tolong click untuk bagi saya jutawan

Tuesday 27 May 2014

Adakah islam membenarkan hubungan cinta sebelum nikah??



Adakah islam membenarkan hubungan cinta sebelum nikah??
Apabila menyebut saja perihal cinta. Hati berdegup kencang. Menyebut cinta membuatkan mulut mengalunkan syair syair cinta. Kerana apa cinta mampu mengubah manusia? Ini kerana cinta lahirnya dari hati.. bukan dari luaran tubuh, tetapi di sudut hati yang sangat penting bagi kita. Bagaimana kecintaan kita kepada ALLAH boleh berlaku. Bagaiman kerinduan kita kepada rasul boleh tersemai? Ini kerana kuasa cinta yang dimiliki. Apabila diberikan cinta, pasti dikembalikan juga cinta. Kembali kepada topik utama kita. Adakah cinta sebelum nikah dibenarkan dalam islam? Jika dibenarkan , bagaimanakah pula cara bercinta menurut islam?? Ya. Selepas merujuk dari 3 orang ustaz, dan selepas isu ini diperdebat di dalam 2 group usrah,ditambah lagi selepas saya menghadiri kursus pra perkahwinan. Saya mendapat suatu kepastian. Iaitu cinta sebelum nikah adalah dibernarkan tetapi dengan syarat dan kaedah kaedah tertentu. Ada beberapa step yang saya akan huraikan dibawah kaedah bercinta yang sebenar.
Step pertama
Istisyarah
Apakah makna istisyarah yang dimaksudkan dalam konteks ini? istisyarah bermaksud bertanya tentang orang yang kita minati daripda orang lain. 

Persoalan yang cuba diketengahkan adalah siapakah yang patut kita Tanya? Ada beberapa golongan yang kita boleh bertanya antaranya kawan si dia yang bercakap benar, orang kampungnya dan mungkin gurunya atau orang yang amat mengenalinya. Kita perlu mengelakkan sebarang perhubungan dengan si dia ketika ini. adalah tidak wajar jika kita bertanya perihal tersebut kepada empunya badan.

Seterusnya, apakah yang patut ditanya di dalam sesi ini?? soalan soalan yang ditanya haruslah releven dan tidak bertanya pekara yang mengaibkan jika boleh. Contohnya : dia tidur terkangkang ke??. Ni namanya soalan xrelevan dan mengaibkan. Antara pekara yang seharusnya ditanya ialah status perempuan atau lelaki tersebut. Ini bertujuan untuk kita mengenal pasti adakah dia telah menjalinkan pertunangan dengan sesiapa ataupun mungkin dia sudah menjadi isteri seseorang. Pekara ini perlu untuk kita memikirkan haruskah kita ke tahap seterusnya ataupun hentikan niat anda hanya disini. Selain dari itu, boleh juga kita bertanya perihal sikapnya, agamanya, dan boleh juga kita bertanyakan tentang ciri ciri yang kita minat, adakah terdapat pada perempuan tersebut.

Selepas mengenal pasti semua ciri yang patut ditanya, haruslah kita memikirkan  jalan yang selanjutnya. Jangan pula kita tinggalkan istiqarah… lakukanlah solat istiqarah setiap hari dan memohon adakah ini jodoh kita. 

STEP KE 2

Sesi taaruf

Sesi taaruf ini merupakan salah satu sesi perkenalan antara pihak lelaki dan wanita. Pertemuan akan atau mungkin berlaku dalam sesi ini. kerana itu, kita haruslah sentiasa berzikir dan bermohon agar hati ini bersih dan dibukakan mata hati untuk melihat adakah dia calon yang kita nantikan untuk dijadikan isteri.

Sesi ini secara jelasnya adalah untuk kita berkenalan dan  mengikat tali pertunangan mengikut kaedah islam. Bagaimana ia boleh berlaku adalah selepas mendapat persetujuan kedua dua pihak untuk terus membina sebuah keluarga, maka terjadilah ikatan pertunangan ini. di dalam peringkat ini. kedua dua pihak haruslah berjanji  setia akan berkahwin dengan si dia, juga perlu berjanji mengawal tingkah laku, mengawal perhubungan, dan juga perlulah meningkatkan ilmu agama.

Sesi pertunangan tidak perlulah diketahui oleh ramai pihak. Cukuplah hanya ahli keluarga dan kawan rapat kita. Ini tujuan untuk menjaga aip kedua dua pihak. Ini kerana jika perkahwinan yang dijanjikan tidak berlaku, pasti salah satu pihak akan dipandang serong oleh masyarakat. Oleh kerana itu, islam menitip beratkan untuk menyimpan rasia.

