tolong click untuk bagi saya jutawan

Monday 2 April 2012

BAJA ORGANIK


BIODATA PENCIPTA

Nama sebenar beliau adalah Norizan Bin Osman. Beliau telah berumur lima puluh satu tahun pada tahun 2012.Beliau telah melibatkan diri dalam pertanian organic lebih dua puluh tahun. Beliau telah mencipta baja dan racun serangga dengan sendiri dan secara organic. BELIAU TELAH MEMENANGI ANUGERAH SELAMA 9 TAHUN BERTURUT-TURUT. MALAH MEMENAGI DALAM PERTANDINGAN DI THAILAND, PHILIPINA DAN BEBERAPA KAWASAN ASIA YANG LAIN.

Korang semua boleh lah mencuba sebab dia seorang yang sangat hebat dan juga ciptaan nya sangat hebat.




CARA MEMBUAT RACUN ORGANIK UNTUK HAIWAN PEROSAK

halia, bawang putih dan juga sejenis pokok yang sangat terkenal di daerah india iaitu pokok neem.
Cara menghasilkannya ialah dengan mencampurkan semua bahan-bahan ini. Kemudian racun ini disembur di bahagian dahan dan daun. Keuntungannya ia tidak mendatangkan bahaya kepada manusia.





BAJA ORGANIK

TELUR

Antara bahan yang telah digunakan oleh puan bagi menghasilkan baja adalah kulit telur. Telur itu hendakkah digoreng tanpa minyak bagi menghilangkan lendir. Puan norizan menggabungkan telur dengan cuka beras atau cuka nipah untuk menghasikan potassium yang sangat diperlukan oleh tumbuhan untuk perkembangan tumbuhan tersebut.



TULANG

Selain itu mereka menggunakan tulang dan menggabungkan tulang dengan cuka beras atau cuka nipah untuk menghasilkan potassium. Kata puan norizan tulang ini hendaklah dibakar sehingga putih sebelum mengabungkan dengan cuka




IKAN

Bagi mendapatkan sumber almino acid untuk keperluan tumbuh-tumbuhan, puan norizan menggunakan ikan sebagai sumber almino acid utama. Beliau telah memeram ikan bersama sama gula merah selama sebulan. Kemudian hasil dari peraman tersebut beliau akan mendapat sumber almino acid yang sangat diperlukan oleh tumbuhan.



BATANG PISANG

Bagi mengalakkan pertumbuhan pula, puan norizan mengunankan batang pisang. Mereka mengabungkan batang pisang bersama-sama dengan gula merah selama seminggu. Daripada hasilnya ia digunakan secara menyeluruh bagi sumber pertumbuhan pokok beliau


BUAH PISANG

Manakala untuk mengalakkan pertumbuhan buah , puan norizan menggunakn buah pisang sebagai bahan asas untuk mengaklakkan pokok untuk berbuah. Mereka mengabungkan buah pisang bersama sama gula merah selama seminggu.


SABUN CAP KAPAK

Sabun cap kapak pulak digunakan sebagai bahan adunan yang mengadukan atau yang akan mengabungkan semua bahan bahan yang digunakan.

KEKURANGAN

Walau bagaimanapun masih terdapat kekurangan dalam penggunaan bahan bahan organic. Antara masalah terbesar adalah, bahan- bahan ini perlulah menggunakan air semula jadi iaitu dari sumber sungai , tasik dan sebagainya. Ini kerana bahan –bahan organic sangat sensitive dengan clorin. Dengan kehadiran klorin hasil bahan-bahan ini akan berkurang . jadi puan norizan mengunakan tasik sebagai sumber utama


No comments:

Post a Comment