tolong click untuk bagi saya jutawan

Friday, 4 January 2013

TIPS MENAMBAH BERAT BADAN DENGAN MUDAH

tentu ramai di antara anda yang mempunyai masalah berat badan kan. masalah berat badan merupakan antara masalah paling susah untuk diselesaikan. bagi kaum lelaki mempunyai berat badan yang ideal dan dilengkapi dengan muscle yang MANTAP membuatkan mereka lebih yakin untuk berdepan dengan semua orang. tambahan lagi ia merupakan perlengkap dalam berpakaian agar nampak lagi kemas dan macho.saya juga punya masalah yang sama. jadi azam 2013 saya ingin menaikkan berat badan supaya menjadi normal + mempunyai sedikit muscle. so apa tunggu lagi??? jom mari lakukan bersama dan berkongsi kerjayaan bersama.

antara tips yang boleh dilakukan adalah :-

  1.  mencari info sebanyak mana yang boleh mengenai cara menambah berat badan dan senaman yang betul. di sini saya cadangkan agar anda merujuk " zaki khan". dia banyak memberi tips tips yang berguna kepada kita.
  2. seterusnya anda perlu mengira tahap BMI yang dimiki oleh badan anda supaya anda tahu tahap kedudukan badan anda di posisi mana.
    Cara pengiraan Index Jisim Badan (BMI)
    1) Pengiraan secara manual.
    BMI = Berat(kg) / [Tinggi(m) x Tinggi(m)]
    Contoh:
    BMI = 50 / (1.65 x 1.65)
    = 18.37 (underweight)

    kategori:kurang berat melampau = 15 dan kebawah
    kurang berat = 15-18.5
    normal = 18.5- 25
    berat berlebihan =25-30
    obesiti = melebihi 30.
  3. step seterusnya anda perlu mengira kadar CALORIES yang diperlukan untuk menaikkan berat badan anda. cara mengira kadar kalories adalah dengan cara di bawah :

     RMR UNTUK LELAKI =13.7516(BERAT) + 5.0033(TINGGI)-6.775(UMUR)+66.473

    RMR UNTUK PEREMPUAN =9.5634(BERAT)+1.8496(TINGGI)-4.6756(UMUR)+655.0955

    *BERAT DAM KG DAN TINGGI DALM CM.

    jumlah yang anda dapat merupakan jumlah kalories yang akan dibakar oleh kadar metabolisma tubuh badan anda. jadi jika anda ingin menaikkan berat badan anda, anda perlu menambahkan lagi dengan 1000 kalories.
    example = jumlah kalories + 1000= pernambahan berat badan anda.
  4. seterusnya kira pula kadar PROTEIN yang diperlukan oleh badan anda agar anda dapat membesarkan muscle anda.

    FORMULA :

    BERAT X 2.245
    *berat mestilah dalam KG
  5. selepas anda mengetahui kadar kalories dan protein yang diperlukan oleh badan anda, anda bolehlah mencari makanan tambahan untuk menaikkan berat badan anda.

    tips :
    1. harga yang tinggi tidak menjamin produk itu benar benar membantu anda.
    2.  sebelum membeli lihat info dan cari kadar KALORIES DAN PROTEIN yang dibekalkan kepada anda samaada cukup atau tidak." jika tidak cukup cari produk yang lain".
    3. untuk mengira samaada ianya mahal atau tidak bukanlah bergantung kepada kuantiti makanan tambahan tersebut, tapi lihatlah berapa lama masa produk tersebut dapat kita gunakan. sebulan?? seminggu???. cari dengan terliti.
  6. sebelum memulakan program menaikkan berat badan, timbang berat anda.
  7. kemudian ukur setiap tempat di badan anda. kemudian ukur semula selepas 2 minggu adakah berat badan anda meninggkat atau terus di kadar yang sama.
  8. jaga permakanan anda. apa yang saya maksudkan walaupun anda mengambil makanan tambahan anda, anda masih perlu makan dengan kadar seperti biasa atau meningkatkan kadar permakanan anda.
  9. kemudian lakukan senaman sedikit semasa proses pembesaran bagi mengelakkan perut buncit. jangan melakukan terlebih senaman kerana ianya akan menurunkan berat badan anda.
  10. antara cara lain yang saya kurang pasti kebenarannya ambil empat kotak susu segar setiap hari dan berat badan anda akan bertambah sebanyak 1 kg setiap minggu.

    jadi apa tunggu lagi. jom kita lakukan bersama. jangan lupa tinggalkan comen jika sesiapa berjaya melakukannya. share share pendapat kan baik. hehehehehe. kalau ada apa apa yang nak tambah pun boleh.. sekian..:-)

1 comment: