbalas. Baru aku faham kenapa adik memandang aku dari sejak pertama kali hadir ke rumah. Kenapa dia mengikut aku kemana mana saja. Kenapa dia menagis di depan pintu. Hurmmm mengeluh kejab… jadi siapa keluarga kamu di hatimu??

No comments:

Post a Comment