Introduction
Ada
yang masih belum tahu apa itu backpacking ?mari saya jelaskan, backpacking
adalah satu cara yang digunakan untuk mengembara dengan hanya mengunakan satu
beg galas sahaja. Manakala orang yang menyahut cabaran backpacking ini
diberikan gelaran begpacker. Beranikah anda menyahut cabaran begpacking ini???
ya saya berani “ dalam naluri gentar”.
Ini
adalah pengalaman pertama saya mengembara sebagai seorang backpacker. Saya
mempunyai keinginan yang bergitu lama untuk menjadi seorang begpacker, tertapi
perasaan takut barang tidak mencukupi dan berbagai halangan lagi membuat diri
ini selalu memberi alasan kosong bagi mengelakan diri ini untuk terus berubah.
Perasaan membuak-buak ini mula tercetus hasil motivation daripada sebuah buku
yang bertajuk how to master your habits dan juga hasil daripada mendengar forum
dare to change. Buku how to master your habits adalah salah satu buku daripada Indonesia
dan tidak dijual di Malaysia. Medium yang menjana pengerakan saya adalah site
visit ke pasir gudang. Site visit ini merupakan aktiviti wajib bagi setiap
student civil part 6. Jadi saya mengambil peluang ini untuk memulakan langkah
sebagai begpacker.saya bersyukur kerana site visit ini mengambil masa tiga
hari, dan bagi saya ini kesempatan untuk saya mencari seberapa banyak maklumat
untuk mengubah diri agar menjadi insan berilmu yang bukan hanya memiliki ilmu
yang “ KOSONG “
Sebelum bermulanya backpacking
Sudah
pasti sebelum bermulanya setiap pengembaraan pasti ada sesi mengemas, membeli
makanan dan sebagainya. Pada malam sebelum bermulanya begpacking, saya dan tiga
orang kawan saya iaitu azizi, kamarul dan juga hakim keluar mencari bekalan
untuk menjadi alas perut ketika lapar.
Seterusnya
adalah sesi yang paling penting ,iaitu sesi mengemas barang. Kerana disinilah
menentukan anda merupakan begpacker ataupun tidak.nampak senang bukan? Tapi
disinilah saya hampir “ give up” untuk
meneruskan cabaran begpacker. Maklumlah semua barang adalah terhad.jika
terlebih pasti beg anda akan dipenusi sampah, manakala jika terkurang pasti
anda akan mengalami masalah yang besar untuk masa hadapan. Saya mengambil masa
hampir tiga puluh minit untuk memikirkan apa yang perlu dibawa untuk
pengembaraan saya.
Selepas
selesai memilih barang untuk dibawa, saya mencuba pelbagai cara untuk melipat
baju agar lipatannya menjadi kecil. Akhirnya saya mengambil keputusan membuat
lipatan “ gulung “ kerana lipatan ini adalah yang paling simple, kemas dan
bersesuaian . semasa sesi mengemas ini saya ditemani dengan perbualan di “ whatsapp”
bersama seorang pensyarah saya.
Didalam
keasyikan mengemas, tiba tiba bisikan syaitan muncul agar saya membawa beberapa
beg lagi kerana barang yang ingin saya bawa tidak mencukupi. Lalu saya teringat
satu daripada kata motivasi daripada buku how to master your habits yang
mengatakan kita pasti merasakan tersangat susah untuk memulakan sesuatu yang
baru kerana kita telah mencipta habits kita dengan bergitu lama. bukannya mudah
ingin mengubah dengan perkara baru. Lalu saya mengikuti satu langkahnya yang
berkesan agar meletakkan satu penanda agar saya perlu atau wajib berusaha
sehingga berjaya. Katanya “ selepas saya mengemas barang dengan hanya
mengunakan satu beg sahaja baru saya akan berhenti mengemas”. Perkataan selepas
membuatkan saya mengikat janji setia saya kepada pegangan saya. Lalu saya
meneruskan lagi usaha mengemas.
Saya
masih teringat kata kata miss asmidar di laman “ whatsapp” agar masaalah saya
dapat diselesaikan. Katanya satu lagi penyelesaian adalah mengunakan beg yang
lebih besar.saya mula bermonolog di dalam hati “ kalau macam tuh saya akan
memulakan perjuangan backpacker pada lain hari sahajalah”. Tiba tiba godaan
kemalasan saya terhenti oleh salah satu teori permikiran yang waras. “saya
tidak mampu menangguh lagi.diri ini terlalu banyak member alasan agar diri ini
tidak dapat berubah.jika hari ini kita
mampu mencipta alasan untuk kegagalan kita, pada hari yang lain juga pasti saya
akan memberi alasan yang sama dan
akhirnya saya masih ditempat yang sama tanpa sebarang perubahan”
Selepas
hampir 3 jam saya mengemas , akhirnya saya berjaya menyudahi gerakan terakhir
iaitu menutup beg. Walaupun hanya dalam sesi mengemas barang saya mendapat
bergitu banyak pengalaman baru. Akhirnya saya sendiri menjawab persoalan yang
saya utarkan di dalam forum “ bagaimankah kita mampu mengubah habits kita yang
kita cipta dengan beribu ribu kali gerakan yang sama”. Jawapannya mudah, kita
apsti melalui satu saat yang kita sendiri dapat merasakan bergitu susah, TAPI
JIKA KITA MAMPU MELAWAN, MAKA KITA AKAN DAPAT BERUBAH. Jadi dapat kita
simpulkan kita sebenarnya mempunyai musuh iaitu “ diri kita sendiri” yang
senantiasa menjadi penghalang kepada kerjayaan kita. Betullah kata golongan
cerdik pandai “ siapa kita hari ini adalah daripada permilihan dari apa yang
kita lakukan sebelum ini, dan siapa kita pada masa hadapan adalah daripada apa
yang kita lakukan hari ini”.
Begpacking pada hari pertama ( 25 February 2013)
Langkah
mara menuju perkasa impian
Biasalah
kita pasti memulakan hari dengan membuka mata dari lelapan lena dan buaiyan
mimpi indah. Biasalah saya mandi lama, pakai baju lama, semuanya lama. Tapi
bagi mengatasi masalah itu, saya akan bangun awal. Jadi saya telah bangun tepat
jam 5.30 am. Saya suka akan suasana pagi jadi jangan sesiapa cakap saya
membuang masa tido saya degan bangun pagi.
Tepat
jam 7.50 am, saya dan kawan bilik saya iaitu kamarul, azizi, dan hakim telah
bertolak ke tempat hentian bus. Sungguh teruja kerana walaupun kami sampai
lewat, kami masih menjadi orang ketiga yang tiba di hentian bus itu. Lagi
mengagumkan 2 orang yang telah sampai itu adalah lelaki. Jadi siapa yang punya
permikiran sempit mengatakan “ lelaki lambat dan tidak menepati masa”. Hampir
terpinau bijik mata ni menenung dimanakah bus. Sudah hampir pukul 9 am tertapi
bus masih belum muncul. Ingin sahaja saya katakan “ janji melayu”. Lalu saya
terfikir, kenapa melayu selalu dijadikan tempat meletakan keburukan. Kenapa
salahkan melayu? Adakah melayu semuanya sama? Saya merasakan tidak sama sekali.
Cuma mentality lemah ini yang senantiasa mencari alasan agar yang lain selalu
disalahkan.kenapa tidak saya salahkan diri saya kerana tidak mengatur langkah
agar driver bus dapat tiba awal ? sekarang sudah terjawab kepada persoalan sebentar
tadi. Tepat jam 9. 15 am bus mula bertolak ke destinasi. Saya gembira kerana
saya ditemani penyarah yang sangat sporting “ sir indra, sir isha dan juga sir
azran”. Bolehlah saya berjimba dan mencari jawapan atas persoalan yang
berlambak saya kumpulkan di ruangan minda ini.
Perjalanan
bermula. Hureyyy!!!!!.. saya bersyukur akhirnya saya telah melepasi satu tahap.
Alhamdulillah saya berjaya melalunya. Saya berjaya membawa SATU BEG GALAS
SAHAJA. Macam tidak percaya juga ada, kerana saya sudah diajar dari kecil agar
membawa lambakkan barang yang bergitu banyak.
Di dalam perjalanan lebih kurang 9 jam di
dalam bus uitm, banyak yang dapat saya lihat kerana saya tidak tidur di dalam bus.satu lagi habits buruk saya yang saya
berjaya ubah. Sebelum ini, pantang sahaja naik kenderaan pasti mulut sudah menguap,
mata sudah merah dan otak membeku. Saya terfikir, di dalam perjalanan yang
lama, jika saya menghabiskan masa hanya untuk saya tido apa yang akan saya dapat? Pasti hanya lelehan air liur basi dan tahi
mata yang berketul ketul bukan??. Cuba kamu semua bayangkan selama lebih kurang
9 jam perjalanan, jika kamu hanya berjalan kaki adakah kamu akan tidur? Ya,
tapi setelah kamu berhenti dari bergerak. Jika dibandingkan jarak perjalanan
selama lebih kurang 9 jam di antara berjalan kaki dan menaiki bus sudah pasti jaraknya bergitu jauh. Tapi cuba kamu
bandingkan berjalan kaki dan menaikai bus dalam jangka masa yang sama berapa banyakkah pengalaman dan ilmu yang akan kamu dapat? Fikirkan pula jika kamu
hanya tidur di dalam bus, pasti jumlah yang kamu dapat adalah “
kosong”.
Mari
saya kongsikan beberapa pengalaman yang dapat saya ceritakan kepada anda.
Pertama saya melihat beberapa kereta rosak di tepi jalan. Mesti bagi kamu hanya
biasa. Kerjadian biasa. Tidak membawa sebarang erti. Saya juga bergitu. Kerana kita
tidak berada di dalam kejadian itu. Sudah pasti pengalaman sukar mereka akan
mereka kongsikan berminggu minggu bersama keluarga dan rakan. Apa yang menarik
saya melihat seorang kanak-kanak sedang
memayungkan seorang perempuan tua yang duduk di atas lembaran rumput di
situ. Saya terlalu teruja kerana kanak kanak itu berdiri dengan penuh
keikhlasan. Saya Nampak kanak kanak itu
tersenyum dan berbual bual dengan perempuan tua itu. Pasti saya tidak dapat
melihat hati murni itu jika saya
tidur. Selain itu, saya menjumpai sebatang pokok yang dipenuhi dengan sarang
burung tempua. Burung tempua sangat memilih untuk membuat sarang, dan hanya
membuat sarang di pokok tertentu sahaja. Hampir 10 tahun saya tidak menyaksikan
ciptaan ALLAH itu, dan akhirnya pada hari ini saya dapat melihatnya kembali.
Satu lagi manfaat mengapa saya tidak tidur. Pengalaman itu bertambah luas,
kerana saya punyai peluang berborak dengan kawan saya zaurey, dia seorang
backpacker. Pengalaman dia sangat berharga. Saya terpegun mendengar cerita
ceritanya yang tidak pernah saya lalui. Saya juga gemar penulisannya yang penuh
dengan sulaman sastera halus.
Sepanjang
perjalanan saya , kami singgah di 3 tempat perhentian iaitu di hentian
termeloh, seremban dan satu lagi lokasi saya tidak dapat pastikan apakah nama
tempat tersebut. Saya masih ingat lagi pada pukul 12.40 pm kami berhenti di
hentian seremban dan kami deberi masa selama 20 minit. Sempat juga saya
menyantap nasi lemak dan sirap ais. Manakala di hentian ke tiga kami sampai
tepat jam4.30. saya menghabiskan masa berbual mengenai begpacker dan mengumpul
pengalaman baru. Sudah pasti bibir ini senantiasa tersenyum kerana kamera
setiap masa berfungsi. Di sini kami telah melakukan solat jamak. Setiapkali bus
bergerak dari tempat hentian, pasti saya disulami dengan cerita cinta dan pertanyaan cinta. Saya
mendengar di kedua posisi lelaki dan wanita tapi ini tidak dapat saya
mendetailkan di dalam blog saya pada hari ini.
Sampai
di tempat penginapan
Setelah
hampir 9 jam perjalanan akhirnya saya tiba di tempat penginapan saya. Saya
diberitahu saya akan menginap di hotel. Tertapi dalam perjalanan menuju ke
hotel, saya melihat kawasan semakin suram.tidak seperti yang saya bayangkan
saya akan menginap di tengah Bandar. Apabila tiba di destinasi, saya seumpama
tidak percaya. Saya bermonolog di dalam hati “ mampukah aku tinggal di sini”.
Kawasan persekitarannya sangat menakutkan. Baru saya faham mengapa ia digelar “
hotel bajet”. Suasana petang di sini menunjukkan hari akan hujan. Tidak sampai
5 minit, betul jangkaan saya , hujan benar benar turun menyembah bumi. Anjing
yang berkeliaran kini mula datang menghampiri mencari tempat berteduh.
Bayangkanlah bertapa takutnya saya. Saya tidak pernah berada di kawasan yang
bercampuran kaum. Selalunya semua berbangsa melayu. Selepas 15 minit, saya pun
dibenarkan masuk ke bilik.bilik saya bernombor 309 di hotel “ tiong nam hotel” Saya beruntung kerana masih dapat bersama 3
orang kawan baik saya. Apabila masuk ke bilik, saya mula menarik nafas lega.
Suasananya tidaklah seperti yang digambarkan di luar. Di dalam agak selesa.
Walaupun di sini tiada tab mandi, kerusi, pemanas air, peti dan banyak lagi
kekurangan asas, tapi saya dapat akui ia agak selesa buat saya.
Walaupun pada mulanya saya mengeluh dan
mengeluarkan bergitu banyak rasa yang tidak selesa akhirnya saya fikirkan
sesuatu. Apa yang saya fikirkan adalah “ inilah
sebenarnya yang saya mahukan, yang saya cari cari. Hidup sebagai BEGPACKER
SEBENAR “. ALLAH itu sememangnya
maha pengasih. Saya percaya setiap usaha ditambah dengan doa pasti akan
dimakbulkan tidak kiralah sekarang ataupun bila. Contohnya anda semua dapat
lihat pada situasi disini, saya tidak pernah menjangkakan untuk menginap di
tempat ini. apa yang saya mahukan adalah hidup sebagai begpacker sebenar iaitu
cuba sedaya upaya menjimatkan duit. Kerana apa yang lebih penting adalah apa
yang kita dapat bukanlah satu pembaziran yang tidak membawa sebarang erti. Jadi kita mesti senantiasa bersyukur.
Kekadang kita tidak pernah meminta ia terjadi, tertapi setiap kejadian pasti
tersembunyi sejuta makna .
Menjelajah
Bandar lama
Seperti
yang tersemat di dalam taklimat, kami akan berkumpul semula tepat jam 8.30 pm.
Selepas berkumpul kami berjalan beramai ramai untuk ke kedai makan mencari
rezeki untuk mengalas perut dan mendiamkan nyanyian nyanyian merdu perut yang
sangat kelaparan. Pada mulanya kami membuat keputusan ingin makan di tempat
yang sama, tertapi disebabkan tidak mempunyai ruang yang cukup ditambah lagi
hujan lebat yang memaksa kami untuk berpecah. Saya, afiq, hazid, solihan,
kamarul, azizi, hakim, syafik dan irfan terus ke kedai makan seterusnya yang
berada lebih jauh dari tempat penginapan. Malam ini saya hanya makan nasi
goring USA dan air sirap. Kami makan di “ restoran arrasyid 24 jam”. Kami
mengambil masa selama 2 jam untuk menghabiskan makanan yang berlambak di atas
meja. Selesai makan, kami kembali berhimpun untuk mendengar taklimat dari sir
azran. Saya masih ingat salah satu nasihat oleh sir azran “ di sini keadaan
tidak bergitu selamat dan dinasihati tidak keluar dari hotel”. Saya merasa
bergitu hampa, tertapi tidak berputus asa.selepas taklimat saya meminta izin
untuk keluar berjalan, dan yang terkejutnya sir azran, sir isha dan sir indra
seperti tidak menghalang langsung. Mungkin mereka tahu jiwa “ remaja”.
Jadi
disinilah bermulanya sesi penerokaan alam tersembunyi di sebalik penjaman mata
manusia. Saya bersama azizi,hakim,kamarul dan solihan memulakan langkah.
Langkah yang tiada hala tuju pada mulanya. Beberapa kali kawan saya bertanya
kemana kita hendak tuju. Jawab saya
hanya satu “mencari apa yang kita
abaikan, membuka mata yang selama ini kita sengaja pejamkan”. Mereka mula
malas hendak bertanya seakan akan sudah tahu apa jawapan yang akan saya ulang.
Apa yang saya ingin lakukan adalah “cuba
melepaskan rasa takut di dalam diri” . jika ditanya adakah saya takut?
Jujur saya akan menjawab ya saya sangat takut ketika itu. Bayangkanlah ketika
itu ada tiga ekor anjing . seekor berwarna putih dan 2 ekor lagi berwana coklat
dan agak kotor. Ketiga tiga ekor anjing ini berkeliaran mencari bahan makanan
di dalam tong sampah. Yang menakutkan saya ialah ketiga tiga ekor anjing ini
mengekori kami hampir 30 minit. Kami berjalan seolah olah tiada keresahan walau
peluh ini mula membasahi baju. Kasmi bersembang mengenai perasaan pengun
melihat ciptaan ALLAH. Di sebalik perbualan, kami selikkan beribu persoalan
mengenai Bandar tersebut agar kami mendapat “ jawapan dan mengambil iktibar”. Ketika kami hanyut dibawa ombak
deras permikiran, tertiba tiba kami tersentap. Mahu gugur rasanya jantung ini
apabila melihat seekor anjing betul betul berada di depan kami dengan muka yang
agak bengis. Kami Cuma senyum dan berharap agar “ cas positif senyuman kami masuk ke lubuk hati si anjing tersebut dan
gembira lalu lari dari kami”. Kami
pelahan lahan berundur dan berpatah balik. Saya mengajak kawan kawan saya
berkaroake. Biasalah jiwa remaja. Mahukan hiburan yang tidak berfaedah sahaja.
Kami mencari cari dan tidak juga kami temukan pusat karaoke tersebut. “mungkin segaja ALLAH sembunyikan dari
kami”. Kami melihat jam dan ternyata sudah hampir 2.30 am.kami mengambil
keputusan untuk pulang ke hotel. Semasa perjalanan pulang masih saya ingat terdapat
3 kereta yang menahan kami lalu mengajak kami naik ke dalam kereta tersebut. Jujur saya katakana saya tidak mempunyai
pemikiran yang positif di dalam kondisi seperti itu. Saya dengan suara JANTAN
menolak bulat bulat pelawaan manja mereka. biar penat dari bala menimpa nimpa.
Hampir pukul 3 pagi, kami kembali ke hotel. Saya masih melepak di bilik solihan
manakala azizi kamarul dan hakim sudah pulang ke bilik.
Selepas
kepenatan saya pulang ke bilik dan seperti yang telah ditakdirkan saya jatuh
daripada tangga. Saya mengalami sedikit
kecederaan iaitu kuku kaki saya tercabut dan pehe saya luka. Dalam
kesakitan itu saya berdiri dan melihat keadaan tangga tersebut. Saya bermonolog
di dalam hati “ patutlah aku jatuh, buat tangga tidak mengikut spesifikasi yang
betul. “. Jujur saya katakan tiada unsul unsul keselamatan yang sepatutnya
terdapat dis setiap tangga. Mungkin “engineer
mengantuk semasa design tangga tersebut”.selepas itu saya sampai ke bilik
dan terus tidur.
Walaupun
perjalanan saya singkat. Masa juga sekejab. Banyak yang saya dapat. Yang saya
rasa paling memberi kesan adalah saya telah dapat mengurangkan ketakutan saya
kepada anjing. Baru saya faham sebenarnya anjing takut kepada manusia. Mereka
juga tidak akan mengacau manusia. Biasalah mulut mulutnya yang bising itu.
Anggap sahaja anjing sedang menyanyi.
Begpacking pada hari kedua ( 26 February 2013)
Makan
pagi
Kerana
tidur terlalu lambat, saya telah terlambat bangun. Saya bangun pada jam 6.15
am.mengelabah juga hati ini kerana sudah lambat tapi belum sempat menunaikan
kewajipan kepada ALLAH yang maha esa. Bagaimana rezeki mahu masuk, bangun pun
lambat bukan?. Tepat jam 7.45 am kami mula bertolak untuk mencari sarapan pagi.
Pada
jam 8.00 am, kami menjumpai kedai mamak yang agak terkenal di kawasan itu
kiranya. Saya beranggapan sedemikian kerana melihat jumlah pelanggan yang
datang ke kedai tersebut. Ada seorang mamak datng menyapa “ mau minum apa, mau
makan apa”. Saya mula bertanya makanan apa yang ada. Lalu mamak tersebut
mengeluarkan senarai yang panjang lebar. “ kering juga air liur dia saya rasa”.
Saya membuat pesanan roti nam ayam. Selepas dalam jangka masa tertentu, mamak
tersebut datang dan meletakkan sejenis roti. Saya bermonolog di dalam hati “
ini roti nam ke”. Mahu bertanya tertapi malu. Maklumlah pertama kali baru
merasa roti nam. Tiba tiba seorang kawan saya yang memulakan langkah soalan, “
ni ke roti nam”. Ini kerana dia juga memesan makanan yang sama. Meja makan kian
tergelak dan menjawab ni roti canai lah!!. Baru saya tahu “ bukan saya seorang yang tidak mengenali roti nam”. Selepas itu
roti nam sudah sampai dan yang anihnya mamak tadi masih mengigati pesanan saya
tadi walaupun dia berjumpa dengan ramai pelanggan. Walhal dia tidak mencatat
apa apa yang saya telah dipesan tadi. Saya akui ITULAH KUASA ALLAH , setiap manusia punya keistimewaan yang
berbeza. Tepat jam 9.10 am kami sudah kembali ke bus untuk meneruskan
perjalanan.
