Persaudaraan muhajirin
dan ansar
Siapa yang masih tidak
mengetahui kisah persaudaraan muhajirin dan ansar yang telah berlaku pada zaman
rasulullah? Jika masih tidak mengetahui bolehlah google selepas ini. disini
saya cuba menerangkan konsep persaudaraan muhajirin dan ansar ini pada zaman ini…
Sedar atau tidak sedar.
Dizaman yang telah punya jurang bertahun tahun lama. Konsep persaudaraan
muhajirin dan ansar ini terus dan terusan berkembang. Tidak kira islam ataupun
tidak. Kamu perlu mengakui islam itu benar kerana kamu sedang menjalani apa
yang telah rasulullah ajar sejak bertahun dahulu.
Pada hari ini cuba anda
fikirkan selepas anda membaca nukilan saya ini. jika anda perasan kita telah
mengunakan konsep persaudaraan muhajirin dan ansar sejak kita dilahirkan. Kita
mula berteman dengan jiran-jiran dan mengikat satu perhubungan yang kukuh.
Bermula dengan jiran sebelah rumah dan merebak ke satu taman atau perkampungan.
Dikukuhkan lagi teori
ini, apabila di sekolah rendah dan menengah, kita dikenalkan lagi dengan kawan
kawan lain dari daerah sekeliling. Hubungan ini sekali lagi dijalin dengan
kadar jarak yang lebih jauh. Konsep ini diaplikasi sekali lagi dengan
pengukuhan yang lebih mantap. Saya buktikan disini. Kita sedang menjalin
ukhuwah yang erat di antara teman teman sebagaimana yang telah diamalkan oleh
golongan muhajirin dan ansar.
Seterusnya, apabila di
university kita seakan-akan sudah mencapai keseluruhan konsep persaudaraan itu.
Saya cuba huraikan kronologi hebat ini. kita dihimpun dalam satu institusi
pendidikan yang sememnagnya dirahmati. Di situ kita dihimpun oleh golongan
manusia yang bukan sahaja dari daerah yang sama.sesetengah dari mereka adalah
dari luar Negara. Mereka telah dipecahkan dalam satu himpunan “ ibu bapa”. Jadi
disini kawan dan sahabat itulah saudara dan adik beradik kita. Kita
mengaplikasikan lagi konsep tolong menolong, bantu membantu dan mencerna budaya
hebat di dalam diri.
Di alam perkerjaan juga
bergitu. Kita dilontar di kawasan yang mungkin jauh dari keluarga dan kawan
kawan. Kita bermula semula dengan menjalin hubungan sesama rakan, kawan
bisness, partner.
Jadi adalah benar islam
sedang mengajar kita mengunakan konsepnya samaada kita sedar ataupun tidak.
Cuma tinggal kita sebagai manusia , adakah memikul semangat golongan muhajirin
dan ansar ini??. cuba penjam mata dan bayangkan sebentar, apabila anda telah
berpindah dari suatu kawasan, mahupun berpindah tempat belajar, atau berpindah
dari kasawan pekerjaan, berapa ramaikah teman yang masih anda hubungi?? Sudah
pasti tidak sampai separuh ataupun tiada langsung bukan??. Jadi sifat buruk ini
perlulah diubah agar anda dapat mengubah juga diri anda.
Jika ada sesiapa yang
merasakan apa yang saya perkatan ini salah. Jangan segan segan komen. Saya
sedia menerima komen anda dengan hati yang tulus…:-)
No comments:
Post a Comment