Kenapa isu generasi Y
ini muncul pada mala kini?. Saya telah membuat permehatian yang agak lama dan
seharian tadi, teori teori saya sedang dikukuhkan bukti yang mengatakan isu ini
adalah masalah kritikal yang seharusnya dibincangkan.
Sebelum ke pembincangan
yang lebih terperinci saya ingin ceritakan sedikit kisah yang sangat
mengecewakan saya atas sikap warga warga yang lebih tua daripada saya. Pada
hari ini saya menghadiri satu khusus khas di hotel vistana dan melibatkan
hampir 20 orang peserta. Sepanjang sesi tersebut. Saya seolah-olah dijadikan
bahan melepaskan beban apabila saya terpaksa melakukan semua tugasan. Daripada
pembahagian tugas,pengumpulan data dan pembentangan termasuklah ucapan wakil
peserta semuanya dijatuhkan bebanan itu ke atas saya. Setiap saat ada saja
perkataan “ awak generasi Y dan awak pewaris jadi awak kene lakukan semua ini”.
walhal inilah pertama kali saya menghadiri khusus ini. manakala peserta yang
terlibat mempunyai pengalaman yang sangat banyak.
Terdapat di antara
mereka bekerja dan mempunyai jawatan tinggi di petronas. Terdapat di antara
mereka memegang jawatan di bahagian kerajaan. Mahu saya kelaskan bahawa hampir
20 orang itu kesemuanya hebat. Saya hanya mahasiswa yang baru sahaja menamatkan
diploma. Mereka seolah tidak sedar bahawa mereka perlu menunjukkan juga contoh
kepada saya dan tidak membiarkan saya melakukan semua pekara tersebut sendirian.
Saya adalah salah
seorang masyarakat yang TERJERAT di
dalam generasi Y ini. mungkin anda tidak faham kenapa saya katakana bahawa
generasi Y ini TERJERAT?? Saya berada di dalam situasi ini. saya merasakan
bahawa saya dijerat. Dijerat dengan pelbagai beban SI MALAS. Mari saya huraikan
sedikit daripadanya.
Pertama. Jika kita
selidik. Kita dengar atau ini sudah menjadi rutin bebelan orang yang lebih tua.
“ awak ini generasi y dan awak lah yang bakal mengambil pucuk kepimpinan pada
masa hadapan”. Ya saya tahu dan saya akui dengan pendapat itu. Malah pendapat
itu sudah pasti benar tanpa boleh disangkal oleh mana mana pihak.
Jika anda melihat dari
pandangan yang berbeza. Mereka yang lebih tua seakan akan melepaskan segala
tangungjawab. Kadang kala mereka melepaskan terus berbanan dan menangguhkan
bebanan itu untuk dilaksanakan generasi Y?? adakah itu wajar??. Cuba anda semua
fikirkan. Kenapa mereka dijadikan sebelum kita dilahirkan. Kenapa di dahulu
yang makan garam.? Kenapa pula mereka perlu menangguhkan segala usaha untuk
kita di masa hadapan??
Jika di perhatikan
dengan lebih terperinci. Mereka sepatutnya mengambil langkah yang drastic bagi
membentuk generasi Y agar melahirkan PRODUK yang bermutu untuk masa hadapan
bagi melaksanakan tangungjawab sebagai perintis. Mereka tidak sepatutnya
melonggok segala tugasan untuk kita laksanakan, tertapi MEREKA PERLU BERGERAK
SEJAJR DENGAN KEINGINAN YANG MEREKA INGINKAN.
Saya meberi satu contoh
asas. Mereka mahukan kita mengambil alih pucuk kepimpinan nak mengubah menjadi
Negara harapan. Apa salahnya jika mereka mengambil berat mengenai isu
pendidikan. Membela kanak kanak yang sememangnya memerlukan pendidikan. Tidak
sepatutnya mereka meminggirkan sesetengah golongan kerana kita tidak tahu
bahawa mereka mungkin salah satu yang akan mewarisi masa depan. Jadi jika
mereka mengambil langkah ini. tidakkah mereka sedang berusaha mencapai objektif
yang dinyatakan?
Mereka juga selalu
salahkan “remaja” dalam segala masalah
yang sedang berlaku ke atas kami generasi Y. mereka seumpama tidak langsung
mengunakan akal yang telah dikurniakan. Sepatutnya mereka boleh duduk semeja
membincangkan masalah ini dengan lebih serius agar ia menjadi medan berfikir
bagi semua masyarakat.
Ibu bapa juga seakan
akan hanya mahukan anak yang sempurna lahir dari ketidaksempurnaan ibu bapa itu
sendiri. Mereka mahukan anak yang baik, cerdik, mempunyai tingkah laku yang
dikagumi dan sebagainya.. tertapi adakah mereka bersikap sedemikian? Adakah
anak anak ini akan terdidik sendiri?. Anak anak mempunyai masa yang bergitu
banyak bersama ibu bapa. Jadi seharunya ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang
sangat baik.
Ibu bapa juga semestinya
lebih matang dan mudah mengenal pasti “ habits” yang buruk anak anak mereka.
tertapi kenapa mereka tidak mencari idea yang bernas dan berusaha mengubahnya.
Hanya yang keluar di bibir “ anak aku ni dah tak boleh nak buat apa dah. Dah
tak boleh diubah”. Betul atau tidak pandangan itu?. Sedar atau tidak anda
sedang mendoakannya.
Mereka yang beagama
islam juga selalu tidak mengambil contoh teladan daripada sifat terpuji
rasulullah. Cuba jika mereka mendidik mengunakan konsep rasulullah. Mengamalkan
cara hidup rasulullah. Pasti akan tercapai matlamat yang berkecipuk di dalam
buah fikiran anda semua.
Jadi pada generasi “
matang” sila baca dan menilai diri anda, anda tidak seharunya membebankan kami
dengan melepaskan segala tangungjawab kepada kami tanpa asas yang kukuh. Islam
banyak mengajar kita melalui persaudaraan muhajirin dan ansar. Bagaimana
ukhuwah itu terjalin erat. Saling tolong menolong dan bertukar buah fikiran.
Jadi anda perlu banyak belajar barulah anda layak meletakkan berbanan yang
berat ini kepada kami
No comments:
Post a Comment