Saya
dapat simpulkan disini jangan berbangga dengan usia kita, walaupun saya sudah
mencecah umur 21 tahun tapi saya masih belum mengenali roti nam. Jika mahu
difikirkan semula, anak anak mamak yang
berumur 5 tahun sudahpun mengenali roti nam. Jadi kita janganlah memandang
rendah terhadap seseorang. Saya keluarkan lagi satu bukti pengukuhan, walaupun
saya belajar di university, saya terpaksa akur daya hafalan saya tidaklah
sehebat mamak tadi yang mampu mengingat setiap hidangan yang dipesan oleh
setiap pelanggan.kita jangan
memandang rendah kepada kanak kanak kerana dosanya lebih sedikit berbanding
kita dan kita jangan memandang rendah kepada mereka yang lebih tua kerana
amalnya jauh lebih banyak dari kita.
Site
visit
Tepat
jam 10.00 am, kami sampai ke destinasi yang di tuju iaitu uitm pasir gudang.
Inilah tujuan sebenar kami datang ke sini “ untuk melihat pembinaan uitm pasir
gudang”. Kami disambut dengan gilang gemilang. Merasalah kami duduk di meja
bulat berdepan dengan engineer yang
hebat. Walaupun sebelum ini saya penah melaluinya tapi kali ini berbeza, saya
telah duduk dan ditemani kawan kelas. Sebelum ini hanya terlibat dengan
persatuan dan kelab. Hampir 3 jam, satu demi satu wakil uitm pasir gudang menyampaikan
maklumat. Saya seumpama manusia yang tidak berakal “terlalu banyak pekara yang masih saya tidak tahu”. Walaupun saya
memperlajari subjek ini hampir 3 tahun tapi saya seumpama kanak kanak tadika
yang masih baru untuk berlajar. Betullah kata mereka “semakin dalam kita menguasai ilmu, semakin kita merasakan diri kita ini
terlalu kerdil kerana masih terlalu banyak manusia yang lebih hebat dari kita
jangkakan”. Kerana itu juga menguasai ilmu tidak pernah ada nokhtah masa.
Daripada lahir hingga kita pejam mata setiap masa pasti kita mempelajari pekara
baru. Cuma yang membezakannya “kita
mengambilnya menjadi habit atau melepaskannya menjadi sampah yang tidak
berguna”.
Bermula
jam 2.00pm -4.00pm , kami diberikan kebenaran untuk melawat site. Sudah pasti gembira
itu menyelumungi diri ini. mana tidaknya “ otak ini hanya mengenal buku
sedangkan realitinya tiada”. Kami seumpama mereka yang memiliki ilmu kosong. Setiap gerak saya pasti
saya melihat pekara baru. Walaupun saya penah mengambil pratikal tertapi jujur
saya katakan setiap pengalaman tidak akan sama. Reality mengukuhkan teaori secara langsung membakar tahyul. Satu
pekara yang saya rasa bergitu menarik kerana uitm pasir gudang menyediakan
tempat kepada setiap kelab dalaman uitm tersebut. Disini saya dapat
menjangkakan pergerakan kelab lebih stabil kerana mereka lebih mudah berhubung
dan mencari idea baru. Tepat jam 4.00pm sesi bergambar bermula. Kami semua
terkejut dengan hadiah yang diberikan iaitu, kami dijemput dalam merasmikan
uitm pasir gudang. Terasa macam VVIP pun ada juga.
Pengalaman
kami disini hampir menjawab pelbagai soalan yang selama ini terbuku difikiran.
Malah kadang kala, site visit ini menjadikan kami mapu melukis bayangan sebenar ketika kami berlajar di dalam kelas. Mana
tidaknya, beam, reinforcement ,brc,foundation, stump dan pelbagai lagi yang
selama ini kami dengari di dalam kelas tidak dapat kami bayangkan apakah objek
misteri itu sebenarnya.
Jusco terbau city
Ada perpatah melayu yang berbunyi ” sambil menyelam minum air”, itulah perumpamaan yang paling sesui untuk ditafsirkan di dalam situasi kami pada kali ini. site visit yang kami kunjungi tamat lebih awal dari jangkaan kami. Jadi sempatlah kami berjimba bersama kawan kawan di jusco terbau city. Mesti semua beranggapan tidak akan ada pengalaman baru kerana banyak lagi pasar raya di negeri lain. Tanggapan anda silap!!!. saya akui saya seolah baru sahaja kali pertama ke pasar raya. Banyak lagi pekara baru yang saya baru jumpa. saya masih teringat akan sebuah kedai yang asaya anggap bergitu special buat saya. Kedai tersebut adalah kedai asam masim. Di kedai ini menjual pelbagai jenis makanan yang telah dijeruk. Yang istimewanya, kami dapat merasa setiap asam asam yang dijual di kedai tersebut. Apa lagi? Inilah masanya saya mencuba. Pada mulanya saya agak malu untuk menjadi “ kanak kanak”.tapi akhirnya saya mencuba dan ianya sangat seronok. Kami berempat masuk dan mencuba setiap asam tersebut. Bertambah menariknya ,terdapat empat kumpulan lain yang melakukan pekara sama seperti saya.saya pasti akan akui layanan kedai ini sangat memuaskan. Jika anda datang ke kedai ini datanglah mencuba seperti saya. JANGAN MALU DAN SEGAN.
Pristiwa kedua yang merupakan salah satu pristiwa yang saya tidak akan dapat lupakan. Pristiwa di dalam lif. Semasa kami menaiki lif, solihan dengan gagahnya menarik pintu lif. Dengan serta merta lif berhenti dari terus bergerak. Lampu lampu kesemuanya telah terpadam.pada masa tersebut hanya nama ALLAH yang saya pikul menjadi tunggang penyelamat. Nasib baiklah kembali normal. Selepas keluar, salah seorang kawan saya terasa sakit di bahagian dada secara tiba tiba. Mungkin ianya disebabkan kejutan secara tiba tiba. Saya dan hakim pula merasakan kami seakan akan terapung di ruangan udara. Mungkin disebabkan lif yang ketika itu berhenti mengejut. Baru saya faham sepenuhnya konsep inersia yang saya pelajari di dalam kelas sendiri. Inersia ialah cubaan mengekalkan kedudukan asal. Disebabkan lif berhenti mengejut, otak saya tidak dapat mengawal situasi tersebut membuatkan saya terus hanyut di dalam kondisi yang sama.
Di dalam perjalanan kami, kami menjumpai satu kedai makan yang tidak halal. Istimewanya kedai ini bagi kami kerana kedai ini menghormati agama lain dengan meletakkan signboard makanan di kedai ini tidak halal. Jika difikirkan dengan apa yang dia telah lakukan, pasti kedai tersebut akan kekurangan pelangan kerana pasti tiada lagi orang islam yang akan tersalah masuk ke kedainya. Tapi atas dasar tanggungjawab mereka tetap melakukannya. Kita juga yang beragama islam perlulah menghormati agama lain. Jangan sesekali menghina. Mungkin jika anda ingin berdakwah, anda mungkin mencuba dengan gerakan yang lebih halus tanpa menghina agama agama lain. Bagi saya kedai ini perlu dijadikan contoh. Walaupun namanya tidaklah sehebat seperti beberapa kedai lain yang gah di posisi dunia, tertapi ia tetap wajar dicontoh.
Selepas itu, kami melakukan aktiviti makan bersama sama kawan rapat. Saya dapat rasakan kemanisan suasana ini. saya gengam erat kerana saya tahu seleas ini pasti kami akan jarang bertemu kerana ini adalah sem terakhir kami berada di uitm jengka ini. kami berbual panjang. Bercerita memori indah dari satu sem ke sem yang lain. Ia seakan akan baru sahaja berlaku semalam. Saya masih dapat rasakan bagaimana sepinya apabila kali pertama menjejakkan kaki di dalam university. Suasana itu berubah dan terus berubah kerana diserikan dengan pelbagai cerita suka dan duka. Kami beruntung, di sini (universiti), kami seumpama berada di dalam satu medium yang sedang membentuk pribadi kami. Di sini kami perlu mencorak agar kami tidak terus malap di dalam kegelapan pemikiran sempit manusia. Semuanya di tangan anda. Setiap saat kita semua akan berhadapan dengan pelbagai cabang. Setiap cabang yang dipilih akan menetukan siapa kita pada hari esok. Berusaha + berdoa + tawakal adalah kunci terbaik dalam setiap permasalahan.
Dalam masa hampir 5 jam kami di jusco terbau city ini, banyak pengalaman baru dan teladan yang saya dapat. Betullah kenyataan pembelajaran dari pengalaman adalah kejayaan sebenar dalam menuntut ilmu.
Situasi
di warung mamak
Selepas
pulang dari jusco terbau city, kami dapat rasakan badan ini tidak dapat
menampung lagi kepenatan. Selepas menunaikan kewajipan, saya terbaring agar
lelah ini dapat saya “ transfer” di tilam empuk ini agar saya kembali
bertenaga. Tidak sampai 5 minit, ada kawan yang datang ke bilik mengajak saya
meneman salah seorang daripada kawan kami yang sakit untuk ke klinik berdekatan
untuk mendapatkan rawatan. Tanpa menghiraukan rasa penat terus saya bersetuju
dengan ajakan itu. Saya mempersiap diri dan turun menuju ke bawah. Kami seramai
hampi lapan orang menuju ke klinik. Dalam jangka masa itu, kami terdengar bunyi
suara suara yang sedang berkaraoke. Kami mengambil keputusan berpecah mencari
tempat berkaraoke dan separuh lagi meneman kawan saya untuk ke klinik.
Kami
mencari di mana datangnya bunyi suara merdu itu. Kami semua terfikir, kenapa
suara mereka yang berkaraoke itu kedengan bergitu jelas. Sedangkan selalunya
suara dari nyanyian tidak akan kedengan terlalu kuat. Selepas puas mencari,
akhirnya kami bertanya kepada salah seorang pakcik di station bus. Kami
dimaklumkan di atas station bus ini terdapat satu pusat karaoke. Kami segera
naik ke atas dan kami sangat terkejut melihat , rupa rupanya ia adalah kedai
makan yang menawarkan khimat boleh berkaraoke disini. Kami tergelak besar agar
rasa hampa ini tengelam dalam gelakkan. Tapi saya bersyukur , akhirnya
persoalan saya semalam terjawab dan pencarian kami juga turut berakhir.
Selepas
itu, kami mengambil keputusan melepak di warung mamak sementara menunggu kawan
kami yang sakit tadi pulang. Di sini saya, kamarul dan afiq sedang mula
memerhati makanan yang sdap untuk menjadi alas perut. Saya tertarik dengan
solihan yang membuat pesanan roti tisu. Ini kerana saya tidak pernah rasa enak
roti tisu sebelum ini. selepas hampir 10 minit, saya sangat teruja apabila roti
tisu yang saya pesan tadi telah sampai.keterujaan saya ini terhasil dari
kecantikan roti tersebut. Setelah saya rasa, saya dapat rasakan sedikit rasa
coklat dan roti canai. Rasnya enak. Ini sekali lagi pengalaman pertama saya.
