Lelapan mataku berahir kini. Sudah menjadi kebiasaan hidup
aku akan kusudahi lelapan mata ini pada pukul enam pagi.bagi aku bukan masa
tidur menjadi penanda masa bangunku, tertapi masa bangunku menjadi penanda masa
tidurku. Agar kewajipan aku tidak aku sia-siakan hanya kerana lelapan mata ini.
Seperti biasa sesudah bangun sempat aku berterima kasih kepada maha pencipta
kerana menberi masa untuk aku mengumpul dana akhiratku. Sesudah itu
melangkahlah kaki ini menunaikan kewajipan seperti yang dilakukan oleh setiap
umat islam. Rutin hidupku masih seperti hari- hari biasa, akan aku laungkan
suara ini dengan menbaca kalam allah sebagai pembuka hariku. Sebagai pembuka
pintu rezekiku. Sesudah aku habiskan rutin wajibku memang inilah masa aku
melihat keindahan dunia. Tepat pukul tujuh pagi, pasti tingkap bilik ini akan ku
buka. Aku tidak mahu melepaskan keindahan pagi berlalu. Bukanlah senang mahu mendengar dan melihat
ayam mengibas sayapnya, memanjangkan lehernya lalu mengeluarkan suara latangnya
sebagai medium berinteraksi sesama meraka. Kekadang kudengar seperti perlawanan
laungan suara juga ada. Aku menanti saat jam lapan setengah pagi. Kerana disaat
ini pasti kesembilan ekor burung murai akan datang berhampiran bilik aku.
Mungkin kerana aku sudah terbiasa meletakakan makanan untuk jamuan isi perut
mereka. Aku berbuat sedemikian kerana aku tidak puas melihat bual bicara
mereka. Pasti menyentuh jiwa. Akan dikembangkan semua bulu- bulu lalu berkumat
kamitlah mereka berbicara sesama mereka. Tidakkah itu hebat?. Aku tidak
menjulang rasa rugi menghabiskan masa ini dengan memerhati keindahan dunia.
Tertapi hari ini istimewa. Lain dari hari-hari biasaku. Ini
kerana burung murai tidak sempat datang menghias senyumanku. Awan mendung telah
lama memikul berbanan. Saratnya telah sampai kekemuncak kesabaran. Lalu hujan
turun menbasahi bumi. Debu-debu yang mengaburkan pemandangan mataku kini rebah
ke bumi didesak oleh air hujan itu. pasti si perkebun gembira kerana tanaman
mereka diberikan rezeki . Aku tidaklah sedih kerana tidak melihat si burung
murai berinteraksi pada hari ini. Dapat juga aku melihat kekuasaan illahi. Lalu
aku tutup pintu kamarku. Agar aku tidak diganggu. Aku tidak mahu keasyikan ini
tersentap dengan pekara-pekara lain. Aku memerhati titisan demi titisan air hujan. Aku melihat
terdapat pelangi indah kelihatan dalam setiap titisan yang dicurahkan itu.
Subhanallah cantiknya. Alangkah ruginya diri ini hampir dua puluh tahun masaku
bernafas dibumi baru sekarang aku dapat melihat keindahan ini. Nasibku sangat
baik hari ini. Nikmat itu tidak setakat disitu. Aku melihat ada pelangi
menbelah bukit di hujung sana. Sempat aku tersenyum sendirian. Dalam aku sedang
memerhati lagi aku seumpama diketuk dengan pukulan ilham . aku tersedar air merupakan
prisma yang tersangat hebat. Mampu menbias cahaya menjadi pelangi indah. Ya aku
akui nilai air tidaklah dipandang hebat
seperti melihat kilauan permata, tidak juga menpunyai ikatan molekul sekuat
berlian. Tertapi ianya mampu menbias cahaya menjadi tujuh warna pelangi indah
lalu memancarkan sebagai penhias dunia. Mampukah berlian, emas dan permata
menbias cahaya sehebat itu? Aku akui tidaklah allah menciptakan sesuatu dengan
sia-sia.