Di dalam sesi ini, mereka perlulah ditemani oleh seseorang. Apakah ciri ciri seseorang yang dibenarkan?? Disini terdapat beberapa fahaman berbeza, ada ustaz yang mengatakan teman itu adalah seorang wali kita(ayah,datuk) dan bukannya mahram kita. Ada juga yang berpendapat dia mestilah mahram kita dan boleh menyimpan rasia dan cukup syarat.ada pula yang mengatakan jika tiada mahram, kita juga boleh ditemani oleh teman (2 orang wanita), dan teman itu haruslah dari pihak wanita dan baik akhlaknya.ada pula yang berpendapat, peneman atau saksi itu perlulah baik akhlaknya, alim, dan telah berkahwin. Jadi selepas saya bertanyakan daripada ustaz ustaz lain, dia memberi kata seperti ini “ kita ingin mengawini mereka adalah dengan cara termulia dan haruslah menggunakan cara yang paling mulia” dan semua yang diatas dibolehkan tetapi perlulah memilih yang paling baik dahulu.

Ciri cirinya pula, Pertamanya, mereka yang menjadi teman atau saksi itu haruslah seorang yang menyimpan rasia. Ini kerana dia akan mendengar seluruh perbualan kita dan dia perlulah menyimpan semua rasia yang didengar. Selain itu, mereka yang menjadi saksi itu haruslah menyekat perbualan jika perbualan itu melebihi batas batas yang ditetapkan

Selepas sesi ini berlansung dan kedua dua pihak telah mengikat janji, maka pertunangan pun akan berlaku . ia berbeza dengan tradisi melayu, tetapi inilah kaedah yang islam amalkan.
Apakah pula pekara yang boleh dilakukan dalam tempoh bertunang??

Pekara ini perlu ditekankan kerana ramai yang menganggap selepas tempoh ini, mereka lebih bebas untuk berjumpa dan berhubungan kerana mereka sudah berjanji untuk berkahwin. Oleh kerana itu lah banyak kejadian anak luar nikah dan sebagainya berlaku dalam tempoh ini.

Jumpa/dating adakah dibolehkan??  Bila sebut saja berdating, mereka mudah melatah dan terus mengeluarkan hukum haram. Maksud dating saya adalah berjumpa. Adakah berjumpa diharamkan? Jawapannya tidak tetapi dengan syarat syarat tertentu. Syarat syaratnya seperti yang saya telah maklumkan diatas iaitu seorang wali kita(ayah,datuk) dan bukannya mahram kita. Ada juga yang berpendapat dia mestilah mahram kita dan boleh menyimpan rahsia dan cukup syarat.ada pula yang mengatakan jika tiada mahram, kita juga boleh ditemani oleh teman (2 orang wanita), dan teman itu haruslah dari pihak wanita dan baik akhlaknya.ada pula yang berpendapat, peneman atau saksi itu pelulah baik akhlaknya, alim, dan telah berkahwin. Jadi selepas saya bertanyakan daripada ustaz ustaz lain, dia memberi kata seperti ini “ kita ingin mengahwini mereka adalah dengan cara termulia dan haruslah mengunakan cara yang paling mulia” dan semua yang diatas dibolehkan tetapi perlulah memilih yang paling baik dahulu. Pilihlah mengikut kemampuan anda. Dan perlu diingatkan, pertemuan ini bukan untuk kita melemparkan kasih sayang, tetapi untuk tujuan berkenalan dan lebih memahami.

Mesej, whatsapp, fb dan sebagainya adakah boleh menjadi jambatan perhubungan?? Jawapannya boleh asalkan jangan disalagunakan. Kerana di dalam tempoh ini adalah tempoh untuk kita mengenalinya dengan lebih teliti, dan juga untuk mengenali keluarga di kedua dua belah pihak.  Jadi whatsapp untuk bertanya kan tentang kesihatan dan keluarga dibenarkan. Jadi disini adakah bermakna kita boleh berdua duaan ketika di laman sosial?? Kerana zaman dahulu tiada elemen ini dan ketika berhubung perlu ditemani seseorang. Jawapannya boleh. Tetapi ada syaratnya. Syaratnya adalah kalau boleh, buatlah group antara anda dia dan ada ditemani mahram anda. Dengan ini, perbicaraan anda akan terbatas. Mungkin anda akan mengatakan  MESTILAH X SELESA DAN X BEBAS!! Yes.. kerana itulah tujuannya.

