“ Bila datang lelaki yang comel agamanya, walaupun bukan ustaz, bukan tok guru, bukan ulama, hanya org biasa.. Tetapi sembahyang 5 waktu, Tak makan benda yang haram, tutup aurat dan bila ada kuliah dimasjid dan surau, dia tidak menguzurkan diri walaupun hanya seminggu 2 kali, itu sudah dikira baik pada agama.. Kahwinkan segera dengan lelaki baik seperti itu, walaupun dia berjalan kaki, naik moto, tak ada kereta kerana.. REZEKI ditangan ALLAH bukan manusia..” (Ustaz Azhar Idrus) ^_^
BILA NAK KAHWIN?
Saya pasti ramai yang cuak dan gentar dengan pertanyaan nie.. Orang ramai sibuk tanya bila nak bina masjidnya.. Kahwin awal pun orang sibuk bercakap, kahwin lambat pun ada orang cakap jugak, kalau yang tak kahwin-kahwin lagi la.. Manusia memang tak akan puas dengan satu persoalan. Jika soalan pertama dah selesai makan timbul pula persoalan yang lain.. Jadi sabarlah ye, sesiapa yang terkena soalan “cepuk emas” nie..
Soal perkahwinan ini sangat berat.. Ia memerlukan satu perancangan yang rapi agar rumah tangga yang dibina itu dipandu menuju keredhaanNya.. Kita nak kahwin dengan pasangan kita bukan hanya untuk setahun dua, bahkan kalau boleh sampai ke syurga.. Dan matlamat perkahwinan yang sebenar adalah untuk meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W dan juga menegakkan agama Allah..
Memang benar kadang-kadang penat juga nak menjawab bila orang sibuk bertanya.. Tambah-tambah yang mulutnya pedas lagi berapi. Habis terbakar hati dibuatnya.. Mulut orang tak boleh nak tutup. Biarlah orang nak kata apa.. Perancangan hidup kita, kitalah yang lebih arif tentangnya.. “Kita hanya merancang tapi ALLAH yg tentukan”.. itulah ungkapan yang sering kita dengarkan..
Jika ditanya jujur kepada mana-mana lelaki tentang cirri-ciri calon isteri, pasti mereka mahukan yang SOLEHAH.. Untuk menjadi ibu yang baik, yang boleh mendidik anak-anak menjadi soleh mahupun solehah.. Sebab tu laki selalu memilih.. Semakin hari semakin banyak rakan-rakan berpesan yang macam-macam.. contoh nya macam yg kat bawah nie..
Pesanan buat LELAKI :
Jangan layan wanita tu special sangat jika tidak ada niat untuk buat dia menjadi yang sah atau halal.. Wanita ini lain sikit, cepat perasan dan mudah jatuh hati.. Jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin.. Jangan beri harapan pada yang mudah menyerap harapan.. Hati wanita ibarat gelas kaca, mudah pecah.. Apabila sudah terluka, sukar untuk dirawat semula..
Pesanan buat WANITA :
Jangan berharap terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang.. ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak.. Jadilah wanita yang tegas, mahal dan tidak mudah untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu..
Andai ingin berumahtangga pula.. sedikit perkara yang perlu si suami dan si isteri tahu adalah:
SI ISTERI:
Kamulah yang akan menentukan samaada suamimu ditempatkan di SYURGA atau NERAKA, maka jagalah kesopanan akhlakmu dan tutuplah auratmu dengan sempurna kerana setiap apa yang diperlihatkan olehmu kepada insan lain akan dicatatkan satu persatu oleh malaikat Allah yang taat lagi patuh..
SI SUAMI :
Kamulah yang menjadi tunggak utama dalam sesebuah keluarga, kamu jualah yang akan membentuk peribadi ISLAM dan IMAN dalam keluargamu.. Maka, awasilah, perhatikanlah dan didiklah keluargamu mengikut acuan Allah.. Jauhi sifat dayus dan jalankan tanggungjawabmu.. pastikan aurat "muslimahmu" TERPELIHARA..
Manusia zaman sekarang bukan tak nak kahwin awal.. tapi terpaksa membuat perancangan dan pemilihan.. nak jumpa calon yang mengikut keinginan dihati memang sukar sekali.. dalam seribu bintang yang kita jumpa.. belum tentu ada yang berkelipan.. dalam seribu orang yang ikte jumpa.. tak semua nya mempunyai sikap yang mulia.. “aku bukan la seorag yg baik untuk memilih tapi sedang mencari seorang yang boleh membantu untuk berada dijalan yang benar.. untuk meneruskan kehidupan yang lebih panjang dan banyak halangan..”
Bagi wanita pula.. hidup membujang adalah lebih selesa dan mudah.. ini kerana lelaki zaman kini hanya pandai bermain degan kata-kata.. Sesuatu yang dikatakan itu tidaklah jujur dari dalam hatinya.. Wanita susah untuk mencari calon kerana lelaki zaman sekarang seringkali lalai akan tanggungjawabnya.. Sedangkan solat 5 waktu pun xmampu nak jaga.. bagaimana nak membina masjid supaya kukuh selamanya..
“ Jika solat 5 waktu tidak dilaksanakan, jangan harap untuk dirikan rumah tangga, nanti retak dan berpecah belah sebab awal-awal lagi tiang agama sudah runtuh.. LELAKI yang soleh lagi baik, tidak akan ajak kamu buat maksiat.. tidak ajak kamu berpegangan tangan, sentuh-sentuh sebelum NIKAH.. Dia akan bernikah denganmu dengan cara baik dan terhormat, dia akan berjumpa dengan kedua ibubapamu terlebih dahulu.. Dan yang penting, dia setia berjanji akan MENIKAHIMU..”
Perancangan kehidupan bergantung kepada individu masing-masing tetapi tetap menuju matlamat yang satu.. Bagi yang kahwin lambat pula, mungkin dia belum bertemu jodohnya lagi.. Disebabkan itu juga Allah belum bukakan hatinya untuk menjaga kesucian hati itu pada selayaknya.. Kalau yakin dengan Allah, Allah takkan kecewakan kita..
NURUL HAZIMAH bt HASSAN (volunteer TFTN)
No comments:
Post a Comment