Laut dan pantai sering
menjadi tempat pelepas nafsu. Tempat menghabiskan masa bersama- sama keluarga.
Aku di sini sebagai mencari sumber ilham. Tempat ini kukira bergitu suci.kerana
air laut tidak pernah menipu.kerana semangat ombak tidak pernah juga terpadam.
Disini juga mereka mencari-mencari rezeki untuk menampung keperluan manusia.
Bagiku laut bergitu hebat sehinggakan masih tidak dapat diolah oleh ahli sains.
Disini juga tertanam beribu perasaan manusia.
laut juga membelah bernua bahkan menbahagikan cara hidup manusia. Jika
dapat ku perincikan dengan lebih mendalam nescaya kamu akan tersungkur lalu
menadah tangan kesyukuran. Setiap minggu aku disini berseorangan. Bukannya
tidak ada teman tetapi aku ingin menatap keindahan sendirian tanpa sebarang
ganguan,aku akan berada di batu tua ini. Kerana disini ku kira akan ku dapat
semangat batu ini.
Setiap kali aku melihat
batu ini, pasti akan ku lihat luka-luka fana diterpa ombak deras. Hari berganti
hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun ianya masih disini. Masih
merelakan dirinya dipukul oleh ombak, semata mata ingin mengeluarkan tangisan
ombak supaya didengari manusia.hakisan hakisan halus ini sudah cukup melambangkan
semangat hebat si batu tua ini. aku sering bermonolog di dalam hati “ wahai
batu tidakkah engkau penat? Tidakkah engkau sakit? Adakah engkau sedang
menangis?” pelbagai soalan yang tidak kutemu jawapan sering bergelora di medan
perang otakku ini.
ingin sekali aku
berterima kasih kepada batu kerana jasanya telah melambung air laut menjadi
percikan halus lalu menbasahi baju dan
seluarku. Kekadang aku sedih. Kenapa batu yang suci ini dijadikan lubuk
maksiat. Kenapa batu suci ini. masih aku tidak fahami. Ingin sahaja aku merayu
jangan jadikan batu sebagai perisai hitam. Batu juga bernyawa dan punya
perasaan.si batu tidak punya kaki untuk lari dan tidak punya suara untuk
berkata.
Terima kasih si ombak
dan batu kerana kau tidak henti memujuk benak fikiran ini menghasilkan nukilan
dakwah “ tangan”.
No comments:
Post a Comment