Kerana perut ini masih kelaparan saya menambah makanan iaitu mi goring mamak.
Ketika ini kawan saya yang sebentar tadi
ke klinik telah sampai. Kami dengan nada lawak sambil bersuka suka telah
bertanya “ demam rindu apakah yang doctor cakap sebentar tadi”. Dengan nada
yang penuh tidak merasakan sebarang ketakutan menjawab, “ aku kene demam
denggi”. Dengan perwatakan yang dia telah tonjolkan membuatkan kami seakan akan
tidak percaya bahawa dia sedang menghidapi penyakit yang agak teruk. Tapi dari
riak wajahnya saya yakin bahawa dia
sangat berserah dengan kuasa ALLAH yang tidak akan menjadikan sesuatu dengan
segaja. Saya terharu dengan perwatakan dia yang senangtiasa membiaskan cas cas positif kepada kami
walau dia di dalam kesusahan. Dia seorang lelaki yang baik (amirul fahmi).
Pada
kali ini saya bersyukur kerana saya diberi peluang agar persoalan mengenai
karaoke terjawab dan tidak lagi terbuku di jiwa. Saya juga bersyukur walau di
warung mamak masih sempat saya menimba pengalaman baru. Jadi di sini saya yakin ilmu berada dimana mana
tingal kita perlu pandai mencari dan mengambil peluang. Jangan pernah berputus asa pada ilmu dan
jangan pernah memandang serong kepada ilmu. Selain itu dapat saya simpulakan
disini, kita perlu menjunjung keredoaan
agar hati ini senantiasa tenang takkala
diterpa dengan ujian berat dari ALLAH.
Snowker
Selepas
kami selesai makan di kedai mamak, kami bertanya sesama sendiri, kemana arah
tuju kami selepas ini. beberapa cadangan yang dikeluarkan. Tertapi cadangan ke
pusat snowker diterima semua. Jika kamu Tanya kepada saya pernahkah saya ke pusat
snowker sebelum ini? pasti saya akan menjawab dengan jujur dan tanpa malu
bahawa saya tidak pernah ke pusat snowker sebelum ini. jika ditanya mengenai
ketakutan, pasti saya akan menjawab sekali lagi dengan jujur , saya takut ke
sana. Pasti ramai yang berpandangan negative apabila terdengar sahaja pusat
snowker. Saya juga berpandangan bergitu. Saya tidak pasti ia adalah reality atau mentality. Kerana
saya juga sedang ke sana sekarang ini. adakah saya tergolong dalam kalangan
mereka yang bersifat buruk? Saya ke sini adalah untuk mencari ilmu baru. Saya
masih percaya dengan kata kata, jika kita mahu mengubah seseorang, kita mesti
merasakan apakah yang menarik membuatkan mereka masih berada di dalam situasi “
bodoh “ itu. Jadi saya kesana mencari jawapan dan pengalaman. Melihat sendiri
perwatakan manusia.. selepas saya di sana, saya akui kebanyakan mereka mempunyai
kelakuan yang teruk tertapi TIDAK SEMUA BERGITU. Saya tahu itu adalah
perbuatan yang sia sia. Tapi kamu juga perlu mendalami hati remaja. Kamu semua
juga pernah menjadi remaja bukan?. Baik buruk itu adalah kehendak kamu sendiri.
Piliham kamu sendiri. Jadi sangat tidak wajar jika kamu tidak tahu situasi
sebenar kamu terus meletakan satu “ signboard “ di kepala mereka bahawa mereka
semua jahat.
Saya
melihat sendiri ada di kalangan mereka yang berjudi. Ada juga yang sedang minum
arak. Dan saya yakin mereka adalah islam. Ada juga berpakaian yang sangat
melambangkan perwatakan ganas mereka. tapi kami disini hanya mencari kepuasan
dan ingin bergembira bersama sama rakan kelas. Dalam keasyikan permerhatian
saya melihat kelibat 2 orang pensyarah saya. Rupanya mereka berdua datang untuk
mnyelidik tingkah laku kami disini. Saya melihat sifat tanggungjawab yang tersemat indah dalam diri penyarah
tersebut. Walhal jika difikirkan masa sudah larut malam. Penat pula sedang
bermaharaja di dalam diri. Tertapi mereka tidak meninggalkan tangungjawab
mereka bergitu sahaja. Itulah sikap yang mulia. Jika kita diberi tangungjawab kita perlulah memikul tanggungjawab
dengan penuh keasabaranm dan keikhlasan.
Begpacking pada hari ketiga ( 27 February 2013)
Makan
pagi
Pagi
ini saya terasa seperti serba tidak kene. Mungkin disebabkan kami sudah mahu
pulang ke university. Berbanan permasalahan yang kami tinggal di university
terpaksa kami pikul kembali. Pagi ini kami bersarapan sebelum bertolak pulang.
Pagi ini saya tidak menjumpai makanan special untuk saya makan jadi saya hanya
memesan roti telur dua biji dan air sirap.saya duduk di meja bersama sama 3
orang penyarah. Terasa juga diri ini seperti malu untuk melakukan kegiatan budak
budak. Cakap juga kini perlu di alas rapi. Di meja ini saya mendengar pengalaman
pengalaman penyarah saya. Sesungguhnya pengalaman mereka sangat mahal. Selepas
selesai makan saya patut ucapkan terima kasih kepada sir isha kerana belanja
kami makan pagi ini. senyum lebar lah hati ini.