Kalau nak call??  Kalau nak call pun boleh je. Tetapi cuba tukar pada mood loud speaker. Dengan itu perbualan anda akan didengari oleh sahabat atau keluarga yang berada di tepi anda. Jadi perbualan anda juga akan diawasi. Kalau boleh jauhi percakapan yang manja manja tuh. Kat kawan x pula cakap manje. Kat mak ayah x pula nak bercakap manja. Jangan dengan awek pula baru nak bermanja manja.

Pekara yang tidak boleh ditanya?? Antara pekara yang tidak boleh ditanya adalah seperti pekara yang boleh menimbulkan nafsu, pekara aip, dan pekara yang boleh mengambarkan tentang aurat saya kita. Contohnya disini :

Kes 1

ali : hye awak, tengah buat apa tuh

minah : hye hye, saya tengah sikat rambut, rambut ni kusut pula harini. Mungkin sebab rambut ni dah panjang sangat. Sampai ke bahu . kerinting pula tuh
Disini si aminah telah menjelaskan mengenai jenis rambut dan panjang rambutnya.

Kes 2
Ahmad : salam.. awak kat mana tuh. Lambat je balas text saya L
Diana : wasalam, awak sori. Saya tengah pilih seluar. Size seluar saya dah makin ketat sekarang.size 28 dah x muat nak pakai dah size 29 pun sangat ketat di bahagian peha.
Disini juga mereka telah menjelaskan bentuk tubuh tanpa mereka sedari

Step 3

Kahwin.

Jalan terakhir adalah dengan satu ikatan yang sah, iaitu perkahwinan. Selepas sampai tempoh yang dijanjikan di dalam sesi taaruf, maka nikahilah dia.

Soalan soalan lazim

1)      Apakah hukum mereka yang mengkhianati janji yang telah diikat dalam sesi taaruf dan berkahwin dengan orang lain??

jawapan : jawapannya haram dan berdosa. Tetapi perkahwinan mereka masih sah. Cuma fikir fikirkanlah kenapa ALLAH sangat menitik beratkan perjanjian .
2)      Selepas sesi istisyarah jika kita mengetahui dia telah mempunyai tunang adakah kita masih boleh meneruskan sesi taaruf??

jawapan : jawapannya tidak boleh. Islam melarang kita mengganggu seseorang itu selepas sesi pertunangan. Jika kita masih melakukan?? Berbalik semua pada kaedah yang anda gunakan. Adakah anda mengunakan kaedah islam? Jika ya , haruslah anda mengikuti cara cara yang islam benarkan juga.
3)      Saya ber whatsapp atau berjumpa berdua dengan tunang saya adalah semata mata untuk berlajar dan mengajarnya.tetapi secara lansung adalah ia hanya alasan untuk saya berjumpa dan berhubung dengannya. Adakah boleh dilakukan pekara sedemikian??

jawapan : kita kembali kepada niat. Dan kita harus tahu ALLAH maha mengetahui apa yang anda fikirkan dan apa yang anda niatkan. Kita lihat pula status anda adalah sebagai seorang tunang dan bukannya seorang isteri dan suami. Jika anda menyembunyikan niat anda dengan mengunakan pekara baik seperti ingin berlajar bersama dan mengajarnya, tetapi ALLAH masih mengetahui niat asal anda. Disini sebenarnya adakah anda berpura pura beriman dan takutkan manusia dan bukan takutkan ALLAH???

Kesimpulan

Saya mengeluarkan entry ini adalah bukan untuk menggalakkan anda bercinta sebelum bernikah atau mempunyai apa apa hubungan sebelum bernikah. Tetapi saya ingin memberi penyelesaian kepada mereka yang ingin berubah untuk menjadi baik tetapi terikat dengan kisah cinta mereka. jadi saya memberi jalan kedua selain melansungkan perkahwinan. Kerana saya faham kondisi sesetengah orang tidak mengizinkan mereka melansungkan perkahwinan pada ketika itu. Dan dalam masa yang sama menginginkan dia sebagai isteri.  sama samalah kita memperbetulkan diri dan menjauhi zina

Sebarang pertanyaan boleh email pada saya wankhairul_azman92@yahoo.com
Jika terdapat sebarang kesalahan atau anda mempunyai hujah anda tersendiri boleh juga emailkan kepada saya. Saya teringin mengetahuinya.
Terima kasih…….