Mungkin entry ini
tidaklah sarat dengan destinasi seperti mereka yang lain. Kerana saya tidak
memandang destinasi tetapi saya memandang realisasi. Tempat mungkin “ sebab
asabab” yang allah telah tentukan disini akan berlaku sekali lagi pristiwa
bersejarah. Bukanlah pristiwa parameswara, tetapi pristiwa yang mengajak kita
sujud atas kurniaan allah yang telah memberi kita satu gelaran agung iaitu
KHALIFAH.
Cuba kita pejamkan mata
seketika. Saya yakin dunia akan gelab. Fungsi mata hilang ditutup sang kelopak
mata. Tapi kita perlu bersyukur kerana terbukanya kelopak mata terus luas
permandangan kita melihat kebesaran. Setibanya di Melaka aku melihat adik adik
memandang dengan penuh penghayatan. Melihat dengan penuh nikmat. Mungkin ini kerana
mereka sedang melepasi kaca television dan kini mampu menyentuh alam nyata. Aku
percaya mereka perlu melihat agar hati itu hanya dipenuhi kecintaan kepada yang
maha pemilik. Supaya mereka mampu membezakan tuan dan tuhan.
Mimpi kini reality.
Saya yakin perkataan itu muncul dalam diri setiap adik adik. Mereka hanya
bermimpi. Mimpi ke melaka. Tapi benarlah, dengan mimpi ia menjadi reality.
Kerana kekangan mereka hanya mampu bermimpi. Tetapi allah maha adil dengan
merealisasikan mimpi mereka. kini mereka dapat mengotorkan jari jari halus
kemerahan dengan menyentuh sejarah lampau. Mereka dapat berpijak di tanah yang
dahulunya penuh darah pahlawan.mereka dapat melihat sendiri apakah MELAKA yang
disebut di bibir bibir para pengajar di sekolah.
Seterusnya, saya
meyakini rahmat itu nikmat dan semuanya dengan izin allah. Aku percaya rahmat
allah yang membawa kami ke Melaka, dan aku percaya dengan rahmatnya juga kami
tidak akan sampai ke tempat yang sepatutnya tanpa keizinan. Kerana allah maha
mengetahui. Allah memberi dugaan dan nikmatnya supaya kami mampu menilai dan
bertakwa. Allah memberi rahmat dengan diberikan satu jambatan amal agar aku
dapat melihat dan bersama adik adik dan nikmatnya aku menghapuskan segala
kebencian yang aku pahatkan kepada khalifah di bumi kerana aku tahu mereka
masih punya hati yang sama dan tanggungjawab yang sama iaitu khalifah.
Percayakan hati dan
ikhlaskan ia agar pintu yang tertutup terbuka semula. Saya tidak mampu menulis
kronologi. Mungkin saya menulis agar menjadi peringatan kepada saya dan “ dia”
akan kuasa allah dalam menemukan dan menjauhkan. Segala dengan izinnya dan kita
sepatutnya bersyukur. Cuma ikhlaskan hati dan letakkan sepenuhnya kepada allah
si penilai terbaik.
Deberikan kasih dan
dikembalikan juga kasih. Jujur aku memberi cinta kepada mereka (anak anak
yatim). aku menghadiakan kasih sayang aku kepada mereka.aku meletakkan jiwa aku
dalam pelukkan mereka. aku meletakkan posisi seperti aku adalah abang dan ayah
kandung kepada mereka. aku tinggalkan kemalasan di bahu bas. Aku tinggalkan
lelah dan mainan jiwa di rumput tebal. Agar hati ini menjadi milik mereka. apa
yang aku dapat?? Semua yang diberi telah dikembalikan. Rupanya kecintaan mereka
lebih hebat. penangan cinta mereka membuatkan aku mabuk. MABUK CINTA. Lelah..
penat…. Tidak puas hati.. dan sebagainya tertanam dalam pelukkan jiwa mereka.
TERIMA KASIH ADIK ADIK.
Ketawa dalam lara.
Itulah kejadian sebenar yang sedang berlaku. Mereka ketawa. Mereka tersenyum….
Tetapi hati mereka???? igauan mereka??? penindasan mereka??? BERUBAH??.. aku
yakin itu tidak mengubah apa apa selagi kalian yang tidak mengubahnya.
Dari sudut diri ini,
dikala permandangan indah di atas bot bermula tiba tiba seorang adik terlena di
bahu. Mahu tidak mahu aku mesti membuat pilihan samaada melihat alam dengan
mengejutkan adik atau membiarkan suasana hilang tanpa disemat. Rupanya kuncinya
mudah. Pilih yang allah suka dan itulah pilihan terbaik.
Hampir empat jam adik
tidur di peha aku. Pada hakikatnya peha aku sebenarnya sangat sakit sejak
semalam. Tetapi aku teringat sejak kecil memang itulah bantal kesukaan aku.
Sehingga kini pujaan itu tidak pernah bertukar. Gagahkan jiwa dengan memberi
dan aku baru tahu kenapa dulu air mata ibu menitis di dahi. Setiap kali
bertanya, hanya satu jawpan “ abngcik
mengigau je lah”. Rupanya ibu menahan penat, sakit dan sebagainya. Dan patutkah
kesakitan itu menghalang aku??
Maaf jika entry ini
tidak menepati tema. Tetapi ini saja jiwa saya
BERI CINTA DAN AKAN
DIKEMBALIKAN JUGA CINTA
No comments:
Post a Comment