tolong click untuk bagi saya jutawan

Monday, 22 April 2013

pintu cahaya



Pintu cahaya
Pada 20 april 2013, saya definasikan hari tersebut sebagai pintu cahaya. Pada 20 april, kami telah membawa mereka di rumah anak yatim baitul husna pergi ke klcc. Perjalanan yang saya kira bergitu panjang bermula 4.30 am-3.30 am telah mengubah pandangan dan membuka pintu harapan kepada adik adik di baitul husna.
Sehari sebelum hari kejadian, mereka bergitu teruja. Saya telah pergi ke rumah anak yatim tersebut untuk memberi sedikit taklimat ringkas. Saya sempat melihat sekeliling. Saya lihat bergitu banyak baju yang tersidai di dinding dinding. Saya bertanya kepada penjaga mereka “ hari ini memang semua kene basuh baju ke?”. Jawab penjaga mereka “ adik adik ni dah tak sabar mahu ke klcc. Dah bersiap siap”. Jawapan itu sebenarnya telah membuatkan hati ini bergitu gementar. Mungkin kerana jawatan yang disandang sebagai pengarah program yang akan memikul berbanan pada keesokan hari. Mana tidaknya, harapan adik adik terlalu besar. Hampakan mereka merupakan kekecewaan buat diri saya.memuaskan hati mereka bukan senang juga untuk diri kerdil ini.
Tepat jam 4.20 am, saya tiba di rumah anak yatim baitul husna. Saya lihat semua telah terpacak. Kekadang malu juga diri ini kerana adik adik telah bersiap lebih awal daripada saya. Sebenarnya saya telah bangun pada jam 3 pagi pada hari berkenaan. Tertapi mungkin kerana terlalu banyak barang yang perlu saya angkut. Juga banyak tempat persinggahan membuatkan saya tiba agak lewat. Ahhh ini semua alasan. Jawab saja saya memang sudah tewas dengan adik adik.kami mula bertolak pada jam 4.30 am.say beruntung kerana diawasi encik ridwan yang sangat baik hati dan mempercayai saya.
Misi suci ini telah melibatkan beberapa peserta dari pelbagai institusi antaranya uia, ump, uitm kuantan, uitm jengka ,dan juga remaja-remaja di sekitar kuantan.ada dua soalan yang bermain di kalangan “penanya”. Pertama bagaiman saya mengumpul peserta dari  merata tempat dan kenapa tidak hanya memilih kenalan sendiri. Saya punya jawapan saya sendiri yang sukar untuk saya terangkan.tertapi daripada saya mula memegang jawatan presiden di university lagi memang ini kaedah yang saya akan gunakan di setiap event yang saya lakukan.saya akan mengabungkan kelab kelab di university. Mengabungkan rakan rakan di belainan university atau mengabungkan pelbagai golongan manyarakat.
Semasa perjalanan pergi saya , kami singgah di beberapa buah university iaitu di ump, dan uitm jengka untuk mengambil facilitator dan sarapan pagi.saya berharap adik adik mendapat satu perasan iaitu ingin berusaha agar dapat masuk ke university suatu hari nanti.saya tidak dapat memastikan samaada mereka dapat mengambil satu makna daripada persingahan itu ataupun tidak.apabila sampai di uitm jengka. Saya member taklimat ringkas dan memberitahu objective sebenar misi kali ini.

