hye hye hye..... kali ni saya nak share apa yang saya buat untuk sambutan hari lahir mak saya.saya beruntung masih punya mak diusia ini. saya tahu ramai dah yang kehilangan mak. ada juga yang ditinggalkan ibu bapa. semua bersabar ya. dugaan mengajar kita erti ketabahan sebenar. sebabkan itu jugalah saya bergitu menghargai mak saya. saya bersyukur masih punya mak. bukan setakat itu, saya mempunyai mak yang sangat menyanyagi saya. cuba membahagiakan saya. cuba merealisasikan segala permintaan saya. saya bersyukur.
hari lahir mak adalah pada 9.2...kami adik beradik pada mulanya hanya nak beli kek je. and bagi hadiah simple simple je. sebab saya masih dekat universiti sampai 8.2 tuh. abang sibuk bekerja. akak dan adik je ada dekat rumah. tapi akak x pandai nak drive kereta. jadi kene tunggu saya juga lah.
dalam gerimis mengundang tuh tiba tiba akak whatsapp cakap 10.2 raya cina. 9.2 semua cuti. saya punya otak dah start bergerak nak buat apa dah. fikir fikir saya pun decided nak buat surprise birthday party kat mak. saya pun terus buat mind map apa saya kene buat..
first saya jemput sedara mara saya. walaupun persiapan belum buat. walaupun hanya tinggal 3 hari. walaupun saya ada 2 test time tuh. saya saja je jemput. nak bagi kerkuatan pada diri agar mesti buat juga. WAJIB
!!!!.. bila dah jemput macam mana pun kene buat juga lah kan..hehhehehe bijak x strategik...
second step kami adalah, kami start pilih tempat. mula mula nak buat dekat air terjun teladas. sebab air cetek. boleh lah adik adik mandi. tapi sebab mak sedara, pak sedara, kawan, jiran, anak paksu lebung, mak bedah, pak dolah, makcik salmah, cik dara, pakduda cakap kat situ ada ibu air lah. ada hantu lah. jadi kami pun tukar tempat nak buat dekat teluk chempedak. fikir fikir balik, kat tc ramai orang. x sedap lah nak buat perangai. " we all ni kan dato datin kene lah jaga tingkah laku". hahhahahaha.. finally kami pun decided buat dekat pantai sepat. yes. nasib semua setuju. krek krek krek je bunyi time tuh
step seterusnya, baru lah kami mengelabah. nak buat hidangan apa kat sedara mara ni. sapa nak masak. nak buat banyak mana. sapa nak beli barang. mengelepor semua ... saya pun buat lah planning baik punya. boleh cakap planning maut juga lah. sebab kami akan beli barang barang untuk masak selepas saya pulang ke rumah. bayangkanlah. bertolak dari jengka pukul 6. sampai pukul 8. terus pergi beli barang hantar kat rumah sedara untuk masak.kalau lah ada emergency time tuh. memang habes ranab program.
step seterusnya beli hadiah. kami adik beradik planning beli hadiah lepas balik beli barang... nampak x time kitaorang sangat kritikal. tapi nak buat macam mana kan....
flow program
saya balik on time dari jengka. tepat pukul 6. pecut habis lah.. kesian dekat kancil ni kene force kelajuan hahhahahhaa. sampai tepat tepat pukul 8. sebab banyak sangat kereta. kalau x boleh sampai awal lagi. saya pun solat and ajak akak and adik beli barang... mak tanya nak pergi mana tuh. saya pun jawab nak ajak akak and adik keluar jumpa gf. gf nak kenal dengan akak. mak pun senyum je. bagi pula dia green light. lalallala.. plan 1 berjalan. kami selesai beli barang dah pukul 9.40 dah.. masa sangat kritikal. jadi kami ubah plan. kami suruh abang hantar barang dekat rumah sedara dan kami pergi beli hadiah. pergi kat bandar semua dah tutup. nasib baik teringat kedai kesukaan mak. barangan "vantegh" sori x reti nak eja macam mana. kami pun beli lah jam besar kat mak. selera mak ngan saya memang sama. sebijik sama. jadi kalau saya suka pasti mak suka. hehehehhee. kami pun beli lah.. dah siap beli tuh lepak jab. fikir macam mana nak flow kan keadaan untuk esok
sampai je kat rumah.sedara pun call. cakap dia nak periuk lebih. tempat letak air. tikar bla bla bla " banyak pula barang yang diminta". semua tuh ada kat rumah saya. terfikir macam mana lah nak buat keluar semua barang barang ni. tunggu mak tido. pukul 3 kami adik beradik pun jadi lah pencuri. hahahha. BERJAYA BOH. hahahaha...call sedara, rupa rupanya dieorang semua tengah bertukus lumus nak siapkan bahan bahan makanan. tengah potong ayam lagi. ni LAH NAMANYA KERJA LAST LAST MINIT.
ok semua dah siap. tinggal tunggu program esok je...
waktu kejadian
esok pagi saya ajak mak pergi ikut saya untuk siapkan assigment kononya. menipu lagi cakap ada datin, mak mesti kene pergi abangcik takut. hahhahaa. mak pun muka redo je lah pergi ikot. hahhahaha. pukul 9.30 pagi pak sedara call cakap " kerja dah sattle, kami semua dah ada dekat pantai dah". saya pun ajak lah mak bergerak. tiba tiba ayah pula kacau program, nak ikut kami. x mahu pergi dulu. jadi xpelah. ikut pun ikut je lah hahhahaha.... dalam perjalanan mak banyak pula bertanya. macam macam aku kelentong... dekat nak sampai dah ajak pula kami pergi makan dulu. katanya lapor sangat dah. haishh kene menipu lagi aku ni. cakap kat mak datin dah tunggu dah kat sana, x boleh nak lewat dah. mak pun muka merajuk cakap ok lah.
bila dah sampai tuh sedara mara dah tunggu dah. buat bentuk V. aku yang suruh. biar atuk dan nenek yang pegang kek tuh. yang lain beratur kat tepi membentuk V.... mak pun terkejut lah bila sampai.ada kek.. aku punya gabra sampai salah pula, nak amik vedeo terambil gambar. sayang betul lah.....mak pun menghampiri atuk dan nenek " PERUMPAMAAN AKU NAK BUAT SEPERTI SEORANG IBU DAN AYAH YANG BERSUSAH PAYAH MENJAGA ANAK SEHINGGA DEWASA DAN AKHIRNYA ANAK PASTI PULANG KEPANGKUAN IBU DAN AYAH JUGA...... hebat kan krinologi ni.....
cerita panjang lagi ni. x larat dah nak tulis. nanti sambung lagi. saya bagi santapan gambar je yaa. sori
No comments:
Post a Comment