tolong click untuk bagi saya jutawan

Sunday, 28 April 2013

Memang jelas hati itu bersih.




Jika dilihat memang menjadi lumrah orang orang yang melakukan kerja amal ini tidak dipandang semulia artis artis di kaca tv dan juga ahli politik yang bersifat kotor. Tapi ALLAH tetap memuliakan mereka di kalangan sahabat sahabat seperjuangan.saya melihat 3 ketul hati yang bergitu suci dan murni jelas di depan mata saya sendiri. Jadi saya ingin berkongsi dengan semua agar hati ini senantiasa disucikan dan digilap hari demi hari.
Cerita murni ini bermula adalah di atas permintaan saya kepada ahli NGO “TFTN” untuk menghantar barang pameran kepada saya.tujuannya saya ingin mencari volunteer di kalangan guru,pelajar lepasan spm dan pelajar spm agar turun padang melihat kesusahan saudara saudara kita sendiri. Ini kerana saya melihat terdapat satu jurang yang luas. Kerana pelajar pelajar stage 1 dan stage awal di dalam university mempunyai masalah. Masalah “budaya sogokkan”. Semua mahu disediakan seperti di zaman sekolah. Walhal kita seumpama jentera yang perlu pantas bergerak sendiri membela dan memajukan Negara. Jadi tujuan kami team tftn kuantan ingin mempersiapkan mereka ini agar menjadi jentera hebat setibanya dia di alam university disamping memenuhi tujuan asal MEMBANTU PENDIDIKAN GOLONGAN YANG DITINDAS.
Kembali ke topic asal. Permintaan saya disambut baik oleh 3 orang hamba ALLAH yang punyai hati tulus, suci,” semua semua lah ada pada mereka”.program kami akan bermula pada 28 april 2013. Mereka menghantar barang barang pameran pada 27 april 2013 iaitu pad hari sabtu.perjalanannya bermula pada jam 4 petang .setibanya disini saya diminta untuk ke tanjung lumpur berjumpa mereka. saya megenggam  beberapa keeping duit rm 50 iaitu duit yang diamanahkan untuk diberikan kepada mereka
Lebih kurang jam 8.30 pm, pertemuan kami diizinkan ALLAH. Akhirnya kami bertemu. Saya disambut seperti berjumpa dengan seorang kawan lama yang dirindui wahal ini adalah pertemuan pertama kami. Saya kaku. Malu mula menguasai diri apabila terlihat dua orang wanita lain di depan saya. Mungkin factor terlalu penat, saya menjadi tidak bergitu mesra untuk melayan mereka. selepas mereka makan. Saiful dan hafiz mengajar saya memasang barang barang pameran. Dengan kudrat tuhan barang pameran mengalami sedikit kerosakan. Hati kian atau terlalu berdebar. Adakan impian membuka pameran musnah?. Tapi debaran saya hanya disambut dengan senyuman oleh saiful. “bang bang.jangan risau kami akan baiki.sekarang saya kene hantar orang ke ump”. Jantung yang hampir berderai tadi menjadi kemerahan ceria. Kebetulan saya telah mempunyai janji temu dengan seseorang untuk membincangkan satu isu yang sedang menjadi bahan debat di antara kami. Sepanjang perjalanan hati mula menyesal atas kelakuan yang sangat memalukan.saya seumpama tidak bersyukur kerana hanya banyak berdiam diri dan hanya bermain sms untuk melepaskan perasaan malu.
Pertemuan kedua adalah pada jam 12 lebih tengah malam. Saiful menelefon beberapa kali menanyakan jalan. Sudah menjadi masalah saya untuk menjadi pentunjuk arah. Disebabkan itu saiful dan kawan kawan beberapa kali tersesat. Tapi setiap kali pangilan , tiada sedikit hembus lelah kepenatan muncul dalam perbualan pendek. Saya senyum dan bermonolog “ kau hamba tuhan yang bertuah”.
Perjumpaan kedua kami akhirnya ditakdirkan di sebuah mobil berhampiran sungai isap. Sapaannya masih tersenyum. Saya melihat dari kaca cermin tingkap. Seorang kawan telah tidur kepenatan. Rasa bersalah sangat menguasai diri. Kami terus berbual sepanjang sesi pengajaran memasang bahan pameran. Malangnya barang pameran masih tidak di dalam keadaan yang baik tapi masih boleh digunakan. Saya mengajukan satu soalan pendek “ datang sini ada hal lain ke?”. Jawapan dengan nada pelahan cuba menyembunyikan “ bukan, datang Cuma untuk hantar barang”. Jawapan yang benar benar membuatkan bumi ini terasa dipusingkan 360 darjah dalam masa sesaat.mulia tidak terungkap dibibir. Terima kasih juga tidak layak diberikan atas usaha yang tidak mampu lagi dibalas dengan sebarang pertukaran puji pujian.
Selepas selesai, duit yang digenggam tadi dihulurkan di tangan saiful. Dengan senyum dan ikhlas dia menolak. Saya masih memaksa. Mungkin bukan ini nilai semangat juang saiful dan rakan rakan. Tapi mungkin ini dapat melegarakan  kepenatan. “drama masih berlanjutan”. Saiful dengan tegas mengatakan saya tidak mengambil duit “student “ lagikan pula anak yatim. Walhal saya telah tahu bahawa saiful baru saja menolak sejumlah duit dari seorang perempuan yang bermurah hati.”Mana sumber kewangan ini abang dapat? Jawab saya lantas” dari langit”. Cuba menerangkan ini rezeki tuhan yang memang ditakdirkan untuknya.
Selepas sesi drama korea sebentar tadi, sebelum pulang tiba tiba kereta saya rosak. Sekali lagi hafiz datang dan ingin membantu. Saya memujuk “ jangan risau kuantan saya pengang, bila bila je ada yang datang bantu”. Hafiz berlalu pergi . saya ingatkan mereka sudah mahu pulang. Rupa rupanya “angkatan tentera” pula yang datang. Sudah hampir jam satu.perjalanan pulang mereka masih jauh. Tertapi semangat tolong menolong sudah sebati dalam jiwa.
Setelah mereka pulang, hanya satu yang bermain di fikiran “hati apakah yang mereka miliki”. Dikala dihimpit kesempitan masa bekerja dan sebagainya. Hatinya seolah girang dan senyumannya merupakan satu kepuasan mutlak apabila sampai disini. Saya bermohon agar tuhan kuatkanlah semangat saya seperti tiga hamba ALLAH ini.

No comments:

Post a Comment