a) saya menyuruh para facilitator membawa buku catatan agar dapat mencata segala kelakuan adik adik. Dan mencatat kekurangan . ini penting bagi saya kerana saya mengunakan fasi yang bergitu ramai iatitu, (1 fesi=1 pelajar). Jadi pengawasan mereka adalah lebih rapi dan mereka punya masa yang sangat panjang untuk menilai potensi diri adik adik.
b) saya juga menyuruh fesi agar menyuruh adik adik mencatat seberapa banyak pekara yang mereka dapat lihat sepanjang masa di klcc nanti. Ia penting bagi memupuk budaya mencatat. Ia juga membuatkan adik adik lebih focus atau mencari sesuatu. Bayangkan jika tidak diberi task ini. pasti mereka hanya bersuka ria dan membazir masa bergitu sahaja. Bukan mudah untuk mereka selalu datang ke mari. Jadi biarlah mereka mencatat sejarah agar dapat dikenang kelak bukan>?
Perjalanan diteruskan agar matlamat kami akan tercapai mengikut misi yang telah ditetapkan. Mungkin disebabkan melayan karenah adik adik mebuatkan saya tidak sempat mencatat dengan banyak. Tertapi saya masih teringat akan kata kata seorang adik kecil berusia belasan tahun. Dia berbisik dengan agak kuat bersama penjaganya sehingga saya terdengar. Katanya “ wah seronoknya dapat masuk gua. Saya nak duduk lama lama tapi bus ni cepat sangat lah”. Perkatan itu buat saya bergitu terharu.kegembiraan saya tidak terkata.
Baru saya sedar, bukan senang ingin menjaga adik adik. Mungkin sebelum ini saya mengangap event seperti ini adalah hanya event biasa dan bukanlah mencabar untuk diri saya. Tertapi apabila melibatkan adik adik ia sangat mencabar. Ada yang pening kepala.ada juga yang mahu muntah. “ melayan karenah kanak kanak bukan mudah”. Nasib baik emak saya sudah memberi pesanan padat. “ bawa plastic, ubat pening, baju sejuk……..” “ budak budak berbeza dengan orang dewasa”. Rupanya mulut ibu sememangnya masing. Apa yang dikata pagi tadi semua menjadi kenyataan.saya terus bermonolog “ mesti aku juga seperti ini suatu ketika dahulu”.
Setibanya di klcc. Suasana seakan tidak terkawal lagi. Adik adik sudah bergitu teruja. Umpama saya bercakap dengan dinding pun ada. “ garu kepala sekejab”. Gementar?? Sudah sampai kekepala rasa itu  menghantui diri. Saya berbisik dengan “project manager baitul husna=fatin” .saya berbisik “ aku takut budak budak ni hilang lah. Excited dia lain macam saje”. Fatin terus membaling kertas senarai nama kepada saya lalu berkata “ jangan nak merepek sangat boleh. Jom buat kerja”. Tiba tiba dia pun termenung.. “ Nampak sangat lah dia pun cuak”.
Saya bahagi mengikut kumpulan. Saya kira ini penting untuk memecahkan mereka agar suasana lebih terkawal. Tertapi ada juga yang merenget tidak mahu mengikut. Mahu gunakan ketegasan kesian pula.. kami terus naik ke tingkat empat dan berkumpul di petrosains. Cuma satu perkara bermain di hati “ aku rasa seperti aku seorang ayah yang perlu melayan karenah anak anak yang dicintai”.
Setibanya disitu. Saya diberi kejutan oleh miss asmidar alias wakil “ TFTN”. Dia memberi saya 2 tiket. Satu ke SULTANS OF SCIENCE dan satu lagi ke PETROSAINS. Seperti di dalam tentative kami Cuma akan pergi ke petrosains. Jadi saya perlu ucapakan ribuan terima kasih kepada TFTN yang telah member dana sepenuhnya kepada kami. “ memang ni program TFTN pun”
Di dalam sultans of science terdapat terlalu banyak maklumat untuk dicatat. Saya sendiri juga belum pernah masuk ke sini. Disebabkan itu saya tidak henti henti mencatat. Tertapi kekangan membuatkan saya tidak dapat mencatat dengan  baik. Adik adik seumpama kilat. Berkelip sahaja mata sudah pasti hilang dari pandangan.  Jadi saya mengunakan teknik bercerita. Apabila sampai di setiap lokasi seorang fesi akan bercerita mengenai tempat itu. Jadi adik adik akan lebih mudah faham dan lebih mudah untuk mencatat. “ fesi pun sempatlah memerhati sekeliling”.
Jam satu setengah tengah hari. Adik adik sudah kepenatan dan kelaparan. Saya mengambil keputusan untuk makan tengah hari dengan lebih awal. Saya menelefon faiz “rasanya betul kut nama ni”. Saya bersyukur faiz adalah manusia yang sangat baik. Sangat melayan karenah saya. Jadual tidak dapat disusun dengan mengikut perancangan kerana adik adik tidak dapat menyesuaikan diri dengan jadual tersebut. Kami berjalan ke masjid berhampiran untuk makan dan solat.
