tolong click untuk bagi saya jutawan

Thursday, 15 November 2012

INI SOAL HATI ini JUGA SOal kesetiaan

semalam. 15.11.2012. akhirnya aku dapat juga menonton cerita istanbul aku datang. berhari hari aku tertunda untuk menonton cerita ini. aku merasakan cerita ini terlalu menarik mungkin disebabkan ada tomok dalam cerita ni. puas aku mencari masa. masa terlalu mencemburui aku. tapi akhirnya tepat jam 9. 50 malam aku dapat juga menonton cerita ini. dengan belbekalkan popcorn dan air , juga ditemani seorang kawan aku mencari tempat duduk di nombor 7 dan lapan. cerita bermula. aku mula berfantasi.

aku melihat watak tomok di dalam cerita ini hampir menyerupai aku seratus peratus.aku seperti melihat watak aku sendiri. tomok seorang remaja yang mengambil jurusan medic di istanbul.perwatakan tomok sangat romentik. bukan sekadar romentik, bicaranya sudah cukup menbuatkan semua perempuan cair. tomok seorang yang sangat sibuk. sangat susah meluangkan masa bersama dian. sehinggakan sangat sukar untuk berjumpa. bukan sekadar susah berjumpa. nak balas mesej nak angkat call pun susah. terlalu sibuk dan sibuk. tomok juga seorang yang selalu mengecewakan hati dian.berkali kali, dari hari ke hari dian bersabar. apabila dia mengatakan I LOVE YOU. tomok hanya menbalas dengan me to. but dian just berdiam diri.

aku melihat watak tomok di atas hampir sama di atas. mungkin sebab itu, cerita ini betul betul menyentuh hati aku. tiada lain, tiada bezanya antara tomok dan aku. cuma aku tidaklah sepandai tomok. tapi aku juga sibuk. semua tahu memengang jawatan tertinggi bukanlah suatu yang mudah bagi seorang pelajar di universiti. itu lah kebingungan yang aku hadapi. siang masa aku habiskan di kelas. malam pula sibuk dengan meeting. balik sahaja dari meeting aku terpaksa pula melawan perasaan malas dan mengantuk untuk mengulang kaji apa yang aku belajar. itu belum termasuk untuk menyiapkan semua assignment berkumpulan dan individu. jika assignment berkumpulan, aku terpaksa pula menukar waktu waktu yang aku telah jadual. terpaksa pula menganjakkan meeting pada malam hari. pengorbanan ini menbuatkan aku menjadi lelaki dayus. seorang lelaki yang selalu menbiarkan orang yang dia sayang  bersendirian.walau hanya mendapat mesej selamat pagi atau selamat malam dari aku, dia boleh dikira wanita yang paling beruntung di dunia.dalam seminggu kekadang satu mesej pun aku tidak balas. bukan bermakna aku tidak sayang. sayang itu sudah cukup abadi di dalam pelusuk hati ini. bukan juga tidak rindu. aku selalu melihat gambarnya yang aku telah sematkan di wall paper telefon aku. tertapi masa terlalu sedikit untuk aku hadiahkan kepadanya. mana tidaknya. aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. tangungjawab yang di beri mesti dipikul. bebanan ini tidaklah dapat aku gambarkan. tidak cukup dengan itu, masa untuk aku mengulang kaji pelajaran juga tidak boleh aku ketepikan. masa depan ku bukanlah hanya untuk diri aku sendiri. di sini akan kubekalkan rezeki untuk anak anak aku, untuk isteri aku , untuk ibu bapa aku dan juga untuk mereka yang malang di luar sana. wajarkah aku menuruti nafsu hanya untuk melepaskan kerinduan kepadanya dan mengabaikan tangungjawab lain??. sabtu dan ahad adalah masa yang selalu menjadi pusat kesedihannya dia. di mana orang lain dapat melepaskan kerinduan. aku sibuk ke sana ke sini. setiap kali dia call ada saja di rumah anak yatim, di rumah orang tua, di masjid, di tempat mengutip dana. setiap kali  aku menerima call dia aku tahu dia sedih. aku tahu dia terluka.cuma aku bekalkan kesetian aku seratus peratus hanya untuknya. hanya itu yang dapat aku berikan.

aku bersyukur mendapat seorang yang cukup memahami hati ini. dia tidak penah mengeluh. tidak juga berputus asa. seorang yang sangat berdikari. setiap hari pasti jam 6. 30 pagi muncul mesej selamat pagi dan kata kata semangat kepadaku. setiap malam juga pasti dihadiahkan satu mesej yang menbuatkan aku tersenyum. aku gembira. tersangat gembira menerima mesej itu. tertapi aku jarang menbalasnya. kejam bukan?? aku selalu berimaginasi rangka rangka mesej yang hendak aku balas. tertapi disebabkan itu juga aku selalu merasakan aku sudah menbalas mesejnya walaupun tidak. tapi tidak juga dia mengeluh. apabila telefon sahaja aku. di dalam keasyikan perbualan dan luahan perasaan, aku selalu merosakkan susasana. selalu ada je yang menganggu. sekali lagi dia tidak penah mengeluh. kekadang pabila dia merajuk. aku tidak memujuknya. sampai akhirnya dia kembali ok. kejam bukan?? cuma setiap kali aku keluar dengannya akan ku matikan semua telefon ini agar tiada sebarang gangguan. hanya bekalan itu yang menbuatkan dia tetap setia kepadaku katanya.

tertapi sejak kebelakangan ini dia sangat berubah. perubahan itu menbuatkan kepecayaan ini gugur. menbuatkan hati ini selalu risau akan apa yang bakal terjadi. kekadang aku penah juga terfikir bahawa dia punya penganti aku. atau mungkin ex dia sudah kembali semula kepadanya. tapi aku tidak dapat berbuat apa apa. hanya berserah. aku sedar apa salah aku. setiap bisikan doa ini pasti tersemat namanya. aku selalu mengharapkan ia terus kekal menjadi milikku. tertapi aku tahu pakej yang terdapat padanya. pakaiannya, adap sopannya, tutur katanya agamanya  dan wajahnya sudah cukup menbuatkan semua lelaki cuba memilikinya. aku juga tidak faham kenapa kesangsian ini wujud. aku juga tidak faham kenapa aku merasakan kesetiannya kepadaku semakin pudar. jujur aku tidak dapat menerima perubahan drastik ini. tapi adakah aku mampu menanyakan kepadanya. sedangkan dia tidak penah curiga kepadaku.

di dalam cerita istanbul aku datang. dia telah berubah hati. akhirnya dian memilih yang lain. aku takut itu akan terjadi pada aku. persiapan diri ini belum cukup kukuh untuk menerima kehilangan dia dari hati ini. tertapi sudah lumrah yang datang akan pergi. cuma tinggal lambat atau cepat sahaja. kini dia langsung tidak mebalas mesej hatiku ini. dulu hanya dengan memikir tentangnya pasti ada sahaja pangilan atau mesej darinya. kini walau aku sudah mesej dan menelefonnya tidak juga berbalas,. hurm

MINTA KALAU ADA PENDAPAT, TINGGALKAN COMEN

No comments:

Post a Comment