Setiap manusia pasti
punya nama. Aku juga punya nama. Jadi abangcik dijadikan gelaran mengantikan
nama aku. Mungkin juga nama ini cuba menunjukkan pangkat kedudukan aku anak
keberapa.
Di rumah anak yatim
juga aku telah memperkenalkan diri dengan nama abang cik. Mungkin kefahaman
kita berbeza, cara kita berbeza ….. tapi niat kita tetap sama!!!!
Mereka sudah menutupi
diri dengan kelemahan yang dimiliki. Sifat dan kelakuannya sudah cukup
mengatakan AKU ANAK HINA TERBUANG. Walaupun pada hakikat sebenarnya tidak.
Mereka juga seperti
tiada keluarga untuk disanjung. Melihat sahaja pedana menteri, ustaz, pakar
motivasi dan sebagainya. Melihat saja mereka di depan gah berdiri dengan
lantangan berbicara, mereka seperti siput yang menyusutkan kepala di dalam
cengkerang.
Oleh sebab melihat
“hilangnya dunia” untuk mereka, aku cuba memberI sinar. Anak pokok dapat
berdiri gah dan membesar dengan sinar matahari, jadi mereka juga pasti dapat
maju ke depan dengan “ SINAR PENGHARAPAN DAN SINAR CAHAYA ILMU”.
Abangcik. Satu gelaran
nama yang kebiasaannya wujud hanya dalam pangilan keluarga atau saudara dekat.
Jadi gelaran inilah yang aku gunakan bersama anak yatim. aku tahu, tidaklah aku
mampu menandingi mereka yang hebat hebat yang telah jauh ke hadapan, tertapi aku
cuba meresapkan kefahaman bahawa aku ini ADIK BERADIK mereka yang sedang
berdiri di hadapan mereka dan mengajar mereka.
YA AKU JUGA MAMPU
BERADA DI SANA. Itulah semadian jasad yang aku cuba tanam di dalam diri adik
adik.
Pendekatan perlulah
berbeza dan bersesuaian dengan situasi. Jadi inilah yang aku mampu KORBANKAN kepada mereka.
Kenapa KORBAN? Dari
kecil sehingga dewasa aku memang tidak gemar dipanggil dengan nama “ samaran”.
Nama pendek seperti MAN juga kekadang membuatkan aku tidak selesa. Santoryan adalah
satu satunya nama samaran di laman sosial yang segaja aku mahkotakan agar
identity diri tidak tercemar di alam reality. Ibnu khan pula nama yang digelar untuk
menyembunyikan diri agar riak tidak wujud dalam sanjungan.
Kenapa nama bergitu
penting??. Jawapannya mudah. Nama adalah doa. Pangilan menghasilkan doa. Itu
yang aku mahukan. Kenapa aku gunakan perkataan “ korban”? kerana doa anak yatim
sangatlah aku tunggu tunggu. Tetapi akui rela korbankan. Kerana hati itu lebih
penting.
Aku atau mereka?? aku adalah
kata ganti nama seorang dan mereka lebih dari seorang. Layakkah aku hanya
memilih aku? Yang berada di zon yang lebih selesa. Punya hati yang lebih tenang
dan sebagainya. Perlukah aku pentingkan diri? Jawab lagi aku memang manusia
hina jika memilih aku!!!
HARAP DAPAT MEMBUATKAN
SEMUA VOLUNTEERS JUGA BERGITU. J
No comments:
Post a Comment