Sewaktu dalam perjalanan yang agak jauh disertakan panas terik haba daripada matahari yang memancar terang tegak di atas kepala. Ada seorang adik mengeluarkan kekaguman dari hatinya. “wah tingginya bangunan”. “ cantiknya abang bangunan ni”. Bermacam kekaguman keluar dari mulut mereka. saya sempat bermotivasi di situ. Motivasi nya agak panjang. Jadi saya mahu simpan sebagai kenangan pribadi sahaja.
Sampai disana. Saya disambut oleh anas salah satu ahli TFTN. Alangkah terkejutnya.kerana miss asmidar memberitahu cikgu zamir dan yang lain tidak akan turun. Saya faham kekangan masa mereka semua. Jadi saya Cuma tersenyum dengan khabar berita itu. Tertapi apabila disambut oleh anas. Hati ini bergitu teruja. “ mana tidaknya anas merupakan salah seorang antara manusia yang saya kagumi kerana keberanian melontar pandangan panas”. Kami segera menunaikan solat jama’. Berada di masjid dengan suasana yang sejuk dibasahi pula dengan “ air sembahyang” membuatkan saya bergitu mengantuk.
Selesai solat saya dikejutkan lagi dengan kehadiran cikgu zamir. Sebulat hati saya mengatakan yang dia tidak akan hadir pada hari ini. saya ada suatu misi penting yang ingin disampaikan. Jadi saya bersyukur ALLAH membuka jalan agar urusan dipermudah. Selepas itu baru saya berkenalan dengan faiz yang menyediakan makanan kepada kami. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia seorang penyabar. “patut pun dia sabar je dengan karenah aku tadi”.
Program diteruskan semula ke petrosains. Teringat pula akan seorang adik manis yang takut naik kereta untuk ke petrolsains. Ade juga fesi perempuan yang takut. Hahahhaha.di dalam petrolsains. Buku sudah dicampak ketepi. Yang utama adalah hiburan. Jadi saya biarkan sahaja mereka merasai nikmat. Banyak pekara baru yang ditimba.sehingga “ diri ini sangsi fesi atau adik adik yang suka ni”.. saya pun agak teruja bermain .keluar dari petrosains apabila dihalau oleh penjaga disana. Hahahaha. Nampak sangat masih tidak puas kami bermain di sana.
Makan petang. Sekali lagi saya menyusahkan abang faiz. Entah ke tahap manakah kesabaran dia saya pun tidak pasti.dah lah suruh dia hantar ke bangunan klcc.hampir setengah jam rasanya dia menunggu kedatangan saya. Mana taknya. Adik adik dah penat. Layan karenah budak budak boleh tahan juga peningnya. Ada yang mahu ke tandas. Ada yang mahu duduk sebentar. Itu ini itu ini menjadikan perjalanan agak lambat. Saya sembat berborak kosong dengan salah seorang fesi,zauri. “ aku kene minta maaf dengan semua lecture yang pernah bawa kita pergi jalan., mesti dia orang stress”. Zauri tergelak kosong dan mengiyakan sahaja pandangan saya.
Kfc. Dalam perjalanan pulang kami singgah makan di kfc. Memang ini angan angan saya ingin membawa adik adik pergi ke kfc. Sudah bertahun lamanya tersemat di hati. Tertapi disebabkan kekangan kewangan saya tidak mampu membawanya kesana. Apabila diberi dana oleh TFTN saya mengambil peluang membawa mereka ke sana. Alangkan seronoknya saya melihat mereka makan dengan kaadaan teruja.saya tersenyum dan bersyukur atas kurniaan ALLAH yang telah saya memberi 2 biji mata untuk saya melihat kebesaran ALLAH ini. hati ini seperti diberi satu jolokkan semangat untuk saya terus kekal di posisi amal ini.
Kami tiba di baitul husna pada pukul 3++ pagi. Saya tidak dapat menceritakan perjalanan pulang kerana tertidur akibat kepenatan.
Saya kira ini hadiah buat saya. Kerana ALLAH mengatur jalan saya disini dan masih tidak membutakan hati saya…
Terima kasih kepada semua fesi dan semua yang telah membantu. Semua berkat sokongan dan keikhlasan hati anda. Terima kasih kerana telah menjayakan program ini. terima kasih juga kepada TFTN memberi cadangan dan bantuan tenaga dan kewangan kepada kami agar usaha ini dapat bergerak pantas.
Jadi saya sematkan memori indah ini dengan slogan PINTU CAHAYA. Kerana telah memberi pandangan indah kapada adik-adik. Telah memberi galakan agar mereka terus maju kehadapan. Saya lontarkan kata syukur kepada yang berhak dimilik.  

Sekian……….

No comments:

Post a Comment