Aku merenung dan terus lagi merenung. Renungan aku tidaklah
renungan biasa. Aku merenung dengan penuh pengharapan. Lalu aku terfikir akan
suatu perpatah “ ilmu ini umpama cahaya, menerangi kehidupan manusia. Menyuluh
dikala kewalahan. Menjadi teman hidup yang paling akrab”. Jika kita hayati lagi
jika siang dianugerahkan matahari sebagai penyuluh bumi tidak malam dibiarkan
kita dengan kegelapan. Masih dihadiahkan bulan dan bintang sebagai penyuluh.
Jika siang kita mampu melihat dengan jelas. Mampu bergerak dengan bebas, jangan
butakan minda bahawa malam itu terlalu gelab sehingga kita tidak mampu bergerak
bebas. Masih yang maha esa menganugerahkan bintang sebagai pertunjuk arah. Jika
kita renungkan lagi, pasti kita temui kehebatan itu. Bintang bukan hanya
menberi pertunjuk untuk perjalanan malam, tertapi menjadi sumber rujukan untuk meneruskan perjalanan di kala siang.
Aku kembali ke alam nyata. Sudah setengah jam ku kira aku
hanyut di dalam lamunan ini. Ku kira
betul air sangat penting di dalam pelajaran. Kerana kuantiti oksigen yang
terdapat di dalam air mampu mencergaskan minda ini. Bukan itu sahaja mineralnya
juga mampu menguatkan otak secapuk ini. Jadi jika kita fikirkan akan kita
fahamlah mengapa allah memilih air sepagai prisma untuk menbiaskan cahaya
menjadi tujuh warna pelangi indah ini. Air mampu menenangkan fikiran juga mampu
menperoleh ketenangan. Jadi kita akan senang menuntut ilmu pelajaran. Ya ALLAH
aku tersedar makna disebalik pelangi
ini. Ilmu tidaklah terhenti hanya pada seseorang. Ia akan terus dibiaskan
kepada yang lain. Ilmu juga pemankin kepada pengerak pekara-pekara baru dan
moden jika kita perhatikan. Ilmu seperti air yang tidaklah menpunyai molekul
yang keras tertapi kehebatannya jelas ditafsirkan , mampu menbias cahaya
menjadi pelangi. Tidakkah ia cukup hebat?
SUBHANALLAH , ALHAMDULILLAH, MAHASUCI ALLAH. Tidaklah
diciptakan sesuatu dengan sia-sia. Hanya dengan air hujan, tidaklah menpunyai
nilai semahal berlian dan emas di mata
manusia tertapi sudah cukup menbuktikan air menpunyai nilai yang sangat hebat.
Ooohh patutlah setiap kehidupan memerlukan air.
Patutlah ada bacteria yang mapu
hidup tanpa cahaya dan makanan tertapi akan mati jika tiada air. Jika kita
terus merenung, patutlah ALLAH memilih air sebagai medium menyucikan diri, juga sebagai medium
untuk mengambil wuduk.
Kini air mata kesyukuran mengalir sama derasnya dengan
titisan air hujan. Aku melangkah keluar dari kamarku ini untuk merasakan nikmat
kurniaan ALLAH ini. Aku merenung kelangit. Sekali lagi aku tersentap.
Subhanallah hebatnya tidak terkira. Aku melihat ciptaan ALLAH yang hebat sekali
lagi. Aku melihat awan !! aku tahu semua pernah melihat awan. Awan terjadi juga melalui air. Melalu
pengewapan lalu naik ke atas dan berkumpul menjadi awan. Awan bukan sahaja
tempat untuk kanak-kanak berimaginasi, berhayal menbentuk awan sebagai objek
lain. Bukan juga awan hanya dijadikan
untuk menhasilkan petir dan kilat yang juga merupakan suatu dari golongan
cahaya. Malah awan turut dijadikan untuk melindungi kita dari sinaran terik
matahari. Subhanallah. Hebatnya . bersambung –sabung keajaipan dunia ini jika
kita telepati. Aku terus terduduk lalu menadah tangan ke langit dan bersyukur.
Aku juga bermohon agar tidak dibutakan hati ini dari melihat kekuasaan allah.
No comments:
Post a Comment