Saya
masih teringat pristiwa ketika kami sedang makan, ada seorang pengemis
menghampiri kami dan meminta sedekah. Saya melihat di dalam gengaman dia. Saya
Nampak dengan jelas gumpalan gumpalan duit yang bergitu banyak di dalam
gengaman pengemis itu. Sehinggakan saya yakin bahawa jumlah duit itu melibihi
jumlah duit di dalam beg duit saya dan hampir sama dengan jumlah duit di dalam
bank saya (duit ptptn). Saya mula bermonolog di dalam hati dimana
letaknya rasa bersyukur dia kepada allah. Saya teringat satu kisah seorang
budak yang tidak bersyukur apabila ada seorang pakcik telah mengantikan duitnya
yang hilang dengan dia menagis lebih kuat lalu berkata bahawa jika duitnya
tidak hilang pasti dia sudah dapat mengumpul duit dengan lebih banyak. Dapat
saya saksikan dengan mata saya sendiri bahawa dia punya anggota badan yang
lengkap dan sempurna mengapa dia tidak mahu berkerja. Sedangkan rasulullah
penah berpesan bahawa lebih baik mencari
kayu api dari meminta minta. Adakah dia tidak cukup diberikan motivasi
sehingga dia mencari jalan hidup bergini. Tertapi takkala berfikir , saya masih
percaya bahawa meminta sedekah adalah salah satu sumba rezeki yang lebih halal
daripada bersyukur.jadi adakah wajar bagi mereka meminta sedekah? Fikir
fikirkanlah dan carilah jawapan terhadap persoalan ini.
Bertolak
pulang ke university
Tepat
jam 10.15 am, bus mulakan langkahnya untuk membawa kami pulang. Sempat saya
memerhati alam sekeliling agar memori ini tidak terpadam. Saya melambai lambai
kea rah alam sambil tersenyum bermakna saya sangat gembira disini. Saya
bersyukur kerana saya dapat membawa pulang banyak memori indah dan pengalaman
baru.
Semasa
pulang ke rumah kami sesama kami berborak kosong dan tiba tiba aku berfikir
lantas terus bertanya untuk mendapatkan jawapan agar persoalan ini tidak terus
terbuku di minta. Soalanya mudah sahaja “perasan
atau tidak kita sudah meneroka alam semesta, tertapi kita masih tidak mampu
mencecah dasar laut”. Saya bertanya lagi adakah dasar laut lebih jauh
jaraknya berbanding jarak ke dasar lau bukan.? Semua mereka di dalam bus
termasuk penyarah masih tidak menjawab soalan saya. Akhirnya soalan ini masih
terbuku tanpa jawpan bernas dari mereka.
Saya
masih teringat akan satu pesanan mengenai janji ALLAH bahawa ALLAH akan mengangkat darjat golongan
mereka yang berilmu. Lalu kata kata ini dikukuhklan dengan salah satu
contoh yang saya rasa cukup bernas. Jika kita melihat golongan alim, mereka
terlalu merendah diri dan cuba sedaya ubaya dari mengankat riak sebagai mahkota
di kepala mereka.tapi ALLAH tetap mengankat darjat mereka. semua umat islam
sangat menghormati mereka. kamu juga mungkin merasa agak kagum dan menghormati
golongan yang berpelajaran tinggi bukan? Jadi dapat kita simpulkan bahawa, ALLAH tidak pernah tidak menunaikan
janjinya kepada ummat.
Dalam
sibuk membahas satu demi satu isu, tiba tiba ada salah seorang kawan saya
bertanya kepada saya, mengapa saya tidak selalu menjalankan akitivi bersama
rakan kelas. Soalan tersebut sangat sangat menyentuh hati dan jiwa saya
sehingga saya terkaku seketika sambil memikir jaawapan untuk dibalas. Mungkin
saya terlalu sibuk berusaha memajukan kelab sehingga hampir setiap minggu saya
akan bersama dengan kawan kawan lain dari pelbagai kelab dan pelbagai
university. Saya terlupa sebenaranya kawan kawan kelas saya juga banyak
mengajar saya cara mengenal selok belok kehidupan. Setiap manusia punya keistimewaan masing masing, jangan sesekali
memperlekehkan dan membandingkan mereka dengan yang lain.
Kesimpulan
Saya
yakin banyak yang saya dapat dari pengalaman selama 3 hari ini. kini saya yakin
dengan merantau ke negeri orang “ begpacking” kita kan dapat banyak lagi
pengalaman baru yang kita tidak pernah memilikinya sebelum ini. Cuma kita perlu
bijak dan pandai mencari agar perjalan kita tidaklah menjadi sia sia.mungkin
dengan begpacking ini kamu semua akan terbuka minda agar ingin berubah kepada
sesuatu yang lebih baik. Atau lebih dari itu, mungkin anda akan melahirkan
perasaan lebih prihatin kepada masyarakat deisebabkan pengalaman yang dapat
anda semua lihat dari depan mata anda sendiri.
Maaf
kerana saya tertulis karangan yang panjang lebar dan mencecah 5546 patah
perkataan.akhir kata “jadilah manusia
yang senantiasa mencari jalan agar kita mampu berubah menjadi lebih baik setiap
masa”. Sesungguhnya tangan , kaki,
dan seluruh anggota badan ini perlu mencari jawapan kepada soalan yang akan
ditanya kelak.
No comments:
